CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 3 December 2009

Adam Rayyan @ 7 Bulan




Monday, 30 November 2009

Catatan 30 November

Bonjour!!! hari ni bangun2 je pagi, punya la sejuk..rupanya hujan lebat kat luar...ingtkan dah salji..hehe..tp kalo salji suhunya tak sejuk..cuma sebelum salji turun suhu akan jadi sejuk yg amat..ni kira pengalaman masa awal tahun 2009 masa london dihujani salji yg terburuk sejak 20 tahun..

malam ni saya kerja, tapi siang2 ni lepak kat rumah jer lah...cumanya petang ni ada janji dengan geng lecturer uia kat sini nak pegi jalan2 rumah dia...dalam jam 6 ptg la kot baru pegi..tunggu kawan tu roger roger dulu sebelum gerak..

sekarang jam 3 ptg dah gelap-gelemak dah...sedikit tak best lah sbb waktu siang yg amat pendek..bila dah gelap, nak kuar pegi mana-mana pun dah tak ada mood..last2 banyak jalan kat sekitar kawasan berdekatan rumah jer la..kalo tak pegi pasaraya budgens, pegi tesco, kalau tak tesco pegi plak pasaraya waitrose...bukan apa, cari barang2 makanan buat stok..musim2 sejuk ni makan pun banyak...hehe...nak kasi haba dalam badan pun banyak..baru la tak sejuk..kalau rajin skit, saya drive keter pegi holloway...kat situ banyak la halal food..kat pasaraya besar cam morrison pun dah ada halal department..so, dapatla membeli daging sosej yg halal, roti canai segera dari malaysia, daging burger halal, samosa dan mcm2 lagi dgn harga yang murah la jugak kalo nak compare dgn harga dari kedai arab...

harapnya malam ni tak hujan, jadi tak lah saya menggeletar kesejukan menunggu bas atau tube utk ke tempat kerja...rasanya naik bas la kot malam ni untuk 1 jam 15 minit perjalanan ke tempat kerja..pergi balik dah dekat 2 jam 30 minit tu...hoho..punya la jauh tp jimat sbb tambang bas murah..hehe..layan jer la naik bas malam2...org pun kurang kat atas bas...mmg beruntung sbb bas kat bandar london beroperasi 24 jam tanpa henti...

skrg dah pun jam 11.22 pagi, breakfast pun belum lagi ni..adam rayyan sorg je dah makan pagi..hehe..sampai kita jumpa di lain entry...tgh berusaha mengupdate blog setiap hari walau tak tahu sgt nak tulis apa..^_^

Catatan Ringkas...

fuh...sekali lagi saya gagal mengupdate blog dalam jangka masa yg lama...kedatangan musim sejuk ni buat saya dan keluarga menghadapi sedikit masalah kesihatan...mula-mula demam pastu disusuli batuk dan selsema..hampir 1 bulan juga baru sembuh sepenuhnya dan Alhamdulillah kami dah mula dapat sesuaikan dengan suhu sejuk...berita terbaru yg saya terima, kemungkinan bermula esok, suhu di sekitar britain bakal jatuh ke bacaan -5 darjah celcius dan beberapa tempat di sekitar scotland dan utara britain bakal dihujani salji...kena bersiap siaga lah utk hadapi suhu yg semakin sejuk...

Bulan februari 2010 ini, salah seorang kakak saya (Prof Madya Dr Che Zarrina Saari) dan abg ipar saya (Prof Dr Joni Tamkin Borhan) dijadualkan akan menetap di United Kingdom selama hampir setahun untuk cuti sabatikal. Keduanya bertugas di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. My sis dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam dan my brother in law pula dari Jabatan Ekonomi dan Syariah. Mereka berdua akan attach dengan beberapa Universiti yg terdapat di sini. Saya mendoakan agar segala urusan mereka untuk hadir ke United Kingdom akan dipermudahkan segalanya. InsyaAllah. nanti bolehlah bawa mereka jalan2 ronda Europe bila2 free..hehe

Saya dah mula kerja kembali di tempat kerja lama di London ni...Alhamdulillah...dapat tampung perbelanjaan di samping duit2 elaun dari UIAM dan KPT...terima kasih kepada pihak pengurusan yg sekali lagi menawarkan kerja kepada saya...

