CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 26 June 2008

Rangkuman Gambar Dulu-Dulu

Kali ni saya letak rangkuman gambar kami masa pegi meronda2 sekitar UK dan Paris. Semuanya kami lawat dalam lingkungan akhir tahun lepas dan awal tahun ini.

@ Paris

@ Greenwich, London

@ Stonehenge, Bath

@ London Bridge, London


Lepas ni cam dah tak ada masa sangat dah kami nak gi meronda. Dua-dua sibuk. Hajat nak pegi ke Andalusia dan Alhambra di Spain, tapi tak tahu ada peluang ke idak..kerejonya berjalan aje kami ni...hehe.. Maunyer tak..kang bila dah kelik M'sia, konpom dah susah nak datang sini sebab kosnya mahal yg amat...

ok, adios!!!

Tuesday, 24 June 2008

Ronda2 di Kilburn & Camden Market

Minggu lepas, saya dan wife meronda2 di Kilburn dan Camden Market.

Kilburn
ni terkenal gak dgn kwsn black area di london ni....ala2 kwsn Camden yg ktorg duk skrg ni..yg terkenal dgn kwsn punk..tp so far alhamdullilah..ok je..takde plak xperience ngn kejadian2 yg xbest ni. Org ckp kat Kilburn ni..rmai gengster2...kalo urusan jual beli dadah tu biase je kat cni (org yg ckp, bukan saya ckp)..xtau la kan..coz tak penah la plak beli..hahaha..kat cni byk kedai2 utk bershoping..baju2 berjenama yg fake byk la kat cni..VCD pirate pun ade jual kat tepi2 jln...kami selalu jugak jln2 kat kilburn ni..tp bkn psl nk cari VCD pirate(hehe).. tp coz kat cni ade Nandos halal...so skali skala mkn ayam grill dia..best gak..huhuuhu

Ronda2 Kilburn kali ni.. kami xmkn pun ayam Nandos, just pegi jln2...coz sbnrnye dah mkn kat canteen M'sia Hall..hehe..tp sebelum balik..ternampak pulak kedai runcit pak Arab yg jual ayam golek (Halal..forsure n no doubt)....terliur la plak..so ape lagi..tapau la sekor..huhu..

Camden market ni dekat je dgn umah saya..coz almaklum dah jadi warga camden..hehe..tp sbnrnye..ni la first time kami jln2 kat cni..tu pun coz ade dgr cite dr kwn2 yg best gak la kalo nak berjln2 kat cni...kat cni ade gerai2 kecik di dlm bangunan called Camden lock...mmm menarik tu menarik jugak la..lgpn kwsn camden ni dah jd salah satu tmpt yg perlu di lawati tourist kat london ni...so no wonder mase kebakaran kat camden market yg seciput tu dah heboh satu dunia sampai ke malaya....hehe
Gerai2 luar camden lock ni pulak..dah ala2 pasar mlm kat msia je..majority gerainye jual baju la kan..harganye plak..fulamak..mahal giler...lg mahal dr brg2 branded kat oxford street...mmm tp utk pelancong..maybe la beli kot....tp utk org2 yg stay kat cni...mmm jgn harap la...





So sesape yg ade plan nak jln2 kat London ni, bleh la consider 2 tempat ni..huhuhu..

PAKAK MAGHI BELAKOW KE LONDON WEH !!!

Latihan Pembangunan Skil Pekerja

Setiap pekerja di organisasi perlulah diperlengkapkan dengan skil dan kemahiran kerja yang effisyen sebagai persediaan untuk diberi tugasan yang lebih mencabar pada masa hadapan. Organisasi perlu memainkan peranan yang aktif dalam membantu para pekerjanya meningkatkan skil masing-masing yang selari dengan perkembangan teknologi dan pengetahuan semasa. Antara program yang disyorkan untuk dilaksanakan oleh organisasi ialah:-

1) Program 'Mentoring'

Program 'Mentoring' menekankan perhubungan di antara para pekerja baru dan pekerja senior di mana-mana organisasi. 'Mentoring' adalah satu program di mana pekerja senior akan memberi tunjuk ajar kepada pekerja junior berkenaan tugas di tempat kerja. 'Mentoring' berlaku di setiap tahap jawatan dan pada setiap jenis tugas yang wujud. Pekerja senior akan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pekerja junior agar pengetahuan dan skil pekerja junior dapat diperlengkapkan dalam masa yang singkat.

