CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 27 November 2008

Sejuk Yang Mendamaikan

Suhu kat London skrg ni mmg sejuk..sejuk ni sebenarnya membuatkan kita jadi selesa..tp kalau too cold, bleh buatkan kita jadi tak selesa...sbbnyer..sepanjang masa jika kita nak keluar dari rumah..baju yg dipakai mesti berlapis2...pastu kena pakai sarung tangan tebal2..


Teringat saya masa saya bertugas di MSD, UIAM..masa tu saya ditugaskan utk mengkoordinasi program2 latihan utk semua staff di Jabatan tempat saya kerja tu..saya masih ingat di mana banyak program2 yg kami jalankan..mesti buat di tempat peranginan yg sejuk...terutama kat Hotel di Genting Highlands...yer...psikologi yg amat bagus utk para pekerja menjadi semakin bersemangat utk hadir seminar atau program latihan selama berhari2 lamanyer..tempat sejuk la katakannn..sejuk aircond tak akan sama nyamannyer dengan sejuk semulajadi..

Kalau suhu di sekitar 0 hingga 10 darjah celcius..jgn plak kita nak suka2 tak nak pakai baju tebal2..ini bleh membahayakan paru2 la plak..perkara ini pernah terjadi kepada seorg kenalan saya yg suka memakai baju nipis2 walau suhu sekeliling sejuk...last2 tak bleh bernafas dan merempat la kat hospital kat London ni...lepas keluar hospital tu..cam insaf la kejap saya tgk..tp skrg ni cam sama je plak cam dulu..huhu..mcm2 la kan..

Satu lagi yg best kalau suhu sejuk ni ialah masa kita nak tidur..kejap je letak kepala kat atas bantal...terus lenaaa..tp awas!!..jgn la plak terlajak utk Solat Subuh..haha..

Di UK ni...jika waktu musim sejuk dah masuk, maka waktu malam amat panjang..bayangkan di mana jam 3.30 ptg langit sudah gelap..mmg dah mcm waktu malam dah..waktu maghrib dalam jam 4 ptg dan waktu Isya' dalam jam 6 ptg..Subuh dalam jam 5.40 pagi...salah seorg kakak saya pernah cakap kat saya..elok la tu waktu malam panjang..bleh la banyak2 skit buat solat sunat tahajjud..kan bagus tu...hehe

Wednesday, 26 November 2008

Jom Ke London

Tadi saya terbaca satu news dalam newspaper Berita Harian versi internet pasal Syarikat Penerbangan Air Asia X akan memulakan operasi penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport ke London Stansted Airport bermula 11 Mac 2009..Harga perjalanan sehala pulak serendah 99 Pounds (RM499.00) je..perghhh..murah oooo..Siap dapat naik pesawat AirBus A340 lagi...


Tempahan tiket secara online dah bermula dari semalam katanyerr..ermm..ni la peluang keemasan utk sesaper yg ada niat nak menjejakkan kaki ke bumi London ni..sebulan yg lepas masa saya dan wife saya pulang bercuti ke Malaysia..kami terpaksa membelanjakan sekitar RM 10,000.00 utk kos tiket perjalanan pergi dan balik dari London ke KL dan dari KL ke London..

Sesiapa yg ada hajat tu..apa lagi..cepat2 la pi masuk Website AirAsia..bleh dah plan nak dtg bila tu..huhu..cumanya walaupun harga tiket flight murah...tp kena bujek jugak la duit tu..sbb kat UK skrg ni pun segala benda barang dah naik harga...kalu nak sewa hotel atau mana2 penginapan tu..kena pandai2 search..at least dapat harga yg berpatutan dan selesa..kalu nak selesa lagi..sewa je la kat Dewan Malaysia London..hehe..but for age 13 and above aje yer..

Tuesday, 25 November 2008

Hari Minggu di Oxford Street

Dah 3 minggu kami sampai di London ni, kami mmg tak berkesempatan nak jejak kaki ke Oxford Street, tempat membeli belah antara yg terkemuka di dunia..org kata laaa kan..hehe..so, masa ari Ahad lepas, disebabkan saya dan wife takdak program apa2, kami pun pi la ronda2 sekitar Oxford Street. Tak jauh pun sebenarnya dari rumah saya..dalam 20 minit je kalau naik bas..