OKlah, nanti saya tulis dalam entry lain la pulak yer...
adios amigos

Sunday, 18 October 2009

Adam Rayyan @ 6 Bulan

Adam Rayyan dah pun masuk umur 6 bulan. Dah macam2 la jugak dia reti bila dah semakin besar ni, cumanya sampai skrg Adam Rayyan tak reti nak meniarap tapi yang bestnya Adam Rayyan dah boleh duduk. Sebijik macam saya kecik2 dulu, emak saya beritahu yg saya pun tak pandai nak meniarap tapi terus reti duduk...hehe





Adam Rayyan pun dah mula kami beri makan...siap makan 3 kali sehari...lepastu kena bagi Adam Rayyan makanan yang pelbagai jenis (foods for baby)...kalau beri makan satu jenis makanan jer mula laa dia buat muka boring dgn makanan tu...jadi terpaksa la kami sediakan pelbagai jenis makanan bayi yg kebanyakannya kami dapatkan di farmasi yg berdekatan...ada bubur nasi meditrenian, ada yogurt yg dicampur dgn buah strawberry, blueberry dan raspberry ada bubur nasi dicampur dgn sayur brokoli dan pelbagai lagi jenis sayur, campuran oat dan susu organik dan macam2 lagilah...semua makanan tu mmg khas untuk bayi bukan yg mcm kita duk makan tu...

Thursday, 24 September 2009

Adam Rayyan @ 5 Bulan

Kat bawah ini adalah gambar terbaru Adam Rayyan...Adam Rayyan sudah berumur 5 bulan...cepat betul masa berlalu..




Monday, 21 September 2009

Hari Raya Pertama @ London

Kami di London merayakan Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad iaitu hari yang sama di mana seluruh umat Islam di Malaysia meraikannya.

Hari Raya Pertama di sini, saya sekeluarga dikunjungi rakan-rakan dari Malaysia dan bukan Malaysia dalam sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri di perantauan. Sebagai meraikan kunjungan rakan-rakan ke rumah kami ni, saya dan isteri menyediakan beberapa juadah makanan yang termampu dimasak utk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.


Terima kasih kepada semua yang berkunjung terutamanya Ibrahim dan Farah serta anak-anak, Faizul dan Kak Ras serta anak-anak, Dr. Raymond dan Dr. Evelyn dan juga Leo dan Pat...ada juga yang tidak dapat hadir kerana saya dimaklumkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk di Central London pada hari raya pertama tersebut.
Kesesakan lalulintas tu dikhabarkan kerana terdapat satu program sedang berlangsung di Central London dan rasanya bukan disebabkan hari raya cam kat Malaysia tuu..hehe



Antara makanan yang sempat dimasak oleh kami ialah set soto ayam, nasi tomato bersama ayam masak sambal, mee hoon goreng, agar-agar (ore kelate panggil beledo) dan lain2 makanan2 pelengkap. Walaupun hidangan seperti ketupat, rendang dan sate tidak disediakan, suasana hari raya tetap terasa dengan kehadiran rakan-rakan yang bertandang ke rumah kami.

Sekali sekala berkumpul ramai2..mcm2 hal yg kami borak sampai jam menunjukkan jam 12 malam pun tak sedar..hehe

Sunday, 20 September 2009

Happy Eid Mubarak!!!

Ketika entry ini ditulis, hari sudahpun masuk hari raya pertama. Tahun ini sekali lagi saya dan isteri dan anak kami, Adam Rayyan akan menyambut syawal di Kota London. Tahun pertama kami menyambut hari raya di London adalah pada tahun 2007 yang lepas dan tahun 2008 pula Alhamdulillah, kami berpeluang menyambutnya di Malaysia. Bagi Adam Rayyan pula, hari raya pertama dalam hidupnya terpaksa beraya di London la pulak..takper..sbb nanti Adam Rayyan bleh kutip duit raya dalam matawang Pounds Sterling..haha..tu pun sebelum hari raya pertama Adam Rayyan dah dapat duit raya dahhh..



