CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 20 September 2009

Happy Eid Mubarak!!!

Ketika entry ini ditulis, hari sudahpun masuk hari raya pertama. Tahun ini sekali lagi saya dan isteri dan anak kami, Adam Rayyan akan menyambut syawal di Kota London. Tahun pertama kami menyambut hari raya di London adalah pada tahun 2007 yang lepas dan tahun 2008 pula Alhamdulillah, kami berpeluang menyambutnya di Malaysia. Bagi Adam Rayyan pula, hari raya pertama dalam hidupnya terpaksa beraya di London la pulak..takper..sbb nanti Adam Rayyan bleh kutip duit raya dalam matawang Pounds Sterling..haha..tu pun sebelum hari raya pertama Adam Rayyan dah dapat duit raya dahhh..



Bercakap perihal suasana hari raya di rumah ayah dan emak saya di kampung, biasanya hari raya menjadikan mereka berdua cukup sibuk untuk melayan tetamu yg hadir yg biasanya tidak putus-putus sepanjang hari raya pertama sehinggalah hari raya ketiga. Ayah saya punyai ribuan anak murid serata Malaysia dan hari raya inilah antara peluang mereka untuk berkunjung. Biasanya selepas sahaja solat Hari Raya Eidilfitri selesai, rumah ayah dan emak saya ini dikunjungi hampir keseluruhan jemaah yg hadir bersolat di surau yg diimami ayah saya sendiri. Adalaa dekat2 100 orang sekali dtg pada pagi2 tu...biasanya emak saya akan mempastikan makanan yg dihidang mempunyai kuantiti yg secukupnya...ermm...kami adik beradik juga tidak terlepas sibuk melayan tetamu yg hadir

Menjadi kebiasaan juga hari raya pertama sehingga hari raya ketiga ayah dan emak saya hanya berada di rumah untuk melayan tetamu yg hadir. Ayah dan emak tidak pernah membuat secara spesifik rumah terbuka kerana tiap2 hari adalah terbuka kepada sesiapa yg nak dtg. Kadang2 untuk hari raya kedua, emak terpaksa memasak juadah yang lain utk dijamu kerana makanan utk hari raya pertama habis walau disediakan dalam kuantiti yg begitu banyak. Menu yang biasa emak saya sediakan antaranya Sate, Soto Ayam, Nasi Dagang, Makaroni Bakar, Kuzi Ayam, pelbagai jenis kek, puding, tart dan macam2 lagilah...bagi saya dan adik beradik yg lain, rendang, lontong dan lemang sedikit asing dalam majlis hari raya rumah kami dan begitu juga rasanya di kebanyakan rumah org2 Kelantan yg pernah saya kunjungi sehinggalah saya berkahwin dgn isteri saya yang berasal dari Alor Setar barulah saya biasakan diri dgn makanan2 tradisional melayu itu..Kalau di Kelantan, ketupat mmg ada dibuat tp stylenya lain kerana ianya manis dan tidak dimakan dengan rendang...kalo nak jumpa lemang yg dimakan dgn rendang mcm agak sukar juga utk jumpa...ini saya beritahu semasa beberapa tahun lepaslah, skrg ni saya tak pasti pula bagaimana. Mungkin sudah ada org di kelantan menyediakan lemang, lontong dan rendang sebagai juadah di hari raya...

Untuk tahun ini, saya difahamkan abang sulung saya diamanahkan utk berkhutbah hari raya. Saya sendiri sejak berada di London sudah masuk tahun ke-3 tidak berkhutbah hari raya di surau di kampung halaman.

ala kullihal, Selamat Hari Raya kepada Emak dan Ayah saya di Kota Bharu dan Emak Mentua dan Ayah Mentua saya di Alor Setar. Saya dan isteri memohon jutaan kemaafan jika terdapat salah dan silap. Doakan kejayaan anak2 mu di perantauan.

Kepada seluruh adik beradik kami dan ipar duai kami juga diucapkan selamat menyambut lebaran yang mulia ini. Maaf Zahir dan Batin...


WASUNNI AL-KELANTANI
MURNI HALIM
ADAM RAYYAN MOHD SALLEH

London, UK (2009)

0 comments: