CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 22 February 2009

Menerima Kunjungan Mantan Perdana Menteri Malaysia-Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pada 21hb Februari 2009 yang lepas, Dewan Malaysia London menerima kunjungan daripada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri..



Friday, 13 February 2009

Ceriter Kelmarin

Lama dah tak taip apa2 kat blog ni...sory rr...takdak idea pulak sehari dua ni..skrg dah jam 2 pagi waktu UK..dah puas belek blogspot kawan2..rasa cam nak menaip pulak..

Petang kelmarin, masa keluar rumah nak pi tesco rupa2nyer kat luar rumah saya hujan bercampur snow turun..bleh kata lebat la jugak..dalam hati duk kata yes..yes..snow turun plak..best la kununnyer..haha..tp snow yg turun tu tak sempat melekat putih kat atas jalan sbbnyer halus2 je yg turun tu..dalam jam 9 malam..hujan snow tu pun dah stop sampai la skrg..haha..tak jadi la snow nampaknyer..

akak saya yg stay kat birmingham duk citer yg kat kawasan umah dia asal malam jer..mesti snow turun..tu yg saya kata kat dia..pergh..syok tu..akak saya balas balik..syok apernyerr..bila dah snow..mesti la sejuk..bila dah sejuk..kena la bukak heater..bila dah bukak heater jer memanjang..bil pun punya la melambung..haha..kalu duk kat umah cam saya ni..ok la..sbb heater bleh pasang 24 jam sbb bayaran sewa dah termasuk semua sekali..hehe

wife saya pulak semalam bagitau yg dia nak makan cendol pulut..ermm..mujur la ada satu restoran melayu kat London ni ada sediakan menu ni walau di musim sejuk...lepas jer wife saya settlekan dia punya keja kat lab...kami pi sama2 makan cendol pulut kat restoran tu...

abg yg tukang buat cendol tu bila nampak jer kami dtg restoran dia..terus ckp..haaa..ni mesti mengidam ni..dia siap ckp..korang ni asal snow turun jer..mesti dtg sini makan cendol..haha..apa2pun tq to this restaurant sbb sediakan cendol pulut ni..restoran lain biasanyer masa time summer je ada..restoran yg saya pegi tadi tu mmg sediakan menu cendol pulut biasa, cendol pulut tapai dan ABC spesel tak kira time..mmg dibuat sepanjang time..kalu kengkawan kat London ada yg mengidam nak makan cendol time sejuk2 ni..pi la ke Restoran Bonda kat Paddington tu..mmg ada punyer..


(Gambar Hiasan Yang Dicedok dari Blogspot Orang Lain)

pejam celik pejam celik, rupanyer dah hampir setahun setengah saya dan wife saya menetap di London..mcm2 dah la kami belajar dan semakin bleh adapt dah dgn suasana kat sini..dulu masa mula2 sampai..erm..tiap2 hari mmg teringat nak balik M'sia jer..haha..but now..eberiting is OK

Adios!!

Tuesday, 3 February 2009

Sangsi Dengan Laporan Media Massa

Bila salji turun di London ni, macam2 plak berita keluar di hampir seluruh akhbar di Malaysia sehingga ada sedara dan rakan2 di Malaysia risaukan ttg keadaan kami dan rakan2 lain..Maunyer tak risau sbb sesetengah media massa memaparkan London ni seolah2 dilanda bala bencana yg dahsyat dan ribut yg kuat yg membahayakan keselamatan..


Walhal kami di sini bergumbira dgn snow yg turun dan tak ada pulak angin ribut kencang seperti yg diwar2kan di akhbar-akhbar..Kesempatan cuti 'emergency' akibat dari salji yg tebal ini, telah memberikan kebanyakan penduduk di London cukup ruang utk bersama keluarga keluar bermain salji dan berseronok bersama keluarga..

Lempar bebola salji sesama rakan2 dan keluarga dan buat snow man dan merekacipta pelbagai rekabentuk menggunakan salji menjadi aktiviti rata2 penduduk di London sepanjang salji turun..hanya sedikit kejadian yg tak elok dilaporkan dan yg paling teruk terkesan ialah sistem pengangkutan di London yg hampir lumpuh..

Jadi, buat rakan2 dan saudara mara kami di Malaysia..usah risau dan bimbang tentang keadaan penduduk Malaysia di London kerana semuanya OK dan kami bersyukur kerana dipertemukan salji yg tidak ada di Malaysia...tidak ada ribut salji yg terlalu kuat seperti yg digembar gemburkan..rasanya angin yg kuat sewaktu musim tengkujuh di Kelantan lagi hebat kuatnyer jika dibandingkan apa yg kami hadapi semalam...

Hari ini cuaca sudah kembali cerah dan salji pun sudah mula mencair dan membentuk ketulan ais yg keras..kebanyakan penduduk di London sudah kembali bekerja dan melakukan aktiviti harian masing-masing..

Apa yg saya laporkan adalah situasi di kawasan Central London..di luar London saya belum pasti keadaannyer..rasanya biasa juga kot..

ok..Adios

Monday, 2 February 2009

Salji Semakin Lebat & Sistem Pengangkutan di London Hampir Lumpuh

Hari ni, salji turun makin lebat dan semakin menebal di sekitar kawasan London. Saya dan isteri bersama rakan saya, Affaro dan Eby ambik kesempatan utk keluar ke sekitar kawasan London utk lihat keadaan yg berlaku..sistem pengangkutan di London banyak yg tidak dapat beroperasi terutamanyer bas dan tube..keadaan jalan yg dipenuhi dgn salji yg tebal menyebabkan perkara ni terjadi..beratus2 penerbangan juga dilaporkan telah dibatalkan akibat cuaca yg buruk..

banyak kedai2 dan pejabat2 ditutup..malah beribu-ribu sekolah diarahkan utk ditutup..salji kali ni seakan menjanjikan pesta kepada penduduk di sekitar London yg keluar beramai2 bersama keluarga utk bermain dgn snow..hehe

kat bawah ni adalah antara gambar yg sempat saya ambik di kawasan rumah saya dan juga di kawasan sekitar HydePark...

















Snow Turun Lagiiii...

Snow turun lagi..kali ni mmg betul2 lebat..kami yg stay di UCL Hall pakat keluar ramai2 utk main snow..haha..best giler sbb peluang camni mmg tak akan dapat kat M'sia..hehe

Saya, wife saya (murni), affaro, eby (wife affaro), Dr. Raymond dan wife pakat keluar ramai2 dari rumah utk sama2 main snow..meriah giler jadinyer..tgk la gambar yg sempat saya amik masa snow tgh turun lebat..sempat juga kami buat snow man yg jadi tak jadi tu..hahaha..

Apa2pun geng2 dari Malaysia mmg best...main snow sampai jam 1.30 pagi..haha..bila dah basah kuyup dan sejuk terketar2 baru ingat nak masuk rumah balik semuanyer