Bercakap perihal suasana hari raya di rumah ayah dan emak saya di kampung, biasanya hari raya menjadikan mereka berdua cukup sibuk untuk melayan tetamu yg hadir yg biasanya tidak putus-putus sepanjang hari raya pertama sehinggalah hari raya ketiga. Ayah saya punyai ribuan anak murid serata Malaysia dan hari raya inilah antara peluang mereka untuk berkunjung. Biasanya selepas sahaja solat Hari Raya Eidilfitri selesai, rumah ayah dan emak saya ini dikunjungi hampir keseluruhan jemaah yg hadir bersolat di surau yg diimami ayah saya sendiri. Adalaa dekat2 100 orang sekali dtg pada pagi2 tu...biasanya emak saya akan mempastikan makanan yg dihidang mempunyai kuantiti yg secukupnya...ermm...kami adik beradik juga tidak terlepas sibuk melayan tetamu yg hadir

Menjadi kebiasaan juga hari raya pertama sehingga hari raya ketiga ayah dan emak saya hanya berada di rumah untuk melayan tetamu yg hadir. Ayah dan emak tidak pernah membuat secara spesifik rumah terbuka kerana tiap2 hari adalah terbuka kepada sesiapa yg nak dtg. Kadang2 untuk hari raya kedua, emak terpaksa memasak juadah yang lain utk dijamu kerana makanan utk hari raya pertama habis walau disediakan dalam kuantiti yg begitu banyak. Menu yang biasa emak saya sediakan antaranya Sate, Soto Ayam, Nasi Dagang, Makaroni Bakar, Kuzi Ayam, pelbagai jenis kek, puding, tart dan macam2 lagilah...bagi saya dan adik beradik yg lain, rendang, lontong dan lemang sedikit asing dalam majlis hari raya rumah kami dan begitu juga rasanya di kebanyakan rumah org2 Kelantan yg pernah saya kunjungi sehinggalah saya berkahwin dgn isteri saya yang berasal dari Alor Setar barulah saya biasakan diri dgn makanan2 tradisional melayu itu..Kalau di Kelantan, ketupat mmg ada dibuat tp stylenya lain kerana ianya manis dan tidak dimakan dengan rendang...kalo nak jumpa lemang yg dimakan dgn rendang mcm agak sukar juga utk jumpa...ini saya beritahu semasa beberapa tahun lepaslah, skrg ni saya tak pasti pula bagaimana. Mungkin sudah ada org di kelantan menyediakan lemang, lontong dan rendang sebagai juadah di hari raya...

Untuk tahun ini, saya difahamkan abang sulung saya diamanahkan utk berkhutbah hari raya. Saya sendiri sejak berada di London sudah masuk tahun ke-3 tidak berkhutbah hari raya di surau di kampung halaman.

ala kullihal, Selamat Hari Raya kepada Emak dan Ayah saya di Kota Bharu dan Emak Mentua dan Ayah Mentua saya di Alor Setar. Saya dan isteri memohon jutaan kemaafan jika terdapat salah dan silap. Doakan kejayaan anak2 mu di perantauan.

Kepada seluruh adik beradik kami dan ipar duai kami juga diucapkan selamat menyambut lebaran yang mulia ini. Maaf Zahir dan Batin...


WASUNNI AL-KELANTANI
MURNI HALIM
ADAM RAYYAN MOHD SALLEH

London, UK (2009)

Monday, 14 September 2009

Berjiwa Besar dalam Menerima Pendapat dan Menyatakan Pendapat

Entry kali ini, saya nak ulas mengenai sikap kita dalam menerima pendapat orang lain dan sikap kita dalam menyatakan pendapat kita sendiri. Setiap org mempunyai pendapatnya sendiri akan sesuatu isu. Pendapat-pendapat ini lahir hasil daripada nasihat yang diterima, melalui pembacaan buku-buku yang berkaitan atau melalui pengalaman yg dialami sendiri..

Ada juga pendapat yg diutarakan tentang sesuatu perkara tu datangnya dari akal fikiran semata-mata dan bukan merujuk kepada mana2 sumber yg diyakini tetapi ia bukanlah satu lesen besar kepada kita untuk menyanggah pendapat itu tanpa dibahaskan secara tuntas terlebih dahulu berdasarkan fakta-fakta yang wujud. Kita sebaiknya menerima apa jua pendapat orang lain tidak kiralah kita merasakan pendapat itu betul atau salah dan dalam masa yang sama kita juga digalakkan menerangkan pendapat kita pula berdasarkan kerelevanan isu yg diperbincangkan. Jangan pula kita sesekali terus 'menyanggah' dan 'menembak' pendapat orang lain dgn cepat-cepat memaklumkan bahawa pendapat seseorang itu adalah salah dengan memberi alasan yang dangkal seperti saya langsung tidak pernah mendengar tentang kebenaran akan pendapat kamu itu ataupun saya langsung tidak pernah mendengar ada individu mempraktiskan cadangan kamu itu yang dilihat seolah-olah janggal untuk diguna pakai..

