CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, 20 May 2009

Hari Ketiga di Kuala Lumpur

Hari ini, kami berjaya menyelesaikan urusan penyerahan permohonan membuat visa utk Adam Rayyan...mujurla org kat VFS tak ramai dan kami tak perlu menunggu lama utk menyelesaikan urusan di sana...

Selesai saja segala urusan di VFS, saya dan wife saya terus menuju ke rumah kakak saya di Pantai Hillpark Condominium yang terletak dekat kawasan Pantai Dalam...Kami naik LRT dari Ampang Park Station dan berhenti di University Station..Dari stesen tu kami naik teksi terus ke rumah kakak saya kat Pantai Hillpark tu..Kebetulan hari ni ayah dan mak saya baru sahaja tiba ke Malaysia dari melawat salah seorang kakak saya di Leiden, Belanda...terus bleh jumpa ayah dan mak saya sekali...

Hari ni saya terpaksa pinjam kereta kakak saya utk memudahkan pergerakan kami esok...InsyaAllah utk esok, sekali lagi kami akan ke UIAM Gombak dan beberapa tempat lain utk berjumpa beberapa individu...Kami dijangka pulang ke Alor Star pada petang hari Jumaat ni..Saya baru je beli tiket flight ke sana..Kali ni kami nak try naik flight fire fly lak...lagipun flight fire fly ni beroperasi dari Lapangan terbang Subang jer..so, dekat la kalau nak pi hari Jumaat nanti if dari Kuala Lumpur..

Skrg dah jam 3.46 pagi...mata pun dah mengantuk dah ni..apa2 citer lagi..saya update esok la pulak..ok..Adios..

Tuesday, 19 May 2009

Hari Kedua di Kuala Lumpur

Hari ini saya hanya sempat ke UIAM Gombak utk mengambil beberapa dokumen berkaitan elaun anak saya yang akan diserah kepada pihak british council utk urusan visa...plan nak ke VSF terpaksa dibatalkan kerana ketidakcukupan masa..waktu utk serahan permohonan visa berakhir jam 3 ptg dan mmg selepas pulang dari UIAM saya tidak sempat utk berkejar ke VSF tu...esok jer la jawabnyer...

Hari ini suhu di Kuala Lumpur masih panas...isteri dan anak saya banyak berkurung dalam bilik hotel sahaja...Dalam jam 6.30 ptg, saya dan wife saya pusing2 kawasan Bukit Bintang...kat sini mmg meriah 24 jam...cumanya yang tak berapa best skit ialah kebanyakan harga makanan yg dijual di sini mmg mahal...contohnya Nasi Ayam adalah berharga RM 9.00 sepinggan...air teh panas RM 2.50 segelas..perghhh..mmg kaw kaw punya harga la kat kwsn bukit bintang ni...kat tpt lain takder la semahal ini rasanyer...huhu...

muga2 esok cuaca di KL akan semakin baik..senang skit nak ke sana ke mari dgn baby Adam Rayyan ni..hehe

Monday, 18 May 2009

Kami Di Kuala Lumpur

Alhamdulillah, flight MH 001 yang kami naiki dari Heathrow Airport, London selamat mendarat di KLIA kira-kira jam 5.10 petang waktu Malaysia...Suhu adalah di sekitar 30 darjah celcius...Keluar je dari pesawat MAS tu, semua penumpang diminta menjalani pemeriksaan kesihatan..cuak la jugak saya..huhu..mujur tak kena kuarantin ke apa kat KLIA tu..

Buat pertama kali anak saya berada di bumi Malaysia...keluar je dari balai ketibaan antarabangsa, anak saya terus menangis tak henti2..mungkin tidak dapat lagi adapt dgn suhu yang sedikit panas..yerla..dah lahir2 kat dunia ni, suhu kat London sekitar 10 darjah celcius...suhu kat Malaysia lak sekitar 30 darjah celcius...huhu..dari KLIA kami naik Monorail menuju ke KL Central dan dari KL Central kami naik taxi menuju ke Radius International Hotel yang terletak di Bukit Bintang. Masuk jer check in bilik Hotel, anak saya dah tak menangis dah..sejuk aircond dalam bilik dah buat anak saya ni jadi selesa balik. huhu..susah gak ni nak bawa keluar jalan2 ni..utk beberapa hari ini, kami akan tinggal di Hotel ini sementara saya dan isteri menguruskan berkenaan visa anak saya di VSF yang terletak di Wisma MCA...

InsyaAllah, kalau ikut perancangan, kami akan pulang ke Alor Star maybe pada hari Khamis atau Jumaat bergantung kepada urusan kami di Kuala Lumpur. Dari Alor Star saya akan pulang ke Kota Bharu bagi menguruskan urusan Majlis Aqiqah anakanda kami yang bakal dibuat di sana nanti.