2) Program 'Coaching'

'Coaching' akan berlaku secara spontan di mana ianya adalah satu bentuk diskusi secara berterusan di antara pengurus dan pekerja dengan membincangkan objektif dan pembangunan kerjaya. Pekerja yang terlibat dengan 'Coaching' perlulah menunjukkan minat yang mendalam terhadap kerjayanya dan sentiasa mahukan peluang pembangunan kerjaya yang wujud di sekitar dirinya.

3) Pusing Ganti Kerja

Pusing Ganti Kerja ialah di mana para pekerja akan diberi peluang melaksanakan semua tugasan yang wujud dalam sesuatu organisasi setaraf dengan jawatan yang dipegangnya. Pekerja yang terlibat akan diberi peluang berada dalam sesuatu jabatan dalam tempoh setahun atau 2 tahun dan kemudian pekerja itu akan ditukar ke jabatan lain bagi menimba skil dan pengetahuan berkenaan tugasan yang berlainan dari tugasan di jabatan lama. Ini akan menambahkan banyak lagi skil kerja bagi pekerja itu.

4) Bantuan Kewangan Untuk Pengajian

Organisasi akan menyediakan bantuan kewangan terhadap mana-mana pekerja yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Bantuan pengajian akan diberi samaada bantuan kewangan secara penuh atau setengah dari kos pengajian tersebut. Dengan cara ini, para pekerja akan lebih berkeyakinan dan akan merebut peluang yang disediakan bagi memperhebatkan lagi kerjaya masing-masing.

Tuesday, 17 June 2008

Tempat Kerja

Buat masa sekarang, saya bertugas di Malaysia Hall London di London. Kerja biasa-biasa sahaja dalam usaha nak mendalami budaya kerja di Luar Negara Malaysia dan mengenal lebih ramai lagi warga Malaysia di United Kingdom. Di bawah ini adalah antara gambar menunjukkan tempat kerja saya sekarang.


Melangkah ke Oxford Street

Pada hari Sabtu yang lepas, saya tidak bertugas dan dengan masa yang ada saya peruntukkan untuk keluar bersama isteri saya melangkah ke Oxford Street di London. Oxford Street adalah salah satu daya tarikan yang terpenting buat semua pengunjung ke Kota London bagi membeli barangan-barangan istimewa sebagai hadiah cenderahati untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Pelbagai barangan yang berjenama ada di jual di sini yang ditempatkan di pelbagai gedung membeli belah terkemuka. Antaranya ialah Pasaraya
Debenham, John Lewis, Gap, Next dan tidak ketinggalan ialah Pasaraya kesukaan kami dan warga London yang lain iaitu Pasaraya Primark. Saya dan isteri semestinya apabila melangkah ke sini kami tidak akan ketinggalan menambah koleksi pakaian dengan membeli beberapa baju di beberapa pasaraya yang terdapat di sini. Sejak akhir-akhir ini saya begitu suka mengumpul tali leher (tie) dan juga baju kemeja dari pelbagai jenama dan warna. Jadi hobi baru la pulak..hehehe...

Kadang-kadang saya ada terfikir tentang berapa 'kotak besar' yang kami perlukan untuk 'shipping' barang-barang ke Malaysia nanti..hehe...Ini belum beli kereta lagi..adushhh..Sifu saya pernah kata pada saya..rugi kalau tak buat balik sebiji kereta dari UK..nanti hilang macam tu je AP kereta..masalahnya..cukup tak duit kami nak 'tapau' satu kereta dari UK ni. Bila sampai di Malaysia nanti, tak mampu nak bayar minyak. hehe..Kalau di London ini, kami berdua lebih senang menaiki bas dan tube (underground train) untuk menuju ke mana-mana destinasi. Senang dan kos pun amat murah.