Kita perlu berjiwa besar dan jangan terlalu mengikut emosi dalam berbincang dalam sesuatu hal dan isu..Kita kena ingat bahawasanya masyarakat sekarang semakin berilmu dan sumber-sumber ilmu ada di mana-mana sahaja...saya percaya, bagi manusia yg waras pasti akan mengutarakan cadangan atau pendapatnya bukan dari akal fikiran secara suka-suka sahaja tetapi pendapatnya adalah berdasarkan sumber-sumber yang baik dan sahih yang boleh diterima dan perlu diperbahaskan jika perlu...

Jadi, menerima pendapat orang lain secara baik dan memberi pendapat kita kepada orang lain secara jelas perlulah seiring agar sesuatu isu yang diperdebatkan dapat difahami oleh semua pihak yg terlibat tanpa cuba merendahkan pendapat2 individu lain yang dirasakannya salah.

ok..adios..

Thursday, 3 September 2009

My Wife Convocation Ceremony - UCL

Kelmarin (2/9/09) isteri saya telah menghadiri Majlis Konvokesyen di University College London (UCL). Isteri saya menghadirinya bagi menerima skrol bagi pengajian Master nya dalam bidang Kejuruteraan Biokimia yang telah berjaya ditamatkan pada tahun lepas....Congrates to her on this execellent achievement...InsyaAllah, tahun 2012 nanti, kita hadiri majlis konvokesyen UCL bagi menerima skrol pengajian PhD pula...








Wednesday, 19 August 2009

Adam Rayyan @ 4 Bulan

Blog ni dah lama dibiarkan bersawang..hehe..sekarang ni saya lebih suka 'taip-taip' kat Facebook. Tapi kali ni tetap cuba untuk update blog...

Kelmarin 18/8/09 genaplah umur Adam Rayyan 4 bulan...fuh..bukan senang nak jaga baby tanpa orang tua dan keluarga di sisi. Alhamdulillah, saya dan isteri dapat menjaga Adam dengan baik walaupun langsung tak ada pengalaman jaga baby ni...

Pada minggu lepas, ada Nurse (Miss Helen) datang ke rumah kami untuk buat pemeriksaan kesihatan ke atas Adam dan menerangkan kepada kami akan segala kemudahan yg disediakan oleh pihak Kerajaan Britain terhadap bayi-bayi yang menetap di London. Disebabkan kami baru jer berpindah rumah, maka kawasan rumah baru kami ini terletak dalam Council yang berlainan jadi tawaran perkhidmatan kesihatan juga berlainan dari kawasan rumah kami sebelum ini..

Miss Helen timbang berat Adam, dan ianya tercatat di mana berat Adam pada masa minggu lepas ialah lebih kurang 7.0 kg..kat bawah ni ada beberapa gambar terkini Adam Rayyan...




Esok saya dan isteri akan bawa Adam Rayyan ke Health Centre untuk suntikan imunisasi dan juga pemeriksaan rutin bayi. Terima kasih kepada Miss Helen yang membantu kami untuk mendapatkan temujanji dengan pihak Health Centre.

Tuesday, 28 July 2009

Kisah Hari Minggu

Pada hari sabtu baru-baru ni, saya dan isteri menerima kunjungan kakak saya yg sedang menetap di Birmingham (Pelajar Ph.D di Birmingham University). Ini kiranyer kali pertama my sister ni dtg ke rumah sewa baru kami kat London...Sebelum ni, dia dah banyak kali dah dtg London, tp masa tu saya stay kat rumah univ. kat Camden Town

Kebetulan skrg kat London ni, masih lagi dalam musim jualan murah (summer sales)..so my sis amik la peluang utk beli pakaian kat gedung2 pasaraya kat London ni...My sis sampai kat London kira2 dalam jam 2 ptg dan saya dah janji dgn dia utk jumpa kat Warren Street..kiranyer tpt ni dekat je dengan UCL..lagipun sebelum nak jumpa dia tu, my wife perlu ke lab di UCL dulu utk settlekan beberapa urusan berkaitan research Ph.D dia...

