CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, 30 March 2009

Majlis Hari Lahir Anak Perempuan Rakan

Sudah lama saya tidak menulis sesuatupun kat blogspot saya ni..Sebenarnyer ada mcm2 perkara terjadi sepanjang minggu ini dan minggu lepas...

minggu lepas, saya dan isteri dijemput oleh rakan baik kami iaitu Ibrahim dan isterinyer, Farah (Pensyarah, Kulliyyah Kejuruteraan UIAM), utk hadir ke rumah diorg utk sambut hari lahir anak perempuan diorg (Hannah)..sepatutnyer jemputan adalah dari jam 2 ptg sampai jam 6 ptg tapi disebabkan pada hari tu saya kerja sampai jam 4 ptg, so lewatla skit sampai kat umah diorg..

masa sampai kat umah diorg kat kawasan Muswell Hill tu, rasanya masa tu waktu dah dekat jam 7 ptg..rupa2nyer ramai lagi tetamu yg duk melepak kat dewan di kawasan umah kawan kami ni..kebanyakannyer warga Malaysia..bila saya sampai, saya dan wife dan semua tetamu yg duk ada kat situ pakat beramai2 pindah pi lepak kat dalam rumah tuan rumah pulak..

mmg seronok borak2 sesama Malaysia ni..mcm2 citer keluar..ada juga warga Malaysia yg hadir yg pertama kali saya kenal..mereka ni kebanyakannyer student Ph.D yg belajar di sekitar Univ2 di kawasan London..

me with Bro. Ehsan..tuan rumah (Bro. Ibrahim) ialah yang
duk membelek kamera tu

Sebahagian Tetamu Perempuan..
tuan rumah (Farah) ialah yg pakai tudung biru muda tu


Sebahagian Tetamu Lelaki

borak punya borak..rupanya jam pun dah menunjukkan jam 10 malam..ingatkan nak balik dah masa tu..lagipun saya dan wife pergi ke sana dgn hanya naik bas..amik masa dalam 45 minit juga utk sampai dari rumah saya..tp masa nak balik tu..tuan rumah tawarkan diri utk hantar kami balik dgn kereta dia..haha..tq bro..takderlah kami kesejukan masa tgh tunggu bas tu..lagipun bleh la kami merasa naik kereta Mercedez yg baru kau beli tu..hehe..

Disebabkan ada org nak hantar kami balik..maka kami sambung lagi borak2 kat rumah kawan saya ni..jam 11 malam..baru la saya dan isteri pulang ke rumah...

P/S: Sorry ler. gambar tak berapa clear sbb snap guna Apple I-phone jer..kamera tak bawak daa..huhu

Friday, 20 March 2009

Tiada Selera...

Nampaknyer sakit demam saya semakin menjadi-jadi..kepala pening..seluruh badan sakit dan selera makan terus hilang. Tapi di sebelah pagi, saya gagahkan juga menemani wife saya utk berjumpa mid-wife di Pusat Kesihatan yg terletak di Mornington Crescent bagi pemeriksaan rutin bagi minggu yg ke 34..sebelum ni mid-wife yg dilantik oleh pihak hospital adalah Amanda tp kelmarin kami diberitahu yg Amanda telah bertukar ke team lain dan mid-wife bagi wife saya telah diambil alih oleh June..rupanyer June jauh lebih baik dan peramah dari Amanda..Kalu si Amanda ni..bleh naik geram juga dibuatnyer sbb buat pemeriksaan pun main acuh tak acuh jer..mata plak sentiasa kuyu dan mcm tak cukup tidur jer...berlainan dgn June yg sentiasa ceria dan pemeriksaan dibuat dgn cukup teliti dan layanan kepada kami cukup memuaskan..

Kami dimaklumkan yg kami bakal mengikuti kelas khas bagi bakal ibu bapa yg akan dapat anak yg pertama..kelasnyer maybe minggu depan cuma perlukan confirmation dari mid-wife..mcm seronok je bunyinyer..hehe..yerla..kami pun bukan ada pengalaman sgt dalam mengendalikan baby ni..