Sekarang jam dah pun menunjukkan jam 6.00 pagi dan saya pula masih tidak dapat melelapkan mata kerana perbezaan waktu yg ketara di antara Malaysia dan London..Mujurlah di Hotel ini terdapat wifi percuma..sempat la jugak saya update blog..hehe..takdak la boring sgt..Dinner tadi, saya dan wife makan roti canai, nasi goreng ayam dan ayam KFC..haha..dah 7 bulan tak makan makanan camtu..sampai2 je kat hotel, terus keluar pi caghi makanan2 tu..hehehe

Esok, plan saya adalah utk ke UIAM di Gombak dan selepas itu terus ke pejabat VSF utk menguruskan Visa..

ok..setakat tu dulu..adios..

Sunday, 17 May 2009

Malam ini Kami Pulang ke Malaysia

Malam ini kami bertiga akan pulang bercuti ke Malaysia...Very quick decision yg dibuat di antara saya dan isteri..hehe..bila selesai je urusan membuat pasport dan surat beranak Adam Rayyan di pejabat kedutaan Malaysia di London ni, kami terus bergegas ke pejabat MAS yg terletak di Earl's Court..Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan tiket pulang ke Malaysia dgn harga yg murah walau baru 2 hari lepas kami beli (last minute purchasing)...

Sudah 7 bulan kami tak pulang bercuti ke Malaysia..sebenarnyer 7 bulan ni takdak la lama sgt...hehe..kami balik ni pun sbb nak uruskan pasal visa Adam Rayyan dan saya juga perlu berjumpa dgn beberapa individu utk menguruskan beberapa hal penting...Kami juga merancang utk melaksanakan Majlis Aqiqah utk anak sulung kami ini, InsyaAllah akan dibuat di rumah ayahanda saya di Kota Bharu, Kelantan...Disebabkan anak sulung kami adalah lelaki, maka 2 ekor kambing bakal 'ditumbangkan' nanti..

Sepanjang kami berada di Malaysia..masa kami pasti akan banyak bertumpu di Kuala Lumpur, Kota Bharu dan juga rumah mentua saya di Alor Star..Jadi, rakan2 kami yang ada di sekitar 3 tempat tu boleh la kita jumpa nanti yer...

Oklah, sekarang dah jam 9.14 pagi..jam 6.00 ptg kami akan bertolak ke Heathrow Airport...Thanks to Bro. Yunus yang sudi menghantar kami ke Heathrow petang ni. Thanks juga to Bro. Affaro yang sudi menjaga kereta kami sepanjang kami berada di Malaysia..hehe..Jumpa di entry lain yang berkisar tentang percutian kami di Malaysia ...

Kat bawah ni saya letak jer gambar terbaru Adam Rayyan...dah tembam dah skit..huhu..

Adios!!!



Friday, 1 May 2009

Adam Rayyan - Day 13

Umur Adam Rayyan sudah pun masuk hari yang ke 13...Hari ini pegawai kesihatan (Ms. Sara Wing) yang dilantik khas oleh pihak hospital telah datang ke rumah kami utk membuat pemantauan dan juga memberi pelbagai nasihat kepada saya dan isteri mengenai langkah2 yg perlu diambil berkenaan imunisasi bayi dan pemeriksaan kesihatan bayi...

Hari ni juga saya dan isteri telah membawa Adam Rayyan ke Pusat Kesihatan di Crowndale Centre untuk membuat pemeriksaan oleh community midwife di sana..Alhamdulillah, berat badan Adam Rayyan pun sudah semakin bertambah tapi masih belum mencapai berat badan semasa Adam Rayyan dilahirkan..so..minggu depan, sekali lagi saya perlu membawa Adam Rayyan ke sini utk diperiksa sekali lagi..


Banyak lagi urusan berkenaan Adam Rayyan yang belum sempat saya dan isteri selesaikan. Minggu depan, Adam Rayyan perlu dibawa ke Pusat Kesihatan utk suntikan BCG dan juga menjalani ujian pendengaran...saya juga perlu ke pejabat pendaftaran di Camden Town Hall, London utk mendaftar kelahiran bagi mendapatkan sijil kelahiran dari pihak pendaftaran di London ni..Selepas itu saya juga perlu ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Kerajaan Malaysia di London utk urusan pasport dan juga perlu menguruskan visa khas utk Adam Rayyan di British Council..

Sejak kelahiran Adam ni, waktu rehat dan tidur saya dan isteri mmg tidak menentu..Mmg memenatkan tetapi itulah pengorbanan sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak. Kami telah belajar dari ZERO soal penjagaan bayi...tempoh waktu selama 10 hari isteri dan anak saya 'berkampung' di University College London Hospital betul2 saya manfaatkan sepenuhnya utk belajar segala macam teknik penjagaan bayi dari pakar2 bayi dan midwife di sana.hehe..rasa mcm masuk training khas la plak...hehe..dari cara pegang bayi, cara tidurkan bayi hatta kepada teknik memakaikan lampin secara betul diajar kepada saya dan isteri...mmg seronok sbb kebanyakan staff di hospital begitu menyokong dan memberi tunjuk ajar yg seratus peratus...