CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, 30 January 2009

Hari Lahir Isteri & Makan-Makan di Sate House @ London

Baru2 ni..isteri saya menyambut hari kelahirannyer..so..sempena hari lahir isteri saya ni..saya bawak la dia pi makan-makan kat Restoran Sate House yg terletak di kawasan Paddington di London ni..sebenarnyer walaupun dah lebih setahun kami menetap di London ni, inilaa pertama kali kami jejakkan kaki makan kat restoran ni..Restorannyer mmg nampak eksklusif dan menarik...Restoran ni milik usahawan melayu dari Malaysia..


Mujurla masa kami pegi ni, org tak ramai sgt.so, takder la susah nak dapat tempat duduk...menu utama yg kami makan semestinyer set sate ayam..hehe..rasanya menyelerakan la jugak.so..kengkawan yg duk di sekitar London yg belum pernah cuba makan kat sini..saya syorkan try la pegi makan..mmg puas hati..selain sate..saya makan nasi beriani ayam dan isteri saya minta kue tiow goreng special..harga??? Biarlah rahsia..haha

Masa hari lahir saya tahun lepas, wife saya hadiahkan spek mata jenama Prada kat saya...bila dah tiba giliran saya kena bagi hadiah ni..erm..pusing punya pusing sekitar kedai2 kat London ni..last2 dapat idea belikan hadiah jam tangan..(idea ni dtg bukan semata2 disbbkn Dato' K pun bagi hadiah jam kat Siti Nurhaliza yer..hahaha)..tp tak dapat sgt buat kejutan sbb masa nak beli hadiah jam tu, saya mmg kena bawa wife saya sekali sbb nak ukur pergelangan tangan dia..kang terlebih besar ke apa..nanti kedai jam tu caj lebih pulak..masalah saya nanti..haha

So, kali ni saya hadiahkan seutas jam tangan DKNY kat wife saya sempena hari lahirnya yg saya beli di Butik Jam Ernest & John kat London ni..nampak isteri saya ni mmg suka dan gembira sgt dgn hadiah saya...Alhamdulillah..



Minggu depan adalah giliran saya menyambut hari kelahiran saya..adakah ada kejutan bakal dicipta oleh isteri saya??haha..saya menunggu penuh debaran..dub dub...

Thursday, 29 January 2009

Perihal Oyster Card & Kos Pengangkutan Yang Naik

Minggu lepas, dengan tak semena-menanyer Oyster Card saya hilang...Utk info pengunjung blog yg belum pernah sampai di Kota London, Oyster Card ni adalah kad yg digunakan sebagai pas utk membenarkan kita naik bas, tram ataupun underground dan overground tube kat London ni...kita hanya perlu membeli kredit utk Oyster Card ini dan dgn kredit inilah kita dibenarkan menggunakan kemudahan pengangkutan cam yg saya sebut tu...


Yg harunyer..oyster kad saya yg hilang tu masih mempunyai kredit lebih kurang £ 53.00 (kira-kira RM291.50)..sebenarnyer saya bleh dapatkan balik kredit tu tp yg problemnyer resit pembelian kredit tu hilang bersama2 dgn kad oyster tu...arghhh..mmg dah tak leh buat apa..yg pasti saya kena beli oyster kad baru dan tambah kredit baru ke dalam kad tu..pokai-pokai..hehe


sejak masuk tahun 2009 ni..harga bayaran pengangkutan di London dah mula naik..dulu kalau amik monthly bus pass, harganyer lebih kurang £50.00 tapi sekarang harganya dah jadi £53.00..bayaran utk naik tube pun sama..maknanyer segala2nya dah naik dan belanja bulanan saya dan isteri pun secara automatiknyer dah mula bertambah..barang2 makanan seperti beras, buah2han, susu segar dan segala mcm keperluan lain pun smakin lama smakin meninggi...