Habis je jumpa midwife tu..saya ajak wife saya pegi lunch di Restoran Bonda kat Paddington...habis je dua tiga suap nasi..selera terputus..walau amik lauk tomyam, sotong goreng, ikan masak pedas tp disebabkan demam ni, selera tetap tiada..last2 minum air lemon jer..huhu..yg lain wife saya jer yg makan..

disebabkan pening kepala semakin menjadi2..saya terus ajak wife saya pulang..dah tak larat nak melepak kat restoran tu lama2...sampai je rumah..makan ubat..apa lagi...terus tido..huhu

Wednesday, 18 March 2009

Suhu Tidak Menentu Gugat Kesihatan

Hari ini, suhu di London sungguh tidak menentu..Jika di sebelah siang tadi suhu boleh mencecah 15 hingga 17 darjah celcius tetapi apabila tiba waktu malam, suhunyer jatuh serendah -1 darjah celcius.. Bagi yg tidak biasa dgn suhu sebegini, pasti akan mudah mendapat masalah kesihatan..saya sendiri pun sudah mula rasa tidak berapa sihat...yerla..masa tgh hari, badan bleh berpeluh sbb suhu yg panas ditambah lagi dgn cahaya matahari yg terik tp bila malam menjelma, suhu tiba2 menjadi sejuk sehingga di bawah paras 0 darjah celcius..badan akan mula menyerap 'kejutan' suhu sebegini dan jika tidak berjaga-jaga mcm-mcm masalah kesihatan boleh terjadi terutama demam..

Hari ni saya bertemu dengan Timbalan Dekan Kulliyyah Undang2 Ahmad Ibrahim,UIAM. Beliau ada di London kerana membawa sepasukan pelajar2 UIAM terdiri daripada peserta2 debat yang bakal bertanding di pertandingan debat bertempat di Oxford University..semoga mereka berjaya menggondol tempat pertama dan dapat melahirkan 'Melati' kedua..kebetulan mereka ini menginap di Dewan Malaysia London sebelum berpindah utk menginap di kediaman yg disediakan oleh pihak Oxford University...

Hari ni di tempat kerja pula..saya begitu sibuk melayan warga2 Malaysia yg berkunjung ke London..kebanyakannya duk tanya kat mana tempat2 menarik yg boleh dikunjungi kat kawasan London ni...mmg ramai dan meriah la jugak suasana kat Dewan Malaysia London hari ni..

Perihal isteri saya pula..walaupun kandungannyer semakin sarat tp tugasan2nyer di Universiti tetap diteruskan...kesian juga tgk dia sbb sambil menahan sakit, masih lagi mampu bertungkus lumus memeriksa assignment2 student2 masters UCL di bawah seliaannyer dan pergi juga ke seminar2 yg dianjurkan oleh pihak UCL..hermmm...tinggal sebulan lagi sebelum due date yg dijangka...apa2pun gud luck to my wife yg bakal menghadapi VIVA pertamanyer di peringkat PhD ini yg dijangka pada akhir bulan Mac ini..

Adios!!!

Tuesday, 17 March 2009

Penangan Air Asia X dan Lagak di Musim Panas

Rasanya dah 6 hari flight Air Asia X beroperasi dari Kuala Lumpur ke Stansted Airport kat London ni..nampaknyerr pengunjung dari M'sia pun dah bertambah ramai kat Kota London ni..jalan skit, jumpa...jalan skit, jumpa org M'sia..senang jer nak cam org Malaysia yg baru sampai ke London..caranya, kalau terserempak dgn diaorg, diorg pasti akan tegur kita dan cam excited jumpa sesama org M'sia..kalau kita jumpa tp tak ada apa2 tindak balas..maknanyer..org tu mmg dah lama stay kat London ataupun mmg duk selalu dtg London...haha..

Hari ni cuaca di London cukup cantik dgn suhu mencecah 17 darjah celcius..maka bertaburan lah mat-mat dan minah-minah saleh berjemuran di tgh2 taman dan mana-mana kawasan yg ada rumput walau rumput tu seciput adanya jua...haiyaa..kita org M'sia kalau ada cahaya matahari terik..mesti akan berteduh di tempat terlindung tp org putih ni terbalik skit sbb diaorg akan saja2 jer duk bawah cahaya matahari yg terik..biasala..negara diorg ni susah nak jumpa cahaya matahari yg betul2 terik...kat negara kita lak..susah nak jumpa suhu yg sejuk..hehe

ni tak betul2 masuk musim summer lagi. bila dah masuk summer..jadi pesta la kat sini. setiap taman akan dipenuhi manusia yg berjemur. nak gelapkan kulit katanyer..pakaian tak yah citer la..mcm duk kat tepi laut kebanyakannyer.dunia. .dunia....