Skrg ni jalan kat situ mmg meriah giler la..bermandikan cahaya lampu warna warni..dah dekat krismas la katakannn..org punya la ramai..sampai nak jalan kaki ke sana ke mari pun terpaksa menyempitkan diri di celah org ramai tu..



Tak sah jika kami pi Oxford Street, kalau kami tak masuk dalam Pasaraya Primarks..bleh kelabu mata ni tgk baju2 yg dijual serendah 1.50 pounds je sehelai..kutip2 baju dan seluar sampai penuh satu bakul..pastu pi bayar..tak sempat nak mengetest dan memilih sgt2 sbb org terlajak ramai kat dalam tu..main rembat je mana yg berkenan..haha

saya lihat rata2 pasaraya yg grand2 cam John Lewis, Debenham, Gap, Next dan yg sewaktu dgnnya tu belum buat promosi giler2 lagi...semua duk tunggu Boxing Day kot...sampai banyak dah saya duk jumpa org Malaysia beberapa bulan dulu yg katanya dah booking hotel, flight dan lain2 utk bulan Disember ni semata2 nak dtg shopping kat London sempena Boxing Day...kaya betul org2 Malaysia ni kan..erm..hebat-hebat..

Tuesday, 18 November 2008

Pengasuh Bayi

Disebabkan wife saya bakal melahirkan anak sulung kami kira-kira pada hujung Bulan April 2009 nanti, saya nak offer kepada sesaper yang berminat utk menjadi 'BabySitter' merangkap 'Pembantu Rumah' kami. Maklumat lanjutnya ialah seperti kat bawah ni haa:-

1) Sesaper yang terpilih tu akan saya bayar dalam lingkungan RM 1500.00 sebulan. Kalau prestasi kerja maanyaakk bagus..gaji boleh dinaikkan sehingga RM 1800.00 sebulan. (Gaji akan dibayar dalam currency Pounds Sterling)..

2) Pemohon tu mestilah punyai pengalaman yang 'mantop' dalam penjagaan bayi

3) Antara bidang tugas ialah jaga baby kami, memasak utk kami, kemas rumah dan lain2 tugasan yang akan diinpom dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan kesesuaian.

4) Sesiapa yang terpilih konpem berpeluang menetap di London selama 6 bulan (mmg la nak lama lagi..tp visa utk visitor 6 bulan je paling maksimum..hehe..pastu kena tukar org lain plak)

5) Makan minum dan tempat tinggal (stay di rumah kami) pemohon yg berjaya selama bekerja dgn kami akan ditanggung sepenuhnya oleh kami.

6) Segala tiket penerbangan pergi dan balik dari KL ke London dan London ke KL akan ditanggung sepenuhnya oleh kami termasuklah bayaran pasport (ini kalu yg tak ada pasport lagi la kan)

7) Pemohon wajib menetap di London selama 6 bulan..bukannyer lepas je 2 atau 3 bulan cakap nak balik Msia sebab rindu ngan family la, kawan2 la, atok la, binatang peliharaan la dan apa2 je la..kalu nak balik juga..bayar balik duit yang kami dah bayar..haha..dan tiket balik kena beli sendiri dan pandai2 la cari jalan nak pi ke heathrow airport..haha

8) Jika punyai kesempatan masa, pemohon yg berjaya berpeluang kenal beberapa tempat menarik sekitar UK termasuklah Birmingham, Portsmouth, Bicester atau yg sewaktu dengannya..(tak janji aaa..depend pada tugasan kami berdua di London ni..)

9) Pemohon TIDAK semestinya kena pandai cakap omputih..cakap melayu udah ler..

Diharap kawan2 yg duk belek blog saya ni tlg hebahkan tawaran kerja ni pada makcik-makcik, kakak-kakak , nenek-nenek atau sesaper saja yg anda kenali...Kalu ikut perancangan..maybe pemohon yg berjaya akan diterbangkan ke London pada bulan April 2009...