~ Menunggu Bas di Euston Station, London~

Thursday, 12 June 2008

Catatan Harian : 12 Jun 2008

Seminggu dua ini saya dan isteri diserang batuk-batuk. Sudah hampir sebotol ubat khas untuk batuk kami minum, tapi tanda-tanda reda daripada batuk masih belum terasa. Mungkin perubahan suhu dari sejuk ke panas menyebabkan kami mudah diserang penyakit seperti demam, batuk-batuk dan selsema. Teringat kepada kata-kata Wali Allah Sheikh Qadir Al-Jailani iaitu seorang Wali Tasawuf yang begitu terkenal sehingga ke hari ini. Beliau pernah berkata, Apabila kamu ditimpa sebarang penyakit, bersabarlah, kerana Allah SWT akan mengangkat darjatmu disisiNYA ke aras yang lebih baik.

Pada minggu lepas, selama 2 hari program Re-Orientation IIUM Staff telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seramai kira-kira 55 pensyarah UIAM yang sedang melanjutkan pelajaran di sekitar United Kingdom telah hadir bagi sama-sama menjayakan program. Pada program kali ini juga, SIFU-SIFU saya di UIA seperti Tuan Hj Wan Mohd Hilmi Wan Kamal (Pengarah Eksekutif MSD UIAM) dan Puan Siti Thuraiya (Pengarah MSD UIAM) juga telah turun padang ke Kota London ini bagi sama-sama berkongsi maklumat dan pandangan bersama para peserta berkenaan hala tuju UIAM. Antara VIP lain yang turut serta hadir ialah Prof. Dato' Dr. Syed Arabi Idid (Rektor UIAM), Prof. Dato' Dr. Azmi Omar (Timb. Rektor UIAM), Tuan Hj. Zailan (Pengarah Finance Division, UIAM) dan Puan Siti Fazidah (Pengarah Unit Perancangan UIAM).

Program berjalan dengan cukup ceria sekali dengan kerjasama yang jitu di antara para peserta dapat dilihat dan tiada sebarang masalah yang timbul. Terima kasih kepada pihak UIAM yang turut memberi hadiah cenderahati kepada saya sebagai salah seorang urusetia program ini dan tidak lupa juga kepada pihak Malaysia Hall London kerana telah memberi kebenaran kepada para peserta untuk menginap di sana dan menggunakan kemudahan dewan di Malaysia Hall London. Kepada Pak Awi dan Mak Awi selaku pengusaha kantin di Malaysia Hall London, terima kasih kerana menyediakan makanan yang cukup 'mantap' bagi semua peserta terutamanya TOMYAM CAMPUR yang memang 'kaw-kaw'.

Alhamdulillah, melalui program ini, saya dapat mengenali beberapa pensyarah UIAM yang belum pernah saya kenali sebelum ini. Antaranya, Dr. Qabir dan Bro. Hazimin dari Kulliyyah of Science, Bro. Asan Ghani dari Kulliyyah of Engineering, Bro. Nizam dan Bro. Zamri dari Kulliyyah of Economics dan ramai lagi yang rata-ratanya adalah intelektual negara yang bakal mendidik anak bangsa ke arah yang lebih produktif.

Monday, 2 June 2008

Catatan Harian : 2 Jun 2008

Kerja...Kerja...Kerja..sejak saya pulang dari Holland, saya kena bertugas hampir setiap hari sehinggala ke hari ini. Memang sedikit meletihkan tapi dah terpaksa kerana tugas. Blogspot saya inipun tidak sempat untuk saya update pada setiap hari kerana kekangan masa. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad depan ini dijadualkan Program Khas UIA akan berlangsung di Dewan Malaysia Hall London. Saya difahamkan seramai 50 orang dari kalangan pensyarah UIA yang sedang belajar di United Kingdom telah bersetuju untuk hadir ke program selama 3 hari ini. Semoga perhimpunan di antara warga UIA di UK ini akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama mereka.