CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, 23 August 2008

Updated Story

Hari ni, badan sakit2 skit...semalam terlebih tidur la pulak. letih sgt kot.hehe...tiap2 hari duk berulang alik pi ke MSD London..pagi kelmarin masa nak pegi kerja dalam jam 6.30 pagi..saya terpaksa meredah hujan lebat..dah la saya tak bawa payung masa keluar tu..habis basah baju saya..kena pulak masa tu mmg sejuk..menggigil juga masa sampai di Malaysia Hall tu..sampai2 je..saya terus ke kantin dan pesan teh o panas dan nasi goreng cina panas2..haha..legaaa..


Seminggu dua ni dah tak berapa ramai warga Malaysia stay di M'sia Hall London..maybe bulan Ramadhan dah nak menjelma kot..so, sbb tu ramai yg tak dtg jalan2 ke London..lagipun bmula awal September sampai tgh bulan Oktober ni, Malaysia Hall London akan ditutup utk disewa oleh orang ramai dan hanya digunakan bagi menyambut pelajar2 baru dari Malaysia yang akan sampai di UK nanti...Program ini mrk namakan 'Program Hijrah'.


Esok saya dijemput oleh salah seorang Pegawai Kanan Diplomatik dari Malaysia untuk mengetuai majlis tahlil doa selamat di rumah beliau di London ni...kebetulan esok saya tidak bekerja dan saya terus menerima jemputan pegawai tersebut...at least ada sesuatu yang dapat saya sumbangkan lagi utk warga Malaysia di London ini..

Itu saja yer dulu..nak siap nak pi kerja ni..

Adios!!!

Wednesday, 20 August 2008

Terima Kasih dan Cukup Terharu

Pada minggu lepas, saya telah diraikan oleh warga kerja M'sia Hall London dalam satu majlis perpisahan khas untuk saya. Saya telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai salah seorang warga kerja Malaysia Hall London kerana perlu pulang ke Malaysia pada pertengahan Bulan September ni...Majlis ni sebenarnya adalah idea dari ketua saya iaitu Kak Mazni...Thanks a lot to Kak Mazni dan Kak Halimah yang bersusah payah masak nasi ayam spesel dan beberapa makanan sampingan lain untuk dijamu pada tetamu yang hadir...Isteri saya juga dijemput hadir tapi beliau tak dapat nak dtg sebab masih sibuk menyiapkan segala report utk di 'VIVA' pada bulan September ni...Good luck to my wife for the final task before completing study here and please be prepared for PhD pulak...hehehe..

Terharu jugak sebab majlis ni turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Pelajar Malaysia di London & Ireland (MSD London) termasuklah En. Zaki (Education Atache, MSD London) dan isteri, Kak Suzana (Education Atache, MSD London) dan suami dan Puan Normah (Assistant Accountant MSD London) bersama anak-anaknya. En Nazri (Director MSD London) dan Ustaz Erfino (Religious Atache) tak dapat hadir sbb dua-dua ada kat Malaysia...Majlis ni dibuat kat rumah Warden Malaysia Hall London...Tak ada agenda khusus yang ada cumanya majlis ini dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh saya sendiri dan selepas itu kami semua makan..hehe..

Terlalu banyak pengalaman semasa menjadi warga staff Dewan Malaysia London yang saya dapat...Kenalan di kalangan warga Malaysia yang belajar dan bekerja di UK juga semakin bertambah...

Finally thanks to all warga keja MSD London dan Malaysia Hall London yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya selama saya diterima menjadi salah seorang warga kerja di sana....Jazakallah hu khairan kathiraaa...

InsyaAllah, jika punyai rezeki yang lebih, kita semua akan berjumpa lagi pada masa akan datang...Minta doakan kejayaan kami berdua..

P/S : Tengah berdebar menunggu keputusan UIA-KPT mengenai permohonan biasiswa wife saya utk dia melanjutkan terus PhD di London...Kalau confirm dapat, 3 tahun lagi la gamaknya kami menetap kat London ni..hahaha...

