CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 24 September 2009

Adam Rayyan @ 5 Bulan

Kat bawah ini adalah gambar terbaru Adam Rayyan...Adam Rayyan sudah berumur 5 bulan...cepat betul masa berlalu..




Monday, 21 September 2009

Hari Raya Pertama @ London

Kami di London merayakan Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad iaitu hari yang sama di mana seluruh umat Islam di Malaysia meraikannya.

Hari Raya Pertama di sini, saya sekeluarga dikunjungi rakan-rakan dari Malaysia dan bukan Malaysia dalam sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri di perantauan. Sebagai meraikan kunjungan rakan-rakan ke rumah kami ni, saya dan isteri menyediakan beberapa juadah makanan yang termampu dimasak utk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.


Terima kasih kepada semua yang berkunjung terutamanya Ibrahim dan Farah serta anak-anak, Faizul dan Kak Ras serta anak-anak, Dr. Raymond dan Dr. Evelyn dan juga Leo dan Pat...ada juga yang tidak dapat hadir kerana saya dimaklumkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk di Central London pada hari raya pertama tersebut.
Kesesakan lalulintas tu dikhabarkan kerana terdapat satu program sedang berlangsung di Central London dan rasanya bukan disebabkan hari raya cam kat Malaysia tuu..hehe



Antara makanan yang sempat dimasak oleh kami ialah set soto ayam, nasi tomato bersama ayam masak sambal, mee hoon goreng, agar-agar (ore kelate panggil beledo) dan lain2 makanan2 pelengkap. Walaupun hidangan seperti ketupat, rendang dan sate tidak disediakan, suasana hari raya tetap terasa dengan kehadiran rakan-rakan yang bertandang ke rumah kami.

Sekali sekala berkumpul ramai2..mcm2 hal yg kami borak sampai jam menunjukkan jam 12 malam pun tak sedar..hehe

Sunday, 20 September 2009

Happy Eid Mubarak!!!

Ketika entry ini ditulis, hari sudahpun masuk hari raya pertama. Tahun ini sekali lagi saya dan isteri dan anak kami, Adam Rayyan akan menyambut syawal di Kota London. Tahun pertama kami menyambut hari raya di London adalah pada tahun 2007 yang lepas dan tahun 2008 pula Alhamdulillah, kami berpeluang menyambutnya di Malaysia. Bagi Adam Rayyan pula, hari raya pertama dalam hidupnya terpaksa beraya di London la pulak..takper..sbb nanti Adam Rayyan bleh kutip duit raya dalam matawang Pounds Sterling..haha..tu pun sebelum hari raya pertama Adam Rayyan dah dapat duit raya dahhh..



Bercakap perihal suasana hari raya di rumah ayah dan emak saya di kampung, biasanya hari raya menjadikan mereka berdua cukup sibuk untuk melayan tetamu yg hadir yg biasanya tidak putus-putus sepanjang hari raya pertama sehinggalah hari raya ketiga. Ayah saya punyai ribuan anak murid serata Malaysia dan hari raya inilah antara peluang mereka untuk berkunjung. Biasanya selepas sahaja solat Hari Raya Eidilfitri selesai, rumah ayah dan emak saya ini dikunjungi hampir keseluruhan jemaah yg hadir bersolat di surau yg diimami ayah saya sendiri. Adalaa dekat2 100 orang sekali dtg pada pagi2 tu...biasanya emak saya akan mempastikan makanan yg dihidang mempunyai kuantiti yg secukupnya...ermm...kami adik beradik juga tidak terlepas sibuk melayan tetamu yg hadir

Menjadi kebiasaan juga hari raya pertama sehingga hari raya ketiga ayah dan emak saya hanya berada di rumah untuk melayan tetamu yg hadir. Ayah dan emak tidak pernah membuat secara spesifik rumah terbuka kerana tiap2 hari adalah terbuka kepada sesiapa yg nak dtg. Kadang2 untuk hari raya kedua, emak terpaksa memasak juadah yang lain utk dijamu kerana makanan utk hari raya pertama habis walau disediakan dalam kuantiti yg begitu banyak. Menu yang biasa emak saya sediakan antaranya Sate, Soto Ayam, Nasi Dagang, Makaroni Bakar, Kuzi Ayam, pelbagai jenis kek, puding, tart dan macam2 lagilah...bagi saya dan adik beradik yg lain, rendang, lontong dan lemang sedikit asing dalam majlis hari raya rumah kami dan begitu juga rasanya di kebanyakan rumah org2 Kelantan yg pernah saya kunjungi sehinggalah saya berkahwin dgn isteri saya yang berasal dari Alor Setar barulah saya biasakan diri dgn makanan2 tradisional melayu itu..Kalau di Kelantan, ketupat mmg ada dibuat tp stylenya lain kerana ianya manis dan tidak dimakan dengan rendang...kalo nak jumpa lemang yg dimakan dgn rendang mcm agak sukar juga utk jumpa...ini saya beritahu semasa beberapa tahun lepaslah, skrg ni saya tak pasti pula bagaimana. Mungkin sudah ada org di kelantan menyediakan lemang, lontong dan rendang sebagai juadah di hari raya...

