CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 18 October 2009

Adam Rayyan @ 6 Bulan

Adam Rayyan dah pun masuk umur 6 bulan. Dah macam2 la jugak dia reti bila dah semakin besar ni, cumanya sampai skrg Adam Rayyan tak reti nak meniarap tapi yang bestnya Adam Rayyan dah boleh duduk. Sebijik macam saya kecik2 dulu, emak saya beritahu yg saya pun tak pandai nak meniarap tapi terus reti duduk...hehe





Adam Rayyan pun dah mula kami beri makan...siap makan 3 kali sehari...lepastu kena bagi Adam Rayyan makanan yang pelbagai jenis (foods for baby)...kalau beri makan satu jenis makanan jer mula laa dia buat muka boring dgn makanan tu...jadi terpaksa la kami sediakan pelbagai jenis makanan bayi yg kebanyakannya kami dapatkan di farmasi yg berdekatan...ada bubur nasi meditrenian, ada yogurt yg dicampur dgn buah strawberry, blueberry dan raspberry ada bubur nasi dicampur dgn sayur brokoli dan pelbagai lagi jenis sayur, campuran oat dan susu organik dan macam2 lagilah...semua makanan tu mmg khas untuk bayi bukan yg mcm kita duk makan tu...