Dari Warren Street, kami bawak my sis pi makan Chicken Briyani kat Al-Anwar Restaurant..Perut perlu diisi dulu, baru semangat nak jalan2..hehe..Restoran Al-Anwar ni pun terletak kat Warren Street gak...sepinggan nasi beriyani harganyer 2.80 Pounds (RM16.80)...layan jer la makan kat sini..tp mmg sedap pun nasi beriani dia...dulu saya pernah rekomen kat one of my frenz, Dr. Raymond. Rupa2nya beberapa jam before wife dia (Dr. Evelyn) due utk bersalin, sempat lagi diorg tu pi pekena nasi beriani kat sini..huhu...kepada yang bakal bersalin kat UCL Hospital terutamanya Kak Farah, apa kata ajak Morlock pi makan gak kat sini before due date bersalin tu..hahaha..senang je kalu jadi apa2 sbb hospital dekat dari je dari situ..huhu

Habih je makan, kami pun terus tuju ke Oxford Street..masa sampai kat sana...perghh...mmg ramai giler org..mcm ulat bulu dibuatnyer..nak berjalan pun susah...kami redah je ramai2..mula2 masuk kedai GAP, pastu masuk kedai ZARA, pastu masuk pasaraya JOHN LEWIS, pastu masuk butik MANGO, pastu masuk DEBENHAM pastu mcm2 kedai lagi la. jenuh saya nak taip semua sekali..haha..saya ikut je diorg ni..takdak niat pun nak beli apa2..hehe..wife saya sempat la jugak sambil meneman kakak saya shopping tu, 'menapau' Hand Bag CK kat salah satu pasaraya tu..huhu..kelabu mata la tu tgk offer sampai 50 percent...Kami stop jap minum petang kat Zest Cafe yg terletak di dalam Pasaraya SELFRIDGES...


My Wife & My Sis kat Butik Mango
@ Oxford Street

Habis je shopping kat sini, kami bawa my sis pi dinner kat Msia Hall Cafe kat Queensway..masa kami sampai, banyak lagi meja kosong..huhu..mujur la..kalu tak..jenuh kena berdiri tunggu meja kosong..lagipun ari tu ari sabtu..biasanya mmg seharian la full...Habis je dinner, kami pun pulang ler ke rumah saya sambil membuat planning utk ke Westfield (Pasaraya Terbesar di Eropah) pada esok hari lak..hehe..Malam ni my sis tidur kat rumah saya..

Pagi2 Ahad keesokan harinya plak, misi shopping diteruskan lagi..kali ni saya drive keter menuju ke Westfiled yg terletak kat Shephard Bush...Kalu nak beli pakaian baby dan kanak2 sini mmg tempat bagus sbb mcm2 butik pakaian dari pelbagai jenama ada kat sini...kebetulan kali ni, ada jualan murah...maka aktiviti memborong pakaian pun diteruskan..haha..anak saya, Adam Rayyan cukup bertuah sbb isteri saya memborong pakaian mcm2 kat dia..Hampir kesemua pakaian tu dari jenama ADAMS...hahaha...stok utk pakaian raya la kot...huhu..Saya pulak dalam takdak niat utk beli apa2 kat sini..last2 beli jugak baju...masa pi masuk butik DKNY Jeans, ada banyak offer terutama di bahagian pakaian lelaki...So, saya pun beli la satu buat 'gggori' ore kelate kato..haha..harga asal baju tu dalam 60 pounds tp masa saya beli tu, saya dapat harga 28 pounds...ok la tu...Kalau ikut matawang RM dah hampir RM192 dah diskaun harga...banyak tu turun harga...


My Wife @ John Lewis

Habis je aktiviti shopping mopping kat sini, kami bawa my sis ni pi makan kat Restoran Bonda..habis je makan, saya hantar my sis ni ke train station dan dia pun balik semula ke Birmingham...My sis ni akan pulang ke Malaysia kira2 dua minggu lagi sbb ada mesyuarat di Kuala Lumpur berkaitan research PhD nya...Jadi, dia pun terus je cuti sebulan kat M'sia sampai la Hari Raya nanti...bestnyer..kami la jugak akan beraya kat London..huhu


My Wife & Adam @ Zest Cafe

Me & Adam @ Zest Cafe

Friday, 24 July 2009

Adam Rayyan Selepas 3 Bulan

Umur Adam Rayyan sudah pun mencapai 3 bulan..pejam celik pejam celik dah 3 bulan rupanyer..hehe..cepat sungguh masa berlalu..