Apa2pun, saya amat bersyukur kepada Allah SWT sbb setakat kami bermastautin di London ni, rezeki saya dan isteri tak putus2..saya pun sememangnyer bekerja di London ni dan isteri saya pula selain daripada sedang menyiapkan pengajian peringkat PhD nya, dalam masa yg sama dia dilantik oleh pihak University College London (UCL) sebagai antara tenaga pengajar utk pelajar2 yg mengambil Masters di UCL ni..dapatla kami tambah lagi duit poket selain daripada elaun2 khas dan sara diri yg kami terima daripada pihak UIAM dan KPT Malaysia.. Bagi yg akan menyambung pelajaran di Kota London...anda memang kena pandai bujek perbelanjaan masing2 agar tak overbujek dan terpaksa mengikat perut sblm tunggu next allowance masuk..hehe

ok..adios bro...

Monday, 19 January 2009

MAJLIS HOL SIDI MUHAMMAD AL-DANDARAWI KALI YANG KE 103

Majlis Hol Sidi Muhammad Al-Dandarawi kali yang ke 103

Tempat: Surau Ahmadiah Haji Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh: 24 Januari 2009 bersamaan 28 Muharram 1430H
Masa : 7.00 pm - 10.30 p.m.

Aturcara Majlis:

-Solat Maghrib Berjemaah
- Perbentangan Kertas Kerja
-Halaqah Zikir
-Solat Isya' Berjemaah
-Jamuan Makan
-Bersurai

Majlis Halaqah Zikir akan dipimpin oleh
Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein


Slot Khas:-

Perbentangan Kertas Kerja Tareqat Tasawuf

Tajuk : Penjagaan Rohani Sebagai Asas Pembangunan Personaliti Mukmin (Bina Insan)

Kajian Oleh : Prof. Madya Dr. Che Zarrina Hj. Sa'ari, Pensyarah, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Dibentangkan Oleh : En. Hamizi Hj Sa'ari, Pengerusi, Jawatankuasa Tareqat Ahmadiah Idrisiah, Sahah Surau Ahmadiah Hj Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Majlis Hol ini dan sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein, Penasihat bagi Jawatankuasa Tareqat Ahmadiah Idrisiah Sahah Surau Ahmadiah Tuan Guru Haji Awang Alim, Kota Bharu di talian 013-9871002

Tuesday, 13 January 2009

Dulu Tak 'Reti', Sekarang Dah 'Reti'


Hari kelmarin..saya tak kerja...isteri saya pulak sibuk dgn urusan study dia kat universiti..maka tinggalla saya sengsorang kat rumah ni..

Jadi..sbb saya sendiri pun tak tau nak buat apa..apa lagi..saya buat aktiviti masak..haha..kalau dulu kat Malaysia..satu apa pun saya tak reti masak..kalau nak makan..mesti pegi beli kat kedai atau makan terus kat restoran..kat London ni..takleh la buat camtu selalu..buleh pokai dibuatnyer sbb kat sini makanan yg dah siap dimasak mmg mahal...so..bila ada masa free tu, saya akan bergilir dgn wife saya masak masakan yg kami reti buat...

Kelmarin, saya masak Ayam Masak Pedas, Telur Goreng Dadar (letak cili besar..nak kasi kaw-kaw punya rasa) dan Sayur Taugeh digoreng bersama white pepper dan telur hancur...pastu utk ulam pulak..saya preparekan Cucumber...kan senang tu..berselera apa..haha..pastu tambah ngan Udang Goreng Kunyit, lebihan lauk yg isteri saya masakkan hari sebelumnyer...pergh..mmg mengancam ahh..

sesekali masak ni..cam best la pulak. boleh mengisi masa lapang time takdak buat apa2...dan takderla kita sebagai suami nak terlalu bergantung 100% pada isteri je kan bila dah kita lapar sesangat dan duk sorg2 lak kat umah...bantu membantu kan amalan yg mulia..

ok..adios...

Saturday, 10 January 2009

Penjelasan Pensyarah dari Mesir Bagaimana Beliau Menguasai Bahasa Melayu Loghat Kelantan



masa duk belek2 video pasal bola kat youtube..terjumpa plak video ni..video ni pasal sorg lecturer di Mesir yg menjelaskan mcmana dia menguasai bahasa melayu..