Monday, 16 March 2009

Saya dan E-Commerce

Sejak seminggu dua ni, saya dan wife mmg sedikit sibuk dgn urusan masing2 sampai tak sempat sgt nak berkunjung ke pasaraya kat London ni utk menambah lagi kelengkapan bayi kami yg bakal lahir tidak lama lagi..so, bila jer ada masa terluang, saya dan wife saya lebih senang melayari laman web e-bay dan membeli kelengkapan bayi secara online sahaja..lebih senang, cepat dan lebih murah..pilih je nak brand apa..semua ada..haha




Kalau di M'sia, perkembangan urusniaga secara online ini sukar utk dikembangkan dalam jangka masa terdekat sbb rata2 rakyat M'sia lebih senang membeli barangan terus dari kedai dan juga masalah ketidakpercayaan terhadap kualiti barangan yg dibeli secara online..

Tapi rata2 negara di Eropah, rakyatnyer sudah terdidik utk menjimatkan masa dan tenaga dgn hanya membeli apa-apa barangan yg diingini secara online...klik2 sahaja dan bleh bandingkan harga dan bila sudah berkenan terus sahaja beli dari seller dan bayaran juga dibuat secara online..selepas sehari atau dua hari, biasanya barangan yg dibeli akan selamat sampai ke rumah kita..

tadi saya terbaca dalam satu akhbar di London ni di mana seorang lelaki British berjaya menjana pendapatan sehingga 3 juta pounds sterling setahun dgn hanya membuat jualan gadget2 kecil elektronik dgn harga serendah 6 pounds sterling sahaja setiap satu di laman web ebay..dengan berbekalkan modal sebanyak 200 pounds sahaja..kini lelaki tersebut telah bergelar jutawan e-bay...

satu peluang yg baik ni..dah alang2 saya mmg tgh menetap di London..apa salahnyer saya try buat business ni..haha..lagipun org UK mmg suka beli barang ikut e-bay..ermm..ni kena survey ni barang apa yg sesuai dibawa masuk dari M'sia yg bleh diketengahkan di pasaran ebay di UK especially at London..kena cargas ni kautim dgn geng2 kat M'sia...haha

teringat kata-kata 'mentor' saya...'Orang yang berjaya ialah orang yang berani bermimpi untuk berjaya, tetapi orang yang gagal ialah mereka yang takut bermimpi untuk berjaya'...

Friday, 13 March 2009

Sedikit Cemas

Pada hari Rabu yang lepas, saya pulang ke rumah dari tempat kerja kira-kira jam 12 tgh malam..Seperti biasa, saya lebih suka naik bas utk pulang ke rumah...Sebenarnyer kalu guna tube (underground train) lagi jimat masa tp atas sebab-sebab keselamatan di waktu tgh malam, ramai rakan2 saya menasihatkan saya naik jer bas..mujurlah di London ni perkhidmatan bas adalah 24 jam dan dari banyak2 negara Eropah yg pernah saya lawati, saya rasa perkhidmatan pengangkutan awam di London adalah antara yang terbaik walaupun ada juga sedikit kelemahan yg tidak dapat dielakkan oleh pihak pengurusan pengangkutan awam di sini...

Biasanya kira-kira 5 hingga 7 minit saya tunggu bas, bas yg saya nak naik akan tiba dan terus menuju ke Camden Town..Di Camden Town, saya perlu mengambil bas lain pula utk terus sampai ke lokasi rumah saya..Masa duk tunggu bas kat Camden Town tu sedikit situasi cemas berlaku...saya lihat banyak kereta peronda polis meluncur dengan laju di atas jalan seolah-olah sedang mengejar sesuatu..saya pandang di atas, ada helikopter pemantau sedang berlegar-legar mengelilingi kawasan Camden...helikopter tu cam duk berlegar kat kawasn yg sama...sekali nampak mcm ada sesuatu yg tak elok berlaku di sekitar kawasn berdekatan..lepastu nampak beberapa ambulan memecut laju kenderaan masing2 ke arah laluan kereta peronda polis tu..dah la kat atas langit tu helikopter tu punya la rendah kedudukan dia..pastu bising lak dgn bunyi kipas

