CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, 25 April 2009

Terima Kasih Semua

Dari hari kelahiran Adam Rayyan sehinggalah ke hari ini, saya tidak putus-putus menerima panggilan, SMS, e-mail dan komen di blogspot dari rakan2 dan semua yg mengenali saya...Kesemuanyer memberikan ucapan tahniah dan kata-kata suntikan motivasi di atas kelahiran putera sulung kami, Adam Rayyan...

Berbillion terima kasih kepada pengirim ucapan/panggilan daripada :-

1) Seluruh ahli keluarga saya dan isteri..

2) Tuan Haji Wan Mohd. Hilmi Wan Kamal (IIUM Executive Management Board / Executive Director, MSD, IIUM)

3) En. Yasin B.S. Baboo (Former, Chief Executive Officer, IIUM Holdings Sdn Bhd)

4) Tuan Haji Hamdan Adnan (Senior Deputy Director, MSD, IIUM)

5) Ast. Prof. Dr. Asyraf Wajdi Dato' Haji Dasuki (Head, Research Affair, International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance)

6) Mdm Saidatul Bariah (Senior Ast. Director, MSD IIUM)

7) Sr. Norashikin Jaafar (Ast. Director, MSD IIUM)

8) En. Khairudin (Warden, Malaysia Hall London)

9) Abg Hasry (Timbalan Presiden 1, MISG-ABIM UK & EIRE) dan Kak Laily (Ketua Helwa MISG-ABIM UK & EIRE)

10) Warga MSD, IIUM (Bro. Azman, Along, Bro. Nazrul, Kak Ipah, Kak Fauziah, Kak Ani, Kak Norhanieza, Sr. Azlien, Sr. Jamilah dan lain2)

11) Warga Malaysia Hall London (Kak Mazni, Kak Zaiedah dan Mohammad)

12) Warga Cafe Dewan Malaysia London (Bob dan Che Su)

13) Rakan-rakan blogger (Al-Amin (mesir), Kak Pah, Firjah, dan lain2)

14) Profesional Malaysia di UK (Bro. Munzir, Dr. Raymond, Dr Evelyn dan lain2)

15) Rakan2 pensyarah UIAM di UK (Bro. Affaro dan isteri, Bro. Faizul dan isteri, Bro Alloy, Bro. Hazimin, Kak Farah dan suami dan lain2)

16) Rakan2 UIAM (Suhail, Abon, Juliana Razid (JR) dan lain2)

Jazakallah hu khairan Kathira..semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua..

Thursday, 23 April 2009

Gambar : ADAM RAYYAN MOHD SALLEH



Usia Adam Rayyan semasa gambar ini diambil ialah 5 hari...

Sunday, 19 April 2009

Ceriter Hari Ini...

Sejak kelahiran anak lelaki sulung saya kelmarin, jadual hidup saya berubah dengan drastik..setakat ni setiap hari saya banyak berkampung di hospital kerana isteri saya masih belum sembuh sepenuhnya dari luka pembedahan..dulu ikut suka hati je nak bangun jam berapa..skrg seawal pagi saya sudah bergerak ke hospital dan lewat tgh malam barulah saya dapat tidur setelah pulang dari hospital..Saya juga telah memohon cuti kerja dari pihak majikan saya di London buat sementara waktu ini.

Bila melihat wajah Adam Rayyan, semua keletihan yg terasa akan hilang serta merta..rupanya begini yer perasaan seorang lelaki yang bergelar Ayah..

selama beberapa hari saya 'berkampung' di hospital UCL ni, rasanya hampir 90 percent doktor dan midwife dari labor unit saya kenal...hehe..semuanya mmg begitu peramah dan amat membantu sepanjang isteri saya di dalam ward sehinggalah isteri saya dibedah utk melahirkan Adam Rayyan..

Ok, setakat ini dulu k, gambar baby tak sempat lagi nak upload sebab saya tangkap gambar guna apple i-phone dan i-phone tu saya tinggalkan pada isteri saya utk kemudahan dia menghubungi saya jika ada apa2..so, nanti lepas wife saya dan Adam Rayyan dapat keluar dari ward, saya akan uploadkan..

Lahirnya ADAM RAYYAN IBNU MOHD SALLEH

Kira-kira jam 5.29 petang tadi, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki kami di Hospital University College London (UCLH). Akhirnyer tercapai juga impian isteri saya utk melahirkan anak pertama kami di London, United Kingdom..