Ikut cerita lecturer ni, dia ingin sgt mendalami bahasa melayu sbb utk menyenangkan dia mengajar kitab2 arab kepada pelajar2 dia yg ramai dari kalangan pelajar melayu..

satu part yg best bila lecturer ni cakap, dia mahir berbahasa melayu sbb suka makan 'Budu' dan makanan Malaysia yg lain..Masalah ramai org Malaysia tak fasih sgt Bahasa Arab sebab tak suka makan makanan Arab..hahaha...

lecturer ni ada gak komen pasal mat rempit kat Malaysia...so..apa lagi...layaaaannnn..

Tuesday, 6 January 2009

Orang Berbudi, Kita Berbahasa


Pada Hari Ahad yang lepas, saya dan wife menjemput rakan saya (Affaro) dan isterinya utk makan malam di rumah kami. Kawan saya ni Ph.D student di UCL yg kebetulan satu Department (Biochemical Engineering) dengan wife saya. Beberapa hari sebelum itu, mereka telah menjemput kami utk menjamu selera di rumah mereka dan sebagai menghormati jemputan mereka yg lepas, kami pula menjemput mereka hadir menjamu selera di rumah kami..

Sebenarnya kawan saya ni tinggal kat depan rumah saya ni haa..dulu masa bulan September 2008, dia dtg sorang2 ke London..wife dia baru jer tiba di London pd minggu lepas...so, kira ni cam celebrate warm welcoming la kat kawan saya ni dan wife dia sekali..

Utk dinner ni, wife saya menyediakan menu mee kari dan soto ayam...kira ok la tu..mmg bersemangat kami semua makan...dah lama tak pekena soto ayam..sekali kena..berpinggan2 ditambah..hehe

Monday, 5 January 2009

Suhu di London Semakin Sejuk

Semenjak beberapa hari ini suhu di London memang sejuk sgt..Saya sendiri pun lebih banyak berkurung di rumah kecuali saya perlu ke pejabat Dewan Malaysia London utk bertugas...Mujurlah saya dan isteri mendiami rumah milik Universiti dan bayaran sewa rumah adalah termasuk bayaran heating (gas), elektrik dan air..jadi blehla kami membuka heating selama mana yg kami nak tanpa perlu risau bil gas yg perlu ditanggung pada setiap akhir bulan..Alhamdulillah..syukur..


Hari ni saya tidak bertugas tapi pada sebelah siang tadi saya pergi juga ke Dewan Malaysia London kerana ada sedikit urusan di sana...lepas daripada itu saya menuju ke CIMB bank cawangan London dan pada masa saya tgh on da way ke bank tu tiba2 snow turun di sekitar kawasan Queensway..dah lama jgk saya tak lihat snow..mmg teruja la jugak tadi..habis putih2 baju saya..snow takderlah lebat sgt pun tp kira ok la tu..dari tak ada..baik ada..hehe saya mendapat msg dari kakak saya yg tinggal di Birmingham yg mengatakan di kawasan rumah dia snow dah tebal dah..suhu pada belah malam pun dah cecah dalam -7 darjah celcius..betul2 sejuk tu...

Bila dah sejuk ni..urat kat bdn saya ni pun mula la duk tak stabil..ni pun saya duk sakit belakang..tiba2 je..mujur la dulu masa balik Malaysia utk berhari raya saya dah tapau berbotol2 minyak Mastika bawa pulang ke London..hehe..lega la skit bila letak minyak ni..tp still tak selesa skit bila nak duduk lebih2 lagi masa tgh nak sujud masa bersolat..satu ujian dari Allah SWT


Kebanyakan universiti di London ni masih belum dibukak..rata2 students masih lagi duk bercuti krismas...minggu depan baru la bukak term baru..so..kat kawasan umah kami ni masih lagi lengang..yg ada pun juz family students PhD je la termasukla kami...ok..itu saja dulu..


adios!!!