CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, 15 April 2009

Perkembangan Terkini Kami di London

Semalam, saya dan isteri menerima kunjungan ziarah dari anak sepupu saya, Eizaz dan Iqtidar..Eizaz ni baru sahaja menamatkan pelajaran di salah sebuah universiti di Australia dan sekarang ni bertugas sebagai eksekutif kewangan di Petronas cawangan Bintulu, Sarawak dan Iqtidar pula adalah seorg student di salah sebuah universiti di London..kebetulan mereka berdua ni baru sahaja pulang pi travel ke beberapa negara Eropah...thanks yer sbb sampai juga korang berdua ke teratak kecik kami kat London ni..hehe

Masuk minggu ni, kandungan isteri saya sudah mencecah minggu yg ke 38..actually anytime isteri saya akan sampai masanyer utk deliver our first baby..saya pun dalam langkah berjaga-jaga dengan mempastikan segala persiapan menyambut anak pertama kami ini lengkap semuanyer..dari pakaian baby ke katil baby hatta ke baby car seat, semuanyer kami dah perlengkapkan..cuma tunggu baby kami ni jer keluar ke alam nyata..hehe

pengalaman bakal ditempuhi kami ni maybe agak mencabar..tiada siapa di sisi kami nanti..tiada ayah ibu dan tiada adik beradik di sisi utk memberi kekuatan kepada kami berdua..my sister yg belajar di Birm pun tgh bercuti di M'sia buat masa skrg..hanya panggilan telefon dan email sahaja bakal menjadi penghubung utk saya dan isteri salurkan apa2 info terkini kami di London kepada seluruh ahli keluarga kami di Kelantan dan Kedah..

Yang pasti, saya dan isteri perlu kuatkan semangat dan kena cepat biasakan dalam soal penjagaan baby...didoakan agar semuanyer ok dan berjalan dengan baik..saya baru sahaja membeli sebuah kereta utk kegunaan saya membawa isteri ke hospital apabila sudah tiba masa utk isteri saya bersalin nanti..kalau ikutkan hati, ingin sahaja saya tangguhkan dulu pembelian kereta ini kerana kos penggunaan kereta di Central London adalah cukup tinggi..insuran kereta sahaja sudah mencecah ribuan pounds sterling dan bayaran resident parking juga cukup tinggi..lainlah kalau menetap di luar kawasan Central London...kosnyer sedikit kurang..apa2pun, saya beli juga kereta bagi kemudahan kami nanti...setakat ni hal2 yg penting sahaja saya gunakan kereta ke destinasi yg dituju dan jika hal2 biasa mcm nak pi kerja atau pi beli barang kat kedai, saya lebih senang naiki bas atau tube..yer la..kalu drive kereta masuk ke kawasan Central London, caj (congestion charge) 8 pounds sterling (kira-kira RM40) sehari akan dikenakan..

Esok, isteri saya ada appointment utk berjumpa mid wife (June) di pusat kesihatan di Mornington Crescent dan beberapa perkara penting soal bersalin akan dibincang bersama June. Dalam jam 2 ptg, saya pula ada appointment utk berjumpa seorang rakan warga Malaysia (pakar therapy di beberapa buah pusat kesihatan dan hospital di London) utk bertanyakan soal pemakanan dan segala benda yg perlu dijaga sewaktu isteri saya dalam pantang selepas bersalin nanti...hehe..penting gak tu..lagipun saya mmg tak tahu sgt soal pantang larang dalam pantang selepas bersalin ni..kena la cari ilmu bab2 ni..utk kesihatan wife saya jugak..hehe..kalu kat M'sia..senang la..sebab ada org tua yg bleh menasihatkan kita dari semasa ke semasa...

Nama baby boy kami pun, kami sudah pilih, cuma setakat ni kami 'secretkan' dulu..hehe..nanti bila wife saya dah deliver..baru la kami war-warkan..hehe..

ok..Adios!!

3 comments:

Sahalfikri said...

aku cadangkan waktu berpantang nanti, ajaklah orang tua kau lepak kat london untuk jaga kesihatan isteri tu.. hehe

FirJah said...

aduuussss... mahalnya kos guna keta kat sana kan...

ok..didoakan semoga semuanya selamat...

Wasunni Al-Kelantani said...

tuan suhail,

mak mentua aku akan dtg London..tp dijangka tiba pada 25hb April 2009..tp before mak mentua aku sampai tu la, yg kami risau skit tu..hehe..

Firjah,

Harga kereta kat UK mmg murah terutama Mercedez dan BMW, cuma dari segi insuran dan nak maintain tu yg sakit sakit skit..sbb harga insuran mmg jauh lebih mahal dari harga kereta dan kalu nak servis keter,cajnyer mmg kaw-kaw punya la..lebih2 lagi kalu umah kat central london