Pada hari khamis yang lepas, saya diminta oleh Ustaz Erfino Johari, Pegawai Agama (Religious Attachee) di Malaysian Students Department for UK & Ireland untuk menjadi salah seorang saksi bagi majlis akad nikah yang diadakan di pejabat MSD London. Kebetulan pada masa tersebut, saya baru shj selesai bertugas di Dewan Malaysia London untuk hari tersebut..
Pasangan yang berkahwin ialah Sister Siti Fatimah Ahmad, seorang warganegara Malaysia dengan Brother Christopher Ian Johnson, seorang Muslim British dari Newcastle.
Majlis Akad Nikah dijalankan oleh Ustaz Erfino sendiri kira-kira pada jam 4.15 petang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan didoakan agar pasangan tersebut akan senantiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT dan juga syafaat dari Rasulullah SAW sehinggalah ke akhir hayat..InsyaAllah..













1 comments:
Alhamdulillah...
Post a Comment