Pada minggu lepas, saya telah diraikan oleh warga kerja M'sia Hall London dalam satu majlis perpisahan khas untuk saya. Saya telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai salah seorang warga kerja Malaysia Hall London kerana perlu pulang ke Malaysia pada pertengahan Bulan September ni...Majlis ni sebenarnya adalah idea dari ketua saya iaitu Kak Mazni...Thanks a lot to Kak Mazni dan Kak Halimah yang bersusah payah masak nasi ayam spesel dan beberapa makanan sampingan lain untuk dijamu pada tetamu yang hadir...Isteri saya juga dijemput hadir tapi beliau tak dapat nak dtg sebab masih sibuk menyiapkan segala report utk di 'VIVA' pada bulan September ni...Good luck to my wife for the final task before completing study here and please be prepared for PhD pulak...hehehe..
Terharu jugak sebab majlis ni turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Pelajar Malaysia di London & Ireland (MSD London) termasuklah En. Zaki (Education Atache, MSD London) dan isteri, Kak Suzana (Education Atache, MSD London) dan suami dan Puan Normah (Assistant Accountant MSD London) bersama anak-anaknya. En Nazri (Director MSD London) dan Ustaz Erfino (Religious Atache) tak dapat hadir sbb dua-dua ada kat Malaysia...Majlis ni dibuat kat rumah Warden Malaysia Hall London...Tak ada agenda khusus yang ada cumanya majlis ini dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh saya sendiri dan selepas itu kami semua makan..hehe..
Terlalu banyak pengalaman semasa menjadi warga staff Dewan Malaysia London yang saya dapat...Kenalan di kalangan warga Malaysia yang belajar dan bekerja di UK juga semakin bertambah...
Finally thanks to all warga keja MSD London dan Malaysia Hall London yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya selama saya diterima menjadi salah seorang warga kerja di sana....Jazakallah hu khairan kathiraaa...
InsyaAllah, jika punyai rezeki yang lebih, kita semua akan berjumpa lagi pada masa akan datang...Minta doakan kejayaan kami berdua..
P/S : Tengah berdebar menunggu keputusan UIA-KPT mengenai permohonan biasiswa wife saya utk dia melanjutkan terus PhD di London...Kalau confirm dapat, 3 tahun lagi la gamaknya kami menetap kat London ni..hahaha...













0 comments:
Post a Comment