Jika sesaper yg berminat, jgn segan-segan dan malu-malu utk menghantar butiran peribadi anda ke mohdsallehsaari@yahoo.com

Setakat ni tiada tarikh tutup sehinggala kami berjaya mendapat calon babysitter yang 'mantop'..Pemohon yg difinalise maybe akan di test dahulu selama 3 hari samaada di rumah parents atau mentua saya ataupun di mana2 rumah adik beradik saya tp tak termasuk rumah kakak saya yg tengah menetap di Leiden, Belanda dan di Birmingham, UK..haha..Keputusan ahli panel pemilihan adalah muktamad dan segala rayuan tidak akan dilayan..adios!!

Monday, 17 November 2008

My Cousin @ London

Salah seorang cousin (pak sepupu) saya ada berkunjung ke London. Kebetulan dia attend meeting kat Dublin di Ireland. Cousin saya ni arkitek dan katanya syarikat dia dapat satu projek bina bangunan kat Ireland. huhu..masyuk tuu.. Alang2 dah ada kat Dublin, cousin saya ni terus datang ke London..Dapatla dia stay 2 malam kat London dan sempat melawat dan shopping di beberapa tempat menarik di sekitar London ni..beg pun kena tambah sbb tak muat nak letak barang yg nak dibuat balik ke Msia..hehe..


@ Malaysia Hall London

Sunday, 16 November 2008

Jumpa dan Makan-Makan

Tengah hari tadi, hasil idea saya dan Bro. Faizul, kami berjaya mengumpulkan beberapa orang lecturer UIAM yang duk buat PhD di Universiti kat London ni. Kami buat perjumpaan tu di Kantin Malaysia Hall London..Antara yang hadir ialah:-

1) Wasunni Al-Kelantani (saya la tu..haha)

2) Sis. Murni (wife saya..haha.. merangkap Lecturer Biotech Dept, UIA - Phd Kejuruteraan Biokimia di University College London)

3) Bro. Faizul (Lecturer Biotech Dept, UIA - Phd di Imperial College London)

4) Bro. Shukri @ Alloy (Lecturer Biomedic Dept, UIA - Phd di Kings College, London)

5) Bro. Affaro (Lecturer Biotech Dept, UIA - Phd Kejuruteraan Biokimia di University College London)

6) Sis. Zarrina (Lecturer Biotech Dept, UIA - Phd di Cambridge University)

Mcm2 ler kami duk borak..lama tak jumpa. sesekali jumpa mmg seronok..

Welcome to Bro. Alloy dan Bro. Affaro yg baru sahaja tiba di London utk sambung PhD kat sini...tambah lagi la geng..hehe

Friday, 14 November 2008

Lupa Nama

Saya ni sebenarnya jenis yg mudah lupa nama org lebih2 lagi org tu jarang saya temui ataupun hanya sekali dua sahaja bertemu...

Beberapa hari yg lepas, semasa saya ke tempat kerja saya, saya terserempak dengan seorang rakyat Malaysia. Mmg menjadi kebiasaan tempat kerja saya ini menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia apabila berkunjung ke London. Jadi, saya tidak ambil kisah sgt la kalau setakat terjumpa di tempat kerja saya ni. Tapi org yang saya jumpa ni tiba2 datang dan terus tegur saya. "You ni Salleh kan??"..Saya sedikit terkejut sbb org ni tahu nama saya walhal saya sendiri tak ingat siapa dia..Saya jawab.."yer..saya Salleh"..Lepas tu org tu balas balik, "Hari tu I ada pegi ke kaunter tanya pasal you, diaorg cakap you tgh cuti.." Saya pun mengiakan ajer tp hati saya duk pikir la gak..saper pulak org ni sampai pegi tanya hal saya sampai ke kaunter..Saya pun saja je sbb tak tau nak cakap apa terus balas balik.."You stay kat atas ke??.." Org tu pun jawab, "a..ah..I stay dah 2 malam dah..petang ni I nak balik Malaysia..sebelum ni I dari Prague"..Saya masih blur blur lagi sbb tak ingat siapa dia ni..last2 dgn selamber saya tanya dia.."Sorry yer..You nama apa dah..dah ramai sgt saya jumpa org Malaysia..tu yg tak ingat skit tu.."..sekali dia jawab.."Eh..tak ingat ker? I Dato' Ka......, dulu kita makan sama2..Ingat tak..I ngan 3 org lagi yg nama.... , ...., dan ......" saya terkejut sekali lagi..ler..Dato' rupanya org ni..tp walau Dato' ni dah bagitau nama dia..saya tetap tak ingat...hehehe