Pada hari isnin yg lepas, saya dan isteri bawak Adam Rayyan ke unit pemeriksaan kanak-kanak di Univ College London Hospital yg terletak di Warren Street, London utk membuat beberapa pemeriksaan rutin utk bayi...Appointment telah saya aturkan dengan pihak hospital kira-kira 1 bulan yang lepas...Alhamdulillah, Adam Rayyan didapati sihat...


Mula-mula tu, saya dan wife bercadang nak timbang berat badan terkini Adam Rayyan kat Hospital UCL ni, tapi tak jumpa lak alat penimbang bayi...last2 kami decide pergi ke satu pusat kesihatan yg terletak di Mornington Crescent utk timbang berat terkini Adam Rayyan kat sana...jeng jeng jeng..selepas 3 bulan umur Adam Rayyan ni, berat yang dicatat ialah 6.10 kg...huhu...ingat lagi masa Adam dilahirkan, berat yg dicatat ialah 2.80...so..peningkatannyer mmg cepat...hehe..

Tuesday, 14 July 2009

HEBAHAN MAJLIS ILMU TAREQAT TASAWUF DAN ZIKRULLAH

Majlis Menyambut Hol Sohibul Karomah Wal Madadi An-Nafis Sidi Ahmad Ibni Idris Kali Yang ke-177

Tempat: Surau Ahmadiah Haji Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh: 16 Julai 2009 (Khamis Malam Jumaat)
Masa : 7.00 pm - 10.30 p.m.

Aturcara Majlis:

-Solat Maghrib Berjemaah
- Kuliah Khas
-Halaqah Zikir
-Solat Isya' Berjemaah
-Jamuan Makan
-Bersurai

Majlis Halaqah Zikir akan dipimpin oleh
Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein


Kuliah Khas:-

Tajuk : Perlunya Amalan Tareqat Tasawuf di Masa Kini

Disampaikan Oleh : Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein, Pemimpin bagi Tareqat Ahmadiah Idrisiah, Sahah Surau Ahmadiah Hj Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Majlis Hol ini dan sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein, di talian 013-9871002

Tuesday, 7 July 2009

Health Centre: Leceh & Menyusahkan

Kesihatan anak saya, Adam Rayyan sedikit terjejas hari ini..Adam mengalami batuk-batuk..mungkin kerana perubahan suhu yg tidak menentu iaitu kadang2 panas dan kadang2 sejuk menyebabkan Adam mudah diserang batuk...Hari ini, London mengalami hujan sepanjang hari..2 hari lepas lak..panas terik..

Petang tadi, saya dan isteri terus bawa Adam utk berjumpa dengan Doktor (kalau kat UK kita panggil GP) di Pusat Kesihatan yg berdekatan dgn rumah kami...sejak Adam lahir, inilah kali pertama Adam mengalami sedikit tidak sihat...

Kalau sesiapa yg mmg tinggal di UK, mmg akan tahu betapa menyusahkan dan lecehnyer sistem pemeriksaan kesihatan di sini...Kita tidak boleh sesuka hati utk pergi ke mana2 klinik atau pusat kesihatan...kita perlu mendaftar di Pusat Kesihatan yg berdekatan dgn kawasan rumah kita sahaja..



Semasa kami sampai di kaunter Pusat Kesihatan tersebut, saya terus memohon kepada staf yg bertugas di kaunter utk membolehkan Adam Rayyan berjumpa dgn Doktor (GP) bagi pemeriksaan kesihatan...Jawapan staf itu ialah TIDAK BOLEH jumpa kerana saya tidak membuat apa2 appointment dgn pihak mereka...

Saya sebenarnyer sudah menjangka jawapan ini..tapi adakah kita boleh agak bila anak kita akan sakit dan perlukah kita membuat appointment dan menunggu berhari2 dalam keadaan anak kita sakit sebelum dibenarkan berjumpa dengan Doktor??? Alhamdulillah, walaupun salah seorg staff di sana tidak membenarkan Adam dibawa berjumpa dengan Doktor, tetapi ada seorg staff yg lain masuk campur dan membenarkan Adam dibawa utk berjumpa dgn Doktor dgn alasan Adam masih bayi dan perlukan perhatian yg rapi dari pihak pusat kesihatan...