Tuesday, 12 August 2008

Duit Lesap dari Akaun Bank Gara-Gara Pembelian Melalui Internet

Yer..duit isteri saya lesap dalam jumlah yang tidak sepatutnya gara2 pembelian barang dari internet. Baru2 ini, isteri saya ada membuat pembelian barang melalui laman web e-bay...Kalau tanya saya, saya sendiri pun yakin dengan pembelian melalui internet lebih2 lagi menggunakan web e-bay yg mmg dah terkenal. Mcm kalau kat UK ni Cyber Lawnyer amat ketat utk elak penipuan dari berlaku ke atas pengguna yg membuat pembelian melalui internet ni.

Sepatutnyer harga barang yg dibeli oleh isteri saya adalah dalam lingkungan 9 pounds (RM 58.50) sahaja (termasuk belanja pos)..tetapi tiba2 bila cek di akaun bank, jumlah yang ditolak adalah dalam lingkungan 50 pounds (RM 325) ...mmg geram jadinya kerana 50 pounds ini adalah satu jumlah yg cukup besar (kalau kat London, 50 pounds ni cukup utk makan dalam lingkungan seminggu bagi 2 orang makan..hehe)...kami hanya tunggu bank statement dari bank dipos kepada kami sebelum kami membuat laporan khas kepada pihak bank...

Kepada rakan2 yg ingin mencuba membuat pembelian secara e-commerce...fikir2kan dahulu sblm terkena mcm kami ni..tak ker kena habiskan banyak masa utk buat report sana sini semata2 nak tuntut wang yg ghaib secara tiba2 dari akaun bank..

Tuesday, 5 August 2008

Story Hari Ini

Hari ni kat London hujan la pulak..pagi2 lagi dah sejuk dah rasa..tengahhari tadi saya bawa wife saya pi makan nasi kat Cafe Malaysia Hall. Ari ni ada lauk ayam bakar..ok la tu..new lauk utk kami makan..haha..cendol pulut tapai tak dapat la kami makan sebab suhu sejuk..kang batuk pulak..

Saya duk perati sehari dua ni, semakin ramai warga bukan Msia datang makan di restoran2 makanan Malaysia kat London ni. Rupa2nya diorg ni suka dengan teh tarik..kelmarin pun saya duk dgr ada sorang minah perancis ni duk puji air teh tarik masa tgh makan di cafe malaysia hall...erm...hebat juga penangan teh tarik msia ni..

Kalu korang nak tahu kat London skrg ni kewujudan restoran2 halal dah mcm cendawan dah..td pun masa on da way balik ke rumah, saya ada perasan yang beberapa kedai makan yang berkonsep cam starbucks pun dah mula pelekat tanda makanan halal kat luar kedai diorg...pekerja pun diorg letak org Islam dah...itu satu strategi utk menarik golongan Muslim London utk makan kat kedai diorg..Ok la tu..kalu tak..mesti org2 cam saya ni masuk setakat minum kopi secawan je la..kalu nak tempah burger ke atau makanan2 lain yg berasaskan daging, konfem taknyer sbb tak halal...

Bila dah hujan ni, suhu pun sejuk..tp tak la sejuk sgt..kiranyer kalau nak landing tidur tu..mmg best la..haha..kalau nak kuar pi mana2 pun setakat pakai jaket nipis je dah ok dah..tak yah pakai baju tebal2 giler pun..org putih kata nice weather bro..hehe..

Faktor Yang Mempengaruhi Penilaian Prestasi

Anda pernah dinilai prestasi oleh majikan anda? Berapa skor yang anda perolehi? Tahukah anda di mana skor pemarkahan yang anda perolehi telah dipengaruhi pelbagai faktor yang boleh menjejaskan atau memantapkan lagi kedudukan anda dalam sesuatu organisasi?

Sepanjang hampir 5 tahun saya berada dalam pelbagai organisasi, sudah lebih daripada 5 kali prestasi saya dinilai oleh pengurus saya malahan saya pernah dinilai secara terus oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi sebuah syarikat. Skor yang saya perolehi juga berbeza bergantung kepada output prestasi yang berjaya saya tonjolkan. Skor yang paling tinggi yang pernah saya dapat adalah dalam lingkungan 92 % dan yang paling rendah adalah dalam lingkungan 79%. Semuanya memberi kesan terhadap kadar gaji dan peluang kenaikan pangkat.