Lepastu..kami berbual panjang ceriter pasal mcm2 la..Saya act mcm biasa jer..hehe...erm..tapi saya masih tak dapat recall, bila saya pernah jumpa dia sebelum ini bersama rakan2 dia yg lain..Lepas tu saya pi cek senarai guess di tempat penginapan di tempat kerja saya ini..Mmg ada nama Dato' ni..maybe dia seorang pensyarah kot sbb dia ada pangkat Prof. Dato' Dr..cumanya saya tak tau dia dari Univ. mana...


tu la masalah saya ni..mmg susah sgt nak ingat nama org..lebih2 lagi org yg saya jumpa sekali dua sahaja...

Buat malu ajaaa...hahaha

Tuesday, 11 November 2008

Kembali Bekerja

Setelah sebulan saya bercuti pulang ke Malaysia, hari ini saya diminta oleh pihak majikan saya untuk kembali bekerja. Alhamdulillah, sejak hari pertama sampai di London ni rezeki saya tak pernah putus. Nampak gayanyer masa rehat dan melepak saya sudah tamat..Skrg adalah masa utk kembali mencari rezeki..hehe



Inilah bangunan tempat saya bekerja..Kalau rakyat Malaysia yg mmg stay dan selalu dtg ke London, mesti tau ini bangunan apa kan..hehe

oklah..kena bersiap utk pegi keja dah ni..Adios!!

Saturday, 8 November 2008

London Bermandikan Hujan

Hari ni dari awal subuh sampaila ke tengah malam..hujan tak berenti2 turun kat London ni. Sejuk sungguh dan kalau tidur tu cam susah sikit nak bangun awal2..hehe.. pagi tadi saya dan wife saya meredah hujan pegi ke Kantin Malaysia Hall London. Wife saya nak makan nasi lemak katanya. Mula2 kami nak masak sendiri je, tp bahan la pulak tak cukup..yerla..kami kan baru pindah dan baru je sampai dari Malaysia, so mmg tak sempat lagi nak penuhkan peti dengan bahan masakan. Tu yg kalau nak masak benda yang sedikit komplikated, mula la tak dapat nak dibuat..last2 kantin Malaysia Hall London yg kami tuju..hehe



Kat London ni suasana org kat sini nak menyambut Krismas cam takderla terasa sgt lagi..tp iklan pasal jualan murah krismas dah bersepah kat merata tempat..ermm..bagi student2 univ, masa time krismas ni kebanyakannya akan bercuti selama 2 minggu dan ada juga univ. yg bagi cuti lebih daripada tu..mcm kami, kalu cam tahun lepas, kami pakat dengan kawan2 lain pi round kat Paris kat Negara Perancis sana..tp kali ni disebabkan semua kawan2 yg lain tak sambung terus PhD kat London dan dah balik bertugas di Malaysia dan kami pula hanya berdua je yg tinggal sbb wife saya je yg sambung direct PhD maka cuti nanti pun cam takder plan la nak pi mana2..takder geng..tp tak tau la kan..kot2 tiba2 time org putih duk sambut Krismas, kami pulak duk terpacak kat Negara Sepanyol..haha

Cerita Hari Ini

Hari ni saya baru je berjaya memindahkan segala barang dari rumah lama ke rumah sewa baru saya ni..Lega rasanya tp itupun setelah dalam 9 kali saya duk ulang alik naik bas utk angkat barang tu dari 3 hari lepas..hehe.lepas settle tadi, saya terus ke Knightsbridge (kat kawasan pasaraya Harrods) utk ke Bank CIMB cawangan London utk cashkan cheque bonus gaji saya (ni pun bonus utk hari raya yg lepas tp baru nak amik..hehe) dan lepastu saya bergegas ke pejabat Malaysia Hall London utk berjumpa salah seorang staf di sana.

