Kami di London merayakan Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad iaitu hari yang sama di mana seluruh umat Islam di Malaysia meraikannya.
Hari Raya Pertama di sini, saya sekeluarga dikunjungi rakan-rakan dari Malaysia dan bukan Malaysia dalam sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri di perantauan. Sebagai meraikan kunjungan rakan-rakan ke rumah kami ni, saya dan isteri menyediakan beberapa juadah makanan yang termampu dimasak utk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
Terima kasih kepada semua yang berkunjung terutamanya Ibrahim dan Farah serta anak-anak, Faizul dan Kak Ras serta anak-anak, Dr. Raymond dan Dr. Evelyn dan juga Leo dan Pat...ada juga yang tidak dapat hadir kerana saya dimaklumkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk di Central London pada hari raya pertama tersebut. Kesesakan lalulintas tu dikhabarkan kerana terdapat satu program sedang berlangsung di Central London dan rasanya bukan disebabkan hari raya cam kat Malaysia tuu..hehe
Sekali sekala berkumpul ramai2..mcm2 hal yg kami borak sampai jam menunjukkan jam 12 malam pun tak sedar..hehe













0 comments:
Post a Comment