Terdapat pelbagai faktor yang akan mempengaruhi skor pemarkahan penilaian prestasi seseorang pekerja. Antara yang boleh diberi perhatian ialah:-

1) Pengurus tidak mengambil serius dalam proses penilaian

Ada dikalangan pengurus yang tidak mengendahkan sangat soal pemarkahan yang ingin diberikan kepada para pekerjanya. Biasanya pemarkahan yang diberikan dibuat secara sambil lewa sahaja dengan memberi penilaian yang seragam bagi setiap set penilaian yang telah disediakan oleh pihak HR syarikat.

2) Pengurus tidak bersedia beri komen terhadap prestasi pekerja

Ada juga dikalangan pengurus yang langsung tidak mahu memberi komen terhadap prestasi para pekerjanya dan akan meminta pihak lain untuk memberi penilaian terhadap pekerjanya. Ini akan menyebabkan skor penilaian akan menjadi tidak tepat kerana orang lain yang menilai itu tidak mengetahui secara tuntas akan hasil kerja para pekerja yang dinilai sepanjang penilaian dibuat.

3) Perbincangan dalam pembangunan pekerja tidak efektif

Penilaian prestasi tidak akan efektif jika organisasi tidak mengambil inisiatif untuk selalu mengadakan perbincangan di kalangan para pekerjanya dalam soal membangunkan prestasi pekerja. Hanya penilaian yang dibuat tetapi tidak ada perbincangan bagi membangunkan prestasi ke arah yang lebih baik dibuat.

4) Pengurus tidak jujur dalam penilaian prestasi

Ada dikalangan pengurus yang tidak jujur dalam memberi skor pemarkahan penilaian prestasi terhadap para pekerjanya. Sebagai contoh, pemarkahan yang diberikan adalah berdasarkan rasa dendam atau cemburu dan dengan itu, skor yang diberikan adalah rendah walaupun prestasi pekerja itu adalah di tahap yang terbaik.

Monday, 4 August 2008

Updated Story

Wahh, lg sekali saya tak sempat nak update Blog ni dalam satu jangka masa yg lama..hehe..lagipun..fikiran tgh buntu..tak tahu nak tulis apa...

Kalu takdak apa2 hal, bulan 9 ni saya n my wife dan rakan2 lain yg dah habis belajar tu akan pulang ke M'sia...tp tiket tak dapat pun lagi...my wife terima email dari org yg incaj pasal beli tiket ni, dia kata kena kasi surat pgesahan tamat belajar dari universiti kat london ni dan full transkrip dulu baru pihak UIA akan beli tiket balik..huhu...surat tu paling kurang lepas my wife VIVA baru la dapat...tu dalam tgh bulan September tu...perghhh..pastu nak hantar ke UIA lagi..pastu n pastu mcm2 lagi ni...semput..semput..

Hari tu my wife ada la jugak kenen2 website flight MAS..banyak tiket dari London ke KL dah habis especially bulan 9 ni..ish...ish..suspen wooo...takkan tahun ni nak raya kat London lagi..tahun lepas dah raya kat sini....dah tak rasa cam raya dah tahun lepas tu..dah la masa saya pi solat raya masa tahun lepas tu..my wife pulak kena pi kelas pagi2 buta lagi..sadis sungguh...huhu

Harap2 semuanya ok dan kami dapat pulang ke Malaysia dgn selamatnyer...InsyaAllah...

My Sister Visit to London

@ Oxford Street, London

@ Nandos Restaurant (Halal) @ Kilburn Street

Lepak2 @ Hydepark

@ My House

Minggu lepas, my sister yg duk sambung belajar nun jauh kat Leiden Univ di Holland dtg jalan2 ke London ni...seminggu jugak dia with her husband n anak dia stay kat London ni...macam2 tempat diorg dapat gi ronda2..saya pun sempat jugak bawak diorg pi lawat tempat2 menarik sekitar London..My sis n abg ipar saya ni jenis ulat buku (jgn marah aa..hehe)..Masa dtg aritu pun..banyak giler buku yg dijual kat sini yg diorg beli..lebih 20 biji buku kot...huhu...

To kakju n abe mie..nanti kami shipping semua buku tu ke Malaysia deh..sekali ngan barang2 kami hok lain..thanks for everything yaa..Jumpa di Malaysia masa hari raya nanti..

Ok..adios...