sekali pandang cam dalam filem daa..perati keliling takdak la plak kamera dan krew filem..hehehe..kejadian betul la tu gamaknyer..tp kejadian apa, sampai hari ni saya tak tau..
saya buat slumber jer la..hati ni takyah citerla..dup dup dup..risau jugak takut ada apa2 jadi...bas pulak dah 10 minit tunggu..tak sampai2..saya tgk budak2 remaja kat sini pun dah mula keluar dari pub dan kelab malam dalam keadaan mabuk terhuyung hayang..lagi haru jadi suasana sekeliling..maybe ada gig besar kat salah satu kelab malam kat kwsn ni kerana jumlah org di sekeliling pada malam tu mmg ramai dari kebiasaan....

tunggu punya tunggu...sampai jugak akhirnyer bas. tp sekali sampai hahh 3 bas route yg sama sampai serentak..bila naik je bas..perghhh...penuh dgn manusia yg baru keluar dari pub..apa lagi..kuat la bau air 'anggur peram' kat dalam bas tu..tahan jer la...

sampai je depan rumah..terus saya keluar dari bas dan pecut ke depan gate..masuk je gate..baru hati ni tenang..dalam kawasan umah saya ni ada sekuriti..so, selamat la skit...huhu..mencabar minda betul hidup kat sini..hehe

Keputusan SPM &Tahniah Kepada Pelajar SPM Maahad Muhammadi Kelantan

Kelmarin, keputusan SPM dah diumumkan. Diberitakan salah seorang pelajar SPM Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bharu telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik Malaysia dengan keputusan 20 A (19 A1, 1 A2)

Salah seorang anak saudara saya, Mohd Hasyier Farouque B. Joni Tamkin, yang juga pelajar di Maahad Muhammadi Lelaki, Kelantan adalah di antara pelajar SPM yang mendapat keputusannya kelmarin. Congrates to him sebab berjaya mendapat result yang cemerlang iaitu 10A (9 A1, 1 A2) dan bersama-sama rakan-rakan beliau yg lain menaikkan lagi nama Maahad di persada pendidikan negara..Doa saya agar beliau berjaya melanjutkan pelajaran di salah sebuah Universiti di London, United Kingdom dan berjaya menjadi pakar kejuruteraan kimia seperti yang diidamkannya...InsyaAllah..

Alhamdulillah, setakat ini semua adik beradik saya malah ayahanda saya adalah hasil produk daripada Sekolah Maahad Muhammadi di Kelantan..Seterusnya sekarang ini, tradisi ini telah diteruskan oleh anak-anak saudara saya yang lain..

Pengalaman corak pembelajaran di Maahad Muhammadi lah yg menjadi titik tolak kepada pembangunan pendidikan kami semua sebagai bekas warga Maahad Muhammadi Kelantan..Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi di masa-masa mendatang..

Adios!!

Thursday, 12 March 2009

Sambutan Maulidur Rasul Muhammad SAW

Sambutan Maulidur Rasul Muhammad SAW

Tempat: Surau Ahmadiah Haji Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh: 19hb Mac 2009 (Khamis Malam Jumaat)
Masa : 7.00 pm - 10.30 p.m.

Aturcara Majlis:

-Solat Maghrib Berjemaah
-Ceramah Khas Sempena Maulidur Rasul SAW
-Berzanji / Marhaban / Selawat
-Solat Isya' Berjemaah
-Jamuan Makan
-Bersurai


Slot Khas:-

Ceramah Maulidur Rasul Muhammad SAW

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Bin Hussein


Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Muhammad SAW pada kali ini.

Monday, 9 March 2009

Bertugas Di Hari Cuti Umum Sempena Maulidurrasul SAW..

Kalau ikut yg saya tau, ari ni kebanyakan Pejabat Kerajaan Malaysia yang ada kat London ni ditutup sempena cuti umum Maulidurrasul SAW..tapi kami warga kerja di Dewan Malaysia London tetap bertugas seperti biasa..ada juga yg dapat ambil cuti bergantung kepada tugasan masing2..

Saya tidak terkecuali utk bertugas hari ni..memang boring skit la sbb takdak org sgt kat Dewan Malaysia London ari ni dan kadang2 sunyi sepi je dari sebarang bunyi..mengantuk jugak ler dibuatnyer...guest yang menginap pada hari ni pun tak der la ramai sgt...tak sampai separuh pun..

Ramai jugak bebudak student postgraduate & undergraduate yg duk belajar kat UK ni datang ke Dewan Malaysia London ari ni samaada nak jumpa staff Petronas, JPA, MARA atau staff MSD..ramai yg tak tau ari ni adalah hari cuti umum kat ofis2 ni semua..ada satu mamat ni..bila dia terserempak ngan saya dan tanya sebab apa mcm lengang semacam je bangunan ni saya ckp la kata ari ni cuti umum..sekali budak ni bantai..ooo..yer la..ari ni cuti Maal Hijrah...terus saya gelak sakan punyerla.kih kih kih..last2 saya ckp balik..ada ka ari ni cuti Maal Hijrah..ari ni cuti sempena Maulidurrasul daaaa...terkebil2 malu mamat ni..haha

kat cafe kat basement Malaysia Hall ni pun takdak la ramai sgt ari ni..biasanyer kalau ari minggu..mmg penuh la..mcm2 ada disediakan kalu ari minggu..minggu lepas, Budu pun ada gak disediakan tu.haha...saya kalu ari minggu...if dtg kat cafe ni..main tapau je makanan tu sbb ramai sgt..nak duduk makan pun susah...kalau nak makan kat mana2 restoran selalunyer saya dan wife saya akan pegi makan kat restoran melayu yg lain yg ada kat sekitar London ni..ari minggu je la camtu..kalu weekdays mmg makan kat cafe Msian Hall London jer la..choice makanan pun banyak dan harga pulak murah..yg termurah rasanyer if nak compare dgn restoran melayu kat kawasan London ni..

sehari dua ni..cam sejuk semacam balik dah kat London ni..my sister yg menetap kat Leiden, Holland pun ada bagitau yg kat kwsan umah dia tu pun dah sejuk balik..keluar umah pun kena pakai sarung tangan tebal dan baju tebal...maybe ni sejuk yg terakhir before masuk musim lain...tadi masa on da way nak balik umah dari tempat kerja..saya tgk kebanyakan pokok dah tumbuh bunga dah..tp kecik2 la lagi...nanti bila dah kembang...perghhh...mmg cantik la jawabnyer..

Kalau tak silap, sambutan Maulidurrasul SAW kat Dewan Malaysia London ni akan dibuat pada hari Khamis (12/3/09) ni..tapi saya tak berapa konfem sgt..kena cek balik nanti la yer...

ok la dulu..mata dah kuyu dah ni..ngantuk sgt2..pagi tadi bangun awal...sambung kendian nanti la plak yer..

adios!!!

Wednesday, 4 March 2009

Cerkon Semalam & Hari Ini

Tengah malam semalam, angin kuat melanda kawasan Central London ni...Tak tau la angin ni dari mana pulak sampai...bulan lepas, bila angin kuat dari Russia bertiup kencang sampai ke London ni, habis seluruh kawasan London dilanda snow..rezeki kami la masa tu sbb bleh main snow tebal..hehe

Hari ni saya bawa wife saya pegi ke UCL Clinic yg terletak kat kawasan bangunan University College London (UCL). Seperti yg saya bagitau dalam entry sebelum ni, sepatutnya wife saya kena jumpa Doktor minggu lepas, tp disebabkan semua jadual Doktor yang bertugas tu full (dalam satu-satu masa ada lebih kurang 5 hingga 6 doktor bertugas), maka wife saya terpaksa menundakan appointment jumpa Doktor pada minggu lain iaitu pada hari ini..

Kat klinik ni semasa kita nak buat appointment, kita bleh pilih Doktor mana yg kita nak jumpa..biasanyer sebelum2 ni, wife saya selalu jumpa Doktor Wong..seorang doktor perempuan yang berasal dari Malaysia..kami kira senang la nak berurusan dengannyer lagipun dah sesama Malaysia..tp kali ni Doktor Wong ni tgh bercuti dan wife saya terpaksa la pilih doktor lain..kat klinik UCL ni kita juga bleh pilih samaada nak doktor lelaki atau perempuan depend kepada keselesaan kita..that's why wife saya pilih doktor perempuan..yer la..lagi selesa sebenarnyer kalau doktor yg merawat kita tu sama jantina..pendapat masing2 la kan..it's up to you maaaa..hehe