Alhamdulillah, dengan segala kerjasama dari doktor-doktor pakar dan midwife di sana, isteri dan anak lelaki kami berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan perhatian lanjut dari pihak hospital..Isteri saya bersalin secara 'c-section' dan bukan secara normal. Doktor menasihatkan 'c-section' perlu dibuat memandangkan isteri saya menerima satu komplikasi yg tidak baik selepas cubaan memecahkan air ketuban dibuat..

Bila sahaja bayi lelaki kami dikeluarkan dan mula menangis, saya terus memanjat syukur kehadrat Ilahi dan terus saya memangku bayi lelaki saya dan mengalunkan azan dan iqamah di dalam operation room tersebut. Saya juga mengalunkan beberapa bacaan zikir memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW agar itulah antara perkataan pertama yg didengari oleh anakanda lelaki saya..Begitu sejuk hati saya apabila semasa saya mengalunkan azan dan zikir, bayi lelaki saya buat pertama kalinya membuka mata dan memandang terus tepat ke arah muka saya dan langsung tidak menangis..

Bayi Lelaki ini, kami namakan ADAM RAYYAN BIN MOHD SALLEH..

Didoakan agar ADAM RAYYAN bakal menjadi anak yang soleh dan menjadi antara pemimpin Islam yang disegani di masa hadapan..InsyaAllah..

P/S: Gambar Adam Rayyan akan diupload nanti..sabar yer..

Friday, 17 April 2009

Masih Menunggu

Hari ni wife saya masih lagi belum melahirkan anak..wife saya masih lagi perlu bermalam di ward Univ College London Hospital..Alhamdulillah, berkat doa semua ahli keluarga dan rakan2, ada satu perkembangan positif berlaku hari ini..'Contraction' sudah berlaku selang 20 hingga 25 minit sekali dan terdapat beberapa tanda lagi yg menunjukkan isteri saya dapat bersalin secara normal dan maybe dalam jangka masa terdekat..

Doktor Zeynah, doktor yg ditugaskan utk memeriksa isteri saya seawal pagi tadi telah memaklumkan kepada kami yg mana kemungkinan isteri saya tidak perlu di 'induce' dan boleh bersalin secara normal...satu berita gembira buat isteri saya. Tetapi semuanyer bergantung kepada hasil pemeriksaan selama 24 jam yg mula dipantau sejak malam semalam oleh pihak hospital..Mungkin esok, pihak doktor akan memberitahu kepada kami akan keputusan yg perlu diambil terhadap kaedah utk bersalin nanti..

Didoakan agar semuanya akan menjadi bertambah baik..Rabbi Sallim Sallim..Yaa Rasulullah Adrikhaa, Yaa Rasulullah Arishaa..

Isteri Saya Dimasukkan ke Wad di UCLH

Pagi tadi, selepas sahaja isteri saya menjalani pemeriksaan rutin dengan midwife di Pusat Kesihatan yg terletak di Mornington Crescent, isteri saya dinasihatkan utk terus pergi ke Hospital University College London (UCLH) yg terletak di Euston Road bagi pemeriksaan lanjut..rupa2nya bacaan tekanan darah dan bacaan kandungan protein dalam badan isteri saya adalah tinggi sehingga boleh menggugat kesihatan isteri saya dan bayi yang dikandung...tangan dan kaki isteri saya juga mula bengkak..

Kami bergegas ke Hospital UCL yg terletak tidak jauh dari Mornington Crescent..Setelah darah diuji dan pelbagai ujian dibuat oleh beberapa pakar-pakar perubatan dan midwife di hospital ni, akhirnyer pakar perubatan di sini menasihatkan agar isteri saya melahirkan anak secara 'induce', iaitu secara memasukkan ubat bagi mempercepatkan lagi tempoh utk bersalin dan yg pastinya ia bukan secara normal...buat masa ini, isteri saya terpaksa ditahan di ward bagi memantau keadaan tekanan darah sebelum isteri saya perlu dimasukkan ke bilik bersalin (labor room) samaada menjelang esok ataupun lusa...saya sebagai suami tidak dibenarkan oleh pihak hospital utk menemani isteri saya di wad pada malam ini dan saya diarahkan pulang sahaja ke rumah dan dtg kembali ke hospital pada esok hari...

