Sebahagian aksi Adam Rayyan masa makan..hehe
Friday, 22 January 2010
Khabaran Terkini..
Alhamdulillah, saya dan isteri dan anak lelaki kami sihat2 sahaja menjalani kehidupan biasa kami di Kota London...Beberapa minggu lepas, salji turun dengan lebatnya di sekitar London dan suhu sekitar pun sentiasa berada di bawah paras beku 0 darjah celcius. Banyak kali juga saya kandas ke tempat kerja kerana salji yg tebal dan sukar mendapatkan pengangkutan awam kerana cuaca buruk...Walaupun suhunya sejuk tapi sah-sahlah kami seronok sebab dapat main salji..hehe..Masuk minggu terkini, salji sudah tiada dan hujan pula yang turun sepanjang hari di London tapi tidaklah selebat hujan di Malaysia..yang pasti suhu masih lagi sejuk..
Awal bulan Disember tahun 2009 dulu, saya dan isteri dan anak kami, Adam Rayyan telah berkunjung ke negara Sepanyol. Alhamdulillah, kami sempat menjelajah di 3 tempat utama di Spain iaitu di Al-Hambra, Cordoba dan Seville. Banyak tinggalan sejarah Kerajaan Islam di sana sempat saya kunjungi. Apa yg boleh saya katakan, pengalaman berkunjung ke sana adalah cukup berharga dan sememangnya Spain adalah antara negara di dunia yg paling ramai di kunjungi pelancong asing kerana keindahan bangunan dan tinggalan sejarah silamnya.
Baru-baru ini juga, emak saya telah selamat menjalani pembedahan mata di Pusrawi Medical Centre, Kuala Lumpur. Retina mata emak saya dilaporkan terkoyak dan memerlukan pembedahan segera. Tetapi pada peringkat awal, pembedahan terpaksa ditangguh hampir sebulan kerana bacaan tekanan darah emak saya terlalu tinggi (atas paras 200) dan ini boleh membahayakan jikalau pembedahan diteruskan oleh pihak doktor pakar mata. Pada mulanya, pembedahan dirancang untuk dibuat di salah sebuah Specialist Centre (malaslah nak sebut nama centre ni) di KL tu tp kerana servisnya yg terlalu mendukacitakan padahal cajnya hampir RM10,000 telah dibayar awal2 dalam bentuk deposit oleh salah seorang kakak saya, saat2 akhir kakak saya mengambil keputusan untuk menukar tempat pembedahan ke Pusrawi Medical Centre setelah mendapat nasihat dari doktor pakar dari pusat perubatan yang lain. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan sehingga ke hari ini, emak saya masih berada di Kuala Lumpur kerana menerima rawatan dan pemeriksaan susulan.
Mengenai Adam Rayyan pula, umur pun dah masuk 9 bulan...nanti saya upload gambar terbaru Adam Rayyan dalam entri selepas ini..
OK, Adios

Posted by Wasunni Al-Kelantani at 08:20 0 comments
Labels: Catatan Peribadi
Subscribe to:
Posts (Atom)