Suhu ari ni takderla sejuk sgt, dalam 10 darjah celsius je kot...tp kalu dah suhu duk main bawah 15 ni biasanya saya akan cepat lapar..td masa kat Malaysia Hall London, saya turun ke kantin dan makan Nasi Dagang. Saja try test sbb ni menu baru kat kantin ni. Harga dalam 4 pounds satu set (RM24)..huhu..kalu sesaper yg dtg ke kantin ni bleh la try makan nasi dagang versi london ni..hehe..pastu saya tapau nasi sebungkus utk wife saya..wife saya tak ikut saya pi Malaysia Hall London ni sbb dia ada meeting ngan PhD Supervisor dia. saya pun tapau je lah nasi utk makan malam..dah alang2 dtg makan kat kantin Malaysia ni kan..

Hari minggu ni saya tak plan nak buat apa2 lagi..maybe lepak kat umah je kot..dalam kepala ada gak nak plan nak kumpul lecturer2 UIAM yg duk sambung study kat London ni..best jugak bila jumpa ramai2 dan borak2..lepas gak kerinduan kat Malaysia bila ada gathering ramai2 kan..erm..tp tak tau la bila..masing2 dah mula bz dgn tugasan masing2..

Ok Bro..Adios!!

Thursday, 6 November 2008

Dari Kota Bharu ke Kota London

Sekarang saya dah kembali ke London. Saya dan wife saya tiba pada sebelah petang pada hari Sabtu lepas. Suhu kat London skrg ni mmg sejuk. 2 ke 3 hari ni menggigil juga saya dgn suhu ni. Sayu juga mula2 tiba kat UK ni sbb terasa kejap je pulang ke M'sia. Masa pulak banyak dihabiskan untuk settlekan pasal visa dan urusan dengan KPT dan UIAM. Kawan2 pun kami tak sempat sgt nak jumpa..

Sebenarnya saya baru je pindah rumah pulak. Rumah yg saya sewa sebelum ni mmg hampeh la. Dengan heating system tak berapa elok dan keadaan sekitar rumah yg tidak menyenangkan dan jauh la pulak dari universiti. Mana tahan oo kalu stay kat situ. dah la bayaran sewa dalam 1000 pounds sebulan (RM6200), tp tak memuaskan hati. Last2 masa hari Isnin lepas, saya try cuba nasib pi kat pejabat university residential dan tanya kot2 ada umah khas utk married couple yg kosong. Alhamdulillah, dengan izin Allah, pihak Universiti terus tawarkan kepada kami sebuah rumah milik universiti (Univ. College London) utk kami sewa dengan harga sewa kira2 738 pound sebulan termasuk bayaran gas, elektrik, air dan lain2 (ni kira buleh belasah heater 24 jam la ni..hehe). Bila je dapat offer ni, wife saya terus pi bayar deposit kira2 dalam 300 pounds kat ofis tu dan hari selasa tu jugak kami pindah masuk sbb tak tahan dah duk kat umah kami yg sebelum ni.

Kalu ikutkan, kami dah sign kontrak utk stay setahun kat umah kami sebelum ni so disebabkan kami dah langgar kontrak, maka secara automatiknya duit deposit sebulan yg kami bayar masa mula2 sewa dulu dalam 800 pounds (RM5000) tu akan burn camtu jer la..tp takper, wang boleh dicari lagi..yg penting, keselesaan dan kesihatan kita..lebih2 lagi kat negara org ni..

Skrg ni saya duk bz angkut barang dari umah lama ke umah baru ni..kali ni saya tak sewa kereta..saya main redah angkut barang naik bas je..skrg ni dah 5 round dah saya duk ulang alik..tp barang masih belum habis lagi diangkut..huhu..letih juga tp save la duit..hehe..badan2 pun dah sakit dah ni..biasa la..sbb dah lama tak bersukan...hehe