CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 14 December 2008

Baby Boy..

Pada Hari Raya Kedua Aidiladha baru-baru ini, saya menemani wife saya ke Hospital Besar University College London untuk membuat pemeriksaan khas dan scan untuk mengetahui tahap kesihatan dan keadaan bayi kami yang masih dalam kandungan isteri saya..Pemeriksaan di Hospital ini dibuat setelah satu appointment telah diaturkan oleh pihak GP isteri saya..

Pada masa pemeriksaan dibuat, kandungan isteri saya sudah menjangkau minggu yang ke 20..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kandungan isteri saya berada dalam keadaan yang sihat dan mengikut kata Doktor yang membuat pemeriksaan itu, anak yang bakal dilahirkan oleh isteri saya adalah seorang bayi lelaki..

Saya mendoakan agar semuanya akan terus berkekalan dengan kebaikan dan isteri saya bakal melahirkan anak pertama kami nanti dengan selamat dan dipermudahkan segala-galanya...InsyaAllah...Rabbi Salliim Salliim..

Gambar scan bayi lelaki kami bagi minggu yang ke 20...
Maha Suci Allah, Allah yang Maha Besar..

2 comments:

Unknown said...

Sudah belajar mengalunkan azan?

Wasunni Al-Kelantani said...

Anuar..

Alhamdulillah..sejak dari usia tujuh tahun aku diberi kepercayaan utk menjadi bilal azan di surau yg terletak di kampung aku di Kota Bharu..InsyaAllah..pasti akan aku azankan apabila kelahiran anak aku ke dunia ini kunjung tiba nanti..