Seminggu dua ini saya dan isteri diserang batuk-batuk. Sudah hampir sebotol ubat khas untuk batuk kami minum, tapi tanda-tanda reda daripada batuk masih belum terasa. Mungkin perubahan suhu dari sejuk ke panas menyebabkan kami mudah diserang penyakit seperti demam, batuk-batuk dan selsema. Teringat kepada kata-kata Wali Allah Sheikh Qadir Al-Jailani iaitu seorang Wali Tasawuf yang begitu terkenal sehingga ke hari ini. Beliau pernah berkata, Apabila kamu ditimpa sebarang penyakit, bersabarlah, kerana Allah SWT akan mengangkat darjatmu disisiNYA ke aras yang lebih baik.
Pada minggu lepas, selama 2 hari program Re-Orientation IIUM Staff telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seramai kira-kira 55 pensyarah UIAM yang sedang melanjutkan pelajaran di sekitar United Kingdom telah hadir bagi sama-sama menjayakan program. Pada program kali ini juga, SIFU-SIFU saya di UIA seperti Tuan Hj Wan Mohd Hilmi Wan Kamal (Pengarah Eksekutif MSD UIAM) dan Puan Siti Thuraiya (Pengarah MSD UIAM) juga telah turun padang ke Kota London ini bagi sama-sama berkongsi maklumat dan pandangan bersama para peserta berkenaan hala tuju UIAM. Antara VIP lain yang turut serta hadir ialah Prof. Dato' Dr. Syed Arabi Idid (Rektor UIAM), Prof. Dato' Dr. Azmi Omar (Timb. Rektor UIAM), Tuan Hj. Zailan (Pengarah Finance Division, UIAM) dan Puan Siti Fazidah (Pengarah Unit Perancangan UIAM).
Program berjalan dengan cukup ceria sekali dengan kerjasama yang jitu di antara para peserta dapat dilihat dan tiada sebarang masalah yang timbul. Terima kasih kepada pihak UIAM yang turut memberi hadiah cenderahati kepada saya sebagai salah seorang urusetia program ini dan tidak lupa juga kepada pihak Malaysia Hall London kerana telah memberi kebenaran kepada para peserta untuk menginap di sana dan menggunakan kemudahan dewan di Malaysia Hall London. Kepada Pak Awi dan Mak Awi selaku pengusaha kantin di Malaysia Hall London, terima kasih kerana menyediakan makanan yang cukup 'mantap' bagi semua peserta terutamanya TOMYAM CAMPUR yang memang 'kaw-kaw'.
Alhamdulillah, melalui program ini, saya dapat mengenali beberapa pensyarah UIAM yang belum pernah saya kenali sebelum ini. Antaranya, Dr. Qabir dan Bro. Hazimin dari Kulliyyah of Science, Bro. Asan Ghani dari Kulliyyah of Engineering, Bro. Nizam dan Bro. Zamri dari Kulliyyah of Economics dan ramai lagi yang rata-ratanya adalah intelektual negara yang bakal mendidik anak bangsa ke arah yang lebih produktif.













1 comments:
Saleh dan isteri..
semoga cepat sembuh..
Post a Comment