CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 30 December 2008

Boxing Day @ Bicester Village Factory Outlet

Kat UK ni,Boxing Day adalah hari yg ditunggu-tunggu oleh kebanyakan penduduk kat sini...haha..sbbnyer time ni banyak barangan yg mahal-mahal akan dioffer dgn harga murah..

Tahun ni masa hari ahad yg lepas, saya bawak wife saya pegi ke Bicester Village Factory Outlet utk beli apa2 barang cam baju, beg, kasut dan lain2 yang dioffer dgn harga murah...Kami pegi dgn naik National Train..Naik dari Marylebone Train Station dan amik masa dalam 1 jam 30 minit utk sampai ke Factory Outlet ni..harga tiket kira-kira 21.50 pounds (RM110++) seorang utk tiket pergi dan balik...

ni first time kami pegi ke Bicester Village...cam menarik la jugak tempat ni..mcm2 outlet ada kat sini..cthnyer outlet Polo Ralph Lauren, Jimmy Choo, Dior, Prada, Bally, Dona Karan New York (DKNY), Guess, CK, Lee Cooper, French Connection, Clarks dan mcm2 lagi la..masa kami pegi tu,mmg ramai giler la org..saya rasa dalam 70 percent pengunjung kat situ org Asia..org dari Malaysia pun ramai yg kami jumpa...borong..jgn tak borong..haha

~atas train masa on da way to Bicester North Station~

~dah sampai dahhhh..sejuk betul kat sini..~

~outlet Polo Ralph Lauren~

~outlet Dolce & Gabbana (D & G)~

~kawasan sekitar outlet~

~kawasan sekitar outlet~

~posing kat depan outlet D&G dan Dior~

~akhirnyer wife saya berjaya beli handbag Dior..haha~

~antara hasil penyopingan..pokai..pokai..haha~

Jalan-Jalan @ Hydepark Winter Wonderland

Pada minggu lepas, sebelum menjelangnya perayaan Krismas, bandar London ni jadi cam lengang la skit sbb kebanyakan penduduk kat sini balik ke kampung masing2 utk beraya bersama keluarga diaorg...Masa Hari Krismas pulak..public transport cam underground tube dan bas mmg takdak langsung...mujur la ada kawan baik saya (Bro. Yunus) yg sanggup hantar saya ke tempat kerja dgn keter dia..kebetulan dia angkut sekali pekerja dia dan dgn saya2 pun dia dtg amik kat rumah pastu send ke Dewan Malaysia London dan hantar saya balik ke rumah ptg tu....thanks Bro..

Masa malam before Hari Krismas tu..kebetulan plak saya takdak buat apa2..wife saya ajak la saya pi ronda2 kat karnival Hydepark Winter Wonderland..so..saya pun mengiakan ajer..kami naik bas je nak ke situ..sbb dekat..berenti kat Hydepark Corner dan kami juz jalan kaki masuk ke tempat karnival tu..kira kat situ cam kat Genting Highlands la..mcm2 games ada..cuma bezanya kat sini ada tempat main ski ala-ala cam sunway pyramid tu la..tp ni open air..sbb suhu dah mmg sejuk..

Kami ronda2 camtu je la..nak main games pun, semuanya tak sesuai utk ibu yg mengandung..hehe..last2 wife saya cadang kami try masuk rumah hantu je la..(haunted mansion)..ingatkan mmg menakutkan kan la umah hantu ni..sekali kami lak yg tergelak dgn hantu2 tu..hahaha...

~orang punya la ramai~

~Kami tengok je orang main benda ni..haha~

~Kueh ni kami pernah makan kat Leiden, Holland~

~tengkorak dalam Haunted Mansion~

~masa kat dalam Haunted Mansion~

~kat depan Haunted Mansion~

~laju giler..pening...~

~cam kat Sunway Lagoon la plak~

Friday, 19 December 2008

Jadi Saksi Akad Nikah di MSD London

Pada hari khamis yang lepas, saya diminta oleh Ustaz Erfino Johari, Pegawai Agama (Religious Attachee) di Malaysian Students Department for UK & Ireland untuk menjadi salah seorang saksi bagi majlis akad nikah yang diadakan di pejabat MSD London. Kebetulan pada masa tersebut, saya baru shj selesai bertugas di Dewan Malaysia London untuk hari tersebut..

Pasangan yang berkahwin ialah Sister Siti Fatimah Ahmad, seorang warganegara Malaysia dengan Brother Christopher Ian Johnson, seorang Muslim British dari Newcastle.

Majlis Akad Nikah dijalankan oleh Ustaz Erfino sendiri kira-kira pada jam 4.15 petang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan didoakan agar pasangan tersebut akan senantiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT dan juga syafaat dari Rasulullah SAW sehinggalah ke akhir hayat..InsyaAllah..



Sunday, 14 December 2008

Baby Boy..

Pada Hari Raya Kedua Aidiladha baru-baru ini, saya menemani wife saya ke Hospital Besar University College London untuk membuat pemeriksaan khas dan scan untuk mengetahui tahap kesihatan dan keadaan bayi kami yang masih dalam kandungan isteri saya..Pemeriksaan di Hospital ini dibuat setelah satu appointment telah diaturkan oleh pihak GP isteri saya..

Pada masa pemeriksaan dibuat, kandungan isteri saya sudah menjangkau minggu yang ke 20..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kandungan isteri saya berada dalam keadaan yang sihat dan mengikut kata Doktor yang membuat pemeriksaan itu, anak yang bakal dilahirkan oleh isteri saya adalah seorang bayi lelaki..

Saya mendoakan agar semuanya akan terus berkekalan dengan kebaikan dan isteri saya bakal melahirkan anak pertama kami nanti dengan selamat dan dipermudahkan segala-galanya...InsyaAllah...Rabbi Salliim Salliim..

Gambar scan bayi lelaki kami bagi minggu yang ke 20...
Maha Suci Allah, Allah yang Maha Besar..

Aidiladha di London, United Kingdom

Pada tahun ni, saya dan isteri saya menyambut Aidiladha di Kota London. Ini kali pertama kami menyambutnyer di London sbb masa tahun lepas, pada masa hari raya Aidiladha, kami sedang berada di Kota Paris, Perancis...

Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidiladha di London terutamanya di Dewan Malaysia London cukup meriah. Kehadiran para jemaah kira-kira 300 orang yang rata-ratanya adalah rakyat Malaysia utk sama-sama hadir bertakbir dan solat hari raya di Dewan Malaysia London cukup membuatkan suasananya amat meriah..

Imam dan Khatib bagi Solat Hari Raya Aidiladha di Dewan Malaysia London pada tahun ini adalah Yang Berbahagia Dr. Asri iaitu Mantan Mufti bagi Kerajaan Negeri Perlis dan antara tetamu VIP yang kelihatan hadir sama di majlis ini adalah Dato' Sri Shahidan Kassim iaitu Mantan Menteri Besar Perlis...

Kebetulan pada masa Hari Raya Aidiladha yang lepas, saya sememangnyer bertugas di Dewan Malaysia London dan dapatlah saya bertemu dengan ramai rakyat Malaysia yang sedang menetap di sekitar London yg hadir ke sini untuk sama-sama bertakbir dan solat Hari Raya Aidiladha..

Macammana meriah sekalipun sambutan Hari Raya Aidiladha di sini, saya tetap merindui suasana sambutan Aidiladha di kampung halaman saya di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim..Selamat Hari Raya Aidiladha untuk seluruh ahli keluarga saya dan isteri dan semua pengunjung blog saya ini..Eid Mubarak!!!