Untuk tahun ini, saya difahamkan abang sulung saya diamanahkan utk berkhutbah hari raya. Saya sendiri sejak berada di London sudah masuk tahun ke-3 tidak berkhutbah hari raya di surau di kampung halaman.

ala kullihal, Selamat Hari Raya kepada Emak dan Ayah saya di Kota Bharu dan Emak Mentua dan Ayah Mentua saya di Alor Setar. Saya dan isteri memohon jutaan kemaafan jika terdapat salah dan silap. Doakan kejayaan anak2 mu di perantauan.

Kepada seluruh adik beradik kami dan ipar duai kami juga diucapkan selamat menyambut lebaran yang mulia ini. Maaf Zahir dan Batin...


WASUNNI AL-KELANTANI
MURNI HALIM
ADAM RAYYAN MOHD SALLEH

London, UK (2009)

Monday, 14 September 2009

Berjiwa Besar dalam Menerima Pendapat dan Menyatakan Pendapat

Entry kali ini, saya nak ulas mengenai sikap kita dalam menerima pendapat orang lain dan sikap kita dalam menyatakan pendapat kita sendiri. Setiap org mempunyai pendapatnya sendiri akan sesuatu isu. Pendapat-pendapat ini lahir hasil daripada nasihat yang diterima, melalui pembacaan buku-buku yang berkaitan atau melalui pengalaman yg dialami sendiri..

Ada juga pendapat yg diutarakan tentang sesuatu perkara tu datangnya dari akal fikiran semata-mata dan bukan merujuk kepada mana2 sumber yg diyakini tetapi ia bukanlah satu lesen besar kepada kita untuk menyanggah pendapat itu tanpa dibahaskan secara tuntas terlebih dahulu berdasarkan fakta-fakta yang wujud. Kita sebaiknya menerima apa jua pendapat orang lain tidak kiralah kita merasakan pendapat itu betul atau salah dan dalam masa yang sama kita juga digalakkan menerangkan pendapat kita pula berdasarkan kerelevanan isu yg diperbincangkan. Jangan pula kita sesekali terus 'menyanggah' dan 'menembak' pendapat orang lain dgn cepat-cepat memaklumkan bahawa pendapat seseorang itu adalah salah dengan memberi alasan yang dangkal seperti saya langsung tidak pernah mendengar tentang kebenaran akan pendapat kamu itu ataupun saya langsung tidak pernah mendengar ada individu mempraktiskan cadangan kamu itu yang dilihat seolah-olah janggal untuk diguna pakai..

Kita perlu berjiwa besar dan jangan terlalu mengikut emosi dalam berbincang dalam sesuatu hal dan isu..Kita kena ingat bahawasanya masyarakat sekarang semakin berilmu dan sumber-sumber ilmu ada di mana-mana sahaja...saya percaya, bagi manusia yg waras pasti akan mengutarakan cadangan atau pendapatnya bukan dari akal fikiran secara suka-suka sahaja tetapi pendapatnya adalah berdasarkan sumber-sumber yang baik dan sahih yang boleh diterima dan perlu diperbahaskan jika perlu...

Jadi, menerima pendapat orang lain secara baik dan memberi pendapat kita kepada orang lain secara jelas perlulah seiring agar sesuatu isu yang diperdebatkan dapat difahami oleh semua pihak yg terlibat tanpa cuba merendahkan pendapat2 individu lain yang dirasakannya salah.

ok..adios..

Thursday, 3 September 2009

My Wife Convocation Ceremony - UCL

Kelmarin (2/9/09) isteri saya telah menghadiri Majlis Konvokesyen di University College London (UCL). Isteri saya menghadirinya bagi menerima skrol bagi pengajian Master nya dalam bidang Kejuruteraan Biokimia yang telah berjaya ditamatkan pada tahun lepas....Congrates to her on this execellent achievement...InsyaAllah, tahun 2012 nanti, kita hadiri majlis konvokesyen UCL bagi menerima skrol pengajian PhD pula...