CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, 6 July 2009

Catatan Perjalanan : Windsor Castle @ United Kingdom

Kelmarin, seperti minggu sebelum ni, saya dan isteri bersama-sama rakan kami iaitu Affaro dan isterinya, Eby, telah pergi jalan2 ke Windsor Castle..Perjalanan mengambil masa kira-kira hampir 2 jam dari London..itupun kerana saya telah tersalah masuk jalan masa nak kuar masuk ke Highway M4 dari London..terpaksa ler kami cari jalan lain dan pusing balik ke arah highway tersebut...

Kira2 jam 12.15 tgh hari, sampai juga kami ke kawasan Windsor Town..Mujurla masa kami sampai tu, pengunjung tak ler ramai sgt lagi dan ini telah memudahkan saya utk mendapatkan parking keter dgn bayaran 4 pounds sterling bagi sehari parking..

Fakta yang saya perolehi ialah Windsor Castle adalah istana yang paling lama pernah wujud di dunia ini dan juga istana yang paling besar yang pernah dibina di atas dunia...betul la kot..sbb mmg besar giler kawasan dan senibina istana ni...Sehingga sekarang, istana ini masih didiami oleh kerabat diraja British dan Queen Elizabeth juga sekali sekala akan menetap di Windsor Castle ini.

Di istana ini juga telah tersimpan rapi banyak khazanah berharga milik keturunan Raja British bermula dari King Henry ke 8..Saya dan isteri berpeluang masuk ke kediaman khas tempat tinggal utama King Henry Ke-8 tapi sayangnya kami tidak dibenarkan utk mengambil apa2 gambar dalam ruangan kediaman tersebut...Apa yg boleh saya katakan...kediaman itu cukup besar dan segala khazanah diraja seperti pakaian kebesaran diraja, alat2 senjata seperti pedang, pisau yg bertatahkan berlian dan emas milik kebesaran Raja2 British yg terdahulu, kerusi meja yg dibuat daripada emas dan tembaga dan bermcm2 lagi masih lagi disimpan rapi dan kami berpeluang melihat segalanya secara dekat di kediaman diraja ini...Ada juga khazanah yg disimpan seperti pintu2 masuk khas yg berusia ribuan tahun dulu telah sedikit retak mungkin kerana usianyer yg telah lama...


Semasa kami sampai di Windsor Town ini, lalulintas masih belum sibuk lagi...Gambar di atas adalah di kawasan bersebelah tempat parking kereta...

Gambar di atas ini pulak menunjukkan salah satu binaan yang terdapat di tgh2 Windsor Town..air pancut yg keluar daripada binaan tersebut berbuih2 seperti campuran air dan sabun...tp tak taula kalau sabun tu sebenarnyer ada manusia lain yg pi 'pedajal' letak sabun dalam air pancut tu...hahaha


Gambar di atas di mana kami berada di tepi tembok Windsor Castle..oleh kerana cuaca yg begitu baik..maka ramai la yg melepakkan diri di kerusi2 yg disediakan...nak menghitamkan kulit kununnyer...


Gambar di atas menunjukkan antara pintu gerbang masuk ke Windsor Castle yg masih gah walaupun usianya telah mencecah ribuan tahun lamanyer...Kelihatan beberapa anggota polis mengawal gerak geri pengunjung yg hadir ke istana ini...


Gambar di atas adalah gambaran dari sisi Windsor Castle...cuaca yg baik memudahkan kami bergerak mengelilingi istana ini..

Gambar di atas adalah spot pertama semasa kami mula-mula melangkah masuk ke dalam kawasan Windsor Castle ini...Bayaran dikenakan bagi setiap individu yg ingin masuk ke dalam kawasan istana dan sebenarnya hanya suku kawasan istana yg dibenarkan dikunjungi oleh orang awam dan selebihnyer menjadi kawasan larangan kerana kawasan2 itu masih didiami oleh golongan kerabat raja Britain..Pemeriksaan yg ketat dijalankan oleh pihak polis bagi setiap pengunjung yg ingin memasuki ke dalam kawasan istana...



Gambar2 di atas pula menunjukkan pemandangan dalam kawasan Windsor Castle..seni binaan yg berusia ribuan tahun masih lagi utuh dijaga rapi oleh pihak berkuasa di sini...

Kelihatan beberapa pengawal istana sedang melakukan baris hormat di dalam kawasan istana..








Semua gambar2 di atas adalah antara gambaran menarik dalam kawasan Windsor Castle..





Setelah puas mengelilingi kawasan Istana dan juga Windsor Town, kami berhenti di tepi salah satu tasik yg berdekatan utk makan2...hehehe..isteri saya dan isteri kepada Affaro menyediakan segala makanan yg dibawa...habis je makan..saya pun terus drive kereta pulang ke rumah kami di London....

Sekali lagi kami lambat tiba di London kerana kami terpaksa menempuh kesesakan lalulintas hampir 10KM di Highway M4 sebelum masuk ke Central London...huhu..nasib badan....hehe

Tambahan : Sungguh rugi kerana kami tidak berpeluang utk mengambil gambar di dalam kawasan kediaman diraja yg dipenuhi khazanah berharga diraja Britain...Hanya kawasan luaran istana sahaja yg dibenarkan utk tatapan rakan2 semua...Layan jer la yer...Adios..

2 comments:

ajak sharif said...

Tahniah salleh atas kelahiran cahayamata..Dah lame x dengar berita ko..last jumpe pon mase ko memule nk pegi london..tau2 dah dapat anak..
Affaro tu kawan baik aku masa di ipoh, x sangka korang boleh jumpa..
haha..tolong kirim salam kat dia bila ko jumpa dia lagi..

Wasunni Al-Kelantani said...

Ajak,

perghhh..lama kita tak jumpa..dah hampir 2 tahun la bro...dalam 2 bulan lepas, aku balik Msia kejap sbb buat visa anak aku..tp kalut sgt sbb balik kejap jer..tak sempat nak kontek sesaper utk jumpa. Lagipun murni baru lepas sebulan bersalin masa tu..masa banyak habis di kedah dan kelate...

kau aper citer? ler..rupanyer kau dah kenal lama affaro yer..dulu dia dan bini dia stay kat depan umah aku jer..bleh kata selalu jumpa..tp skrg aku dah pindah rumah lain..cam jauh skit dari umah dia..tp still kami duk jumpa lepak2 setiap minggu..nanti aku sampaikan salam kau pada dia..

rajin2 la jenguk blog aku yer..hehe..adios bro..