Sebelum ini, Adam didaftarkan di Pusat Kesihatan yg terletak di kawasan rumah lama kami di Camden Town...tetapi kerana kami telah berpindah ke kawasan lain, maka kami sekeluarga perlu menukar dan daftar di Pusat Kesihatan lain yg lebih dekat dgn rumah skrg..Minggu lepas, apabila saya dan isteri membawa Adam ke Pusat Kesihatan yg lama utk pemeriksaan terkini kesihatan Adam, mereka menolak mentah2 utk membuat pemeriksaaan dgn alasan, kami sudah berpindah..walhal pusat kesihatan yg baru kami daftar ini yg mengarahkan kami supaya membuat pemeriksaan terhadap Adam di Pusat Kesihatan yg lama bagi mendapatkan rekod kesihatan terkini sblm segala data dipindah masuk ke Pusat Kesihatan yg baru ini...


Mmg geram dibuatnyer...ermmm..dalam keadaan inilah, saya merasakan Malaysia adalah tempat terbaik dari segala segi...kalau sakit jer..terus boleh bawa anak kita ke mana2 klinik atau hospital yg berdekatan tidak kira waktu....kalu kat London ni..Pusat Kesihatan akan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad...dan kalau hari biasa, jam 6.00 ptg, Doktor sudah habis bertugas....nak beli ubat pulak, perlu dapatkan prescription dulu dari Doktor...tak bleh beli sesuka hati je kat farmasi...lebih2 lagi kalau ubat itu khas utk bayi...mmg peraturannyer ketat bagi mengawal penyalahgunaan ubat tp sampai satu tahap ianya betul-betul menyusahkan..

Sampai skrg saya masih teringat kisah salah seorg rakan saya di London iaitu Bro. Faizul (Mantan Ketua Jabatan Bioteknologi, Kulliyyah Sains, UIAM) yg menceritakan betapa seksanyer beliau utk mendapatkan ubat dan menjalankan pemeriksaan Doktor semasa beliau diserang kesukaran utk bernafas semasa musim sejuk melanda London seingat saya pada tahun lepas...alasan pusat kesihatan ialah, kawan saya ini tiada appointment utk jumpa Doktor so tak bleh jumpa la Doktor..bila tak bleh jumpa Doktor, maka prescription ubat pun tak dapat, jadi ubat pun takleh beli kat farmasi...mmg menyusahkan..

Berbalik kepada citer anak lelaki saya. Hasil pemeriksaan kesihatan beliau, Doktor mengatakan ianya batuk2 biasa sahaja dan Adam tidak mengalami kenaikan suhu badan..Doktor juga beritahu yg Adam tidak perlu mengambil apa2 ubat dan biarkan ianya sembuh dgn sendiri sahaja...ermm...kali ni teringat lak ttg kisah salah seorg abg ipar saya yg diserang demam semasa tinggal di Edinburgh, Scotland pada awal 90 an..Doktor pun cakap camtu juga..tak perlu ambil ubat...tapi last2 tak sembuh2 juga demam tu..akhirnyer beliau terpaksa sekali lagi pergi berjumpa dgn Doktor dan minta Doktor beri prescription antibiotic...selepas makan antibiotic tu, barulah demam tu sembuh...

Monday, 6 July 2009

Catatan Perjalanan : Windsor Castle @ United Kingdom

Kelmarin, seperti minggu sebelum ni, saya dan isteri bersama-sama rakan kami iaitu Affaro dan isterinya, Eby, telah pergi jalan2 ke Windsor Castle..Perjalanan mengambil masa kira-kira hampir 2 jam dari London..itupun kerana saya telah tersalah masuk jalan masa nak kuar masuk ke Highway M4 dari London..terpaksa ler kami cari jalan lain dan pusing balik ke arah highway tersebut...

Kira2 jam 12.15 tgh hari, sampai juga kami ke kawasan Windsor Town..Mujurla masa kami sampai tu, pengunjung tak ler ramai sgt lagi dan ini telah memudahkan saya utk mendapatkan parking keter dgn bayaran 4 pounds sterling bagi sehari parking..