sebenarnyer kami terlewat 10 minit dari masa appointment yg dibuat...mcm bengang la jugak reception klinik tu kat kami..dia duk tanya sbb apa kami lewat 10 minit dan mungkin doktor tak nak jumpa dah kami sbb kemungkinan doktor tu dah nak balik rumah...kalu ikut schedule klinik ni..klinik ni ditutup jam 5.30..masa tu baru jam 5 ptg...berdesing jugak telinga saya bila si reception tu cam ckp camtu..last2 saya masuk campur...saya ckp kat dia..tak nampak ke wife aku tgh mengandung 7 bulan??mana la dia larat nak lari2 kejar ke sana ke sini (dalam slanga omputih la ni saya sound dia ni..haha)...last2 receptionist tu pun dah slow down tune dia masa ckp..pastu minta kami duduk dan tunggu kat sofa...

tunggu dalam 5 minit camtu..nama wife saya pun terpapar kat skrin kat klinik tu dan minta pergi berjumpa Dr. Katrina kat level 3..

Dr. Katrina sedang mencatit hasil pemeriksaan
kesihatan
terhadap isteri saya


Dr. Katrina ni kata dia akan hubungi pihak Hospital UCL utk buat appointment bagi membolehkan kandungan wife saya ni di scan sekali lagi oleh pihak hospital..Dr. Katrina ni bagitau dia nak ukur kebesaran baby dan nak compare dgn result2 sebelum ni...habis je jumpa Dr. Katrina ni..kami pun terus balik ke umah..hari pun dah gelap..suhu sekitar pun dah bertambah sejuk..better lepak kat umah je la..hehe..

P/S : Cerkon stand for Ceriter Kontot (dicedok dari Majalah Ujang..haha)

Monday, 2 March 2009

Muafakat Rakyat Malaysia di London

Minggu ini kandungan isteri saya sudah masuk minggu yang ke 33. Hanya tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi untuk isteri saya bakal melahirkan anak pertama kami...Bila dah masuk minggu yang ke 33 dan ke atas ni, sebaiknya pemeriksaan kesihatan dilakukan sekerap yang boleh bagi menjamin kesihatan ibu yg mengandung dan bayi yg sedang dikandung..

kalau sesiapa yg pernah tinggal di UK ni..mmg akan sakit hati dengan sistem klinik atau hospital yg dilaksanakan di sini..nak jumpa Doktor kena buat appointment dulu..kalu takdak appointment, peluang nak jumpa doktor mmg susah kecuali kita pergi ke bahagian kecemasan di hospital2 yg berdekatan..kalu klinik biasa lak..kalu hari sabtu dan ahad..mesti tutup..kadang2 tu mmg bengang sgt sbb lagipun saya dah terbiasa dgn sistem di M'sia yg begitu mudah utk kita jumpa Doktor dan bleh pegi kat mana2 klinik atau hospital yg kita suka..janji bayar..hehehe

University College Hospital yang terletak di Warren Street, London
iaitu tempat isteri
saya bakal melahirkan anak kami nanti

kalu kat sini...kita takleh pegi mana2 klinik sesuka hati..kita kena pegi klinik tempat kita daftar masa mula2 sampai UK dulu..pastu kalu nak daftar nama kat klinik pulak..kena ada prove address tpt kita tinggal..sbb sistem yg amat menyusahkan ini la hatta sampai skrg saya sendiri malas nak daftar dgn mana2 klinik di London ni..hanya isteri saya sahaja yg berdaftar....

sepatutnyer minggu lepas..kalu ikut jadual yg diberikan oleh mid wife yg dilantik utk memantau kesihatan isteri saya, isteri saya perlu berjumpa dengan Doktor bagi pemeriksaan rutin..tp bila isteri saya pi klinik tu utk buat appointment, semua appointment dah full dalam minggu tu..dan appointment terpaksa ditunda kepada minggu ini..

nampaknyerr pemeriksaan kesihatan isteri saya sudah tertangguh seminggu dan hampir 3 minggu isteri saya tidak diperiksa tahap kesihatan semasanya..ini sedikit merungsingkan isteri saya dan saya sendiri lebih2 lagi kaki isteri saya kadang2 tu dah mula membengkak..ini berlaku