Sekakat ini, layanan dari kesemua pakar2 perubatan, midwife dan juga staf2 di Hospital UCL adalah amat baik..kebanyakan daripada mereka begitu bersemangat memotivasikan isteri saya supaya menghadapi segala keadaan dengan tenang..suasana bilik rawatan dipenuhi dgn hilai ketawa kami dengan melayan kunjungan pakar2 perubatan dan midwife yg memeriksa kesihatan isteri saya..

mungkin esok atau lusa, bayi yang dikandung oleh isteri saya bakal dilahirkan...minta kawan2 semua mendoakan agar segalanyer selamat...

Wednesday, 15 April 2009

Perkembangan Terkini Kami di London

Semalam, saya dan isteri menerima kunjungan ziarah dari anak sepupu saya, Eizaz dan Iqtidar..Eizaz ni baru sahaja menamatkan pelajaran di salah sebuah universiti di Australia dan sekarang ni bertugas sebagai eksekutif kewangan di Petronas cawangan Bintulu, Sarawak dan Iqtidar pula adalah seorg student di salah sebuah universiti di London..kebetulan mereka berdua ni baru sahaja pulang pi travel ke beberapa negara Eropah...thanks yer sbb sampai juga korang berdua ke teratak kecik kami kat London ni..hehe

Masuk minggu ni, kandungan isteri saya sudah mencecah minggu yg ke 38..actually anytime isteri saya akan sampai masanyer utk deliver our first baby..saya pun dalam langkah berjaga-jaga dengan mempastikan segala persiapan menyambut anak pertama kami ini lengkap semuanyer..dari pakaian baby ke katil baby hatta ke baby car seat, semuanyer kami dah perlengkapkan..cuma tunggu baby kami ni jer keluar ke alam nyata..hehe

pengalaman bakal ditempuhi kami ni maybe agak mencabar..tiada siapa di sisi kami nanti..tiada ayah ibu dan tiada adik beradik di sisi utk memberi kekuatan kepada kami berdua..my sister yg belajar di Birm pun tgh bercuti di M'sia buat masa skrg..hanya panggilan telefon dan email sahaja bakal menjadi penghubung utk saya dan isteri salurkan apa2 info terkini kami di London kepada seluruh ahli keluarga kami di Kelantan dan Kedah..

Yang pasti, saya dan isteri perlu kuatkan semangat dan kena cepat biasakan dalam soal penjagaan baby...didoakan agar semuanyer ok dan berjalan dengan baik..saya baru sahaja membeli sebuah kereta utk kegunaan saya membawa isteri ke hospital apabila sudah tiba masa utk isteri saya bersalin nanti..kalau ikutkan hati, ingin sahaja saya tangguhkan dulu pembelian kereta ini kerana kos penggunaan kereta di Central London adalah cukup tinggi..insuran kereta sahaja sudah mencecah ribuan pounds sterling dan bayaran resident parking juga cukup tinggi..lainlah kalau menetap di luar kawasan Central London...kosnyer sedikit kurang..apa2pun, saya beli juga kereta bagi kemudahan kami nanti...setakat ni hal2 yg penting sahaja saya gunakan kereta ke destinasi yg dituju dan jika hal2 biasa mcm nak pi kerja atau pi beli barang kat kedai, saya lebih senang naiki bas atau tube..yer la..kalu drive kereta masuk ke kawasan Central London, caj (congestion charge) 8 pounds sterling (kira-kira RM40) sehari akan dikenakan..

Esok, isteri saya ada appointment utk berjumpa mid wife (June) di pusat kesihatan di Mornington Crescent dan beberapa perkara penting soal bersalin akan dibincang bersama June. Dalam jam 2 ptg, saya pula ada appointment utk berjumpa seorang rakan warga Malaysia (pakar therapy di beberapa buah pusat kesihatan dan hospital di London) utk bertanyakan soal pemakanan dan segala benda yg perlu dijaga sewaktu isteri saya dalam pantang selepas bersalin nanti...hehe..penting gak tu..lagipun saya mmg tak tahu sgt soal pantang larang dalam pantang selepas bersalin ni..kena la cari ilmu bab2 ni..utk kesihatan wife saya jugak..hehe..kalu kat M'sia..senang la..sebab ada org tua yg bleh menasihatkan kita dari semasa ke semasa...

Nama baby boy kami pun, kami sudah pilih, cuma setakat ni kami 'secretkan' dulu..hehe..nanti bila wife saya dah deliver..baru la kami war-warkan..hehe..

ok..Adios!!