Fakta yang saya perolehi ialah Windsor Castle adalah istana yang paling lama pernah wujud di dunia ini dan juga istana yang paling besar yang pernah dibina di atas dunia...betul la kot..sbb mmg besar giler kawasan dan senibina istana ni...Sehingga sekarang, istana ini masih didiami oleh kerabat diraja British dan Queen Elizabeth juga sekali sekala akan menetap di Windsor Castle ini.

Di istana ini juga telah tersimpan rapi banyak khazanah berharga milik keturunan Raja British bermula dari King Henry ke 8..Saya dan isteri berpeluang masuk ke kediaman khas tempat tinggal utama King Henry Ke-8 tapi sayangnya kami tidak dibenarkan utk mengambil apa2 gambar dalam ruangan kediaman tersebut...Apa yg boleh saya katakan...kediaman itu cukup besar dan segala khazanah diraja seperti pakaian kebesaran diraja, alat2 senjata seperti pedang, pisau yg bertatahkan berlian dan emas milik kebesaran Raja2 British yg terdahulu, kerusi meja yg dibuat daripada emas dan tembaga dan bermcm2 lagi masih lagi disimpan rapi dan kami berpeluang melihat segalanya secara dekat di kediaman diraja ini...Ada juga khazanah yg disimpan seperti pintu2 masuk khas yg berusia ribuan tahun dulu telah sedikit retak mungkin kerana usianyer yg telah lama...


Semasa kami sampai di Windsor Town ini, lalulintas masih belum sibuk lagi...Gambar di atas adalah di kawasan bersebelah tempat parking kereta...

Gambar di atas ini pulak menunjukkan salah satu binaan yang terdapat di tgh2 Windsor Town..air pancut yg keluar daripada binaan tersebut berbuih2 seperti campuran air dan sabun...tp tak taula kalau sabun tu sebenarnyer ada manusia lain yg pi 'pedajal' letak sabun dalam air pancut tu...hahaha


Gambar di atas di mana kami berada di tepi tembok Windsor Castle..oleh kerana cuaca yg begitu baik..maka ramai la yg melepakkan diri di kerusi2 yg disediakan...nak menghitamkan kulit kununnyer...


Gambar di atas menunjukkan antara pintu gerbang masuk ke Windsor Castle yg masih gah walaupun usianya telah mencecah ribuan tahun lamanyer...Kelihatan beberapa anggota polis mengawal gerak geri pengunjung yg hadir ke istana ini...


Gambar di atas adalah gambaran dari sisi Windsor Castle...cuaca yg baik memudahkan kami bergerak mengelilingi istana ini..

Gambar di atas adalah spot pertama semasa kami mula-mula melangkah masuk ke dalam kawasan Windsor Castle ini...Bayaran dikenakan bagi setiap individu yg ingin masuk ke dalam kawasan istana dan sebenarnya hanya suku kawasan istana yg dibenarkan dikunjungi oleh orang awam dan selebihnyer menjadi kawasan larangan kerana kawasan2 itu masih didiami oleh golongan kerabat raja Britain..Pemeriksaan yg ketat dijalankan oleh pihak polis bagi setiap pengunjung yg ingin memasuki ke dalam kawasan istana...



Gambar2 di atas pula menunjukkan pemandangan dalam kawasan Windsor Castle..seni binaan yg berusia ribuan tahun masih lagi utuh dijaga rapi oleh pihak berkuasa di sini...

Kelihatan beberapa pengawal istana sedang melakukan baris hormat di dalam kawasan istana..








Semua gambar2 di atas adalah antara gambaran menarik dalam kawasan Windsor Castle..





Setelah puas mengelilingi kawasan Istana dan juga Windsor Town, kami berhenti di tepi salah satu tasik yg berdekatan utk makan2...hehehe..isteri saya dan isteri kepada Affaro menyediakan segala makanan yg dibawa...habis je makan..saya pun terus drive kereta pulang ke rumah kami di London....

Sekali lagi kami lambat tiba di London kerana kami terpaksa menempuh kesesakan lalulintas hampir 10KM di Highway M4 sebelum masuk ke Central London...huhu..nasib badan....hehe

Tambahan : Sungguh rugi kerana kami tidak berpeluang utk mengambil gambar di dalam kawasan kediaman diraja yg dipenuhi khazanah berharga diraja Britain...Hanya kawasan luaran istana sahaja yg dibenarkan utk tatapan rakan2 semua...Layan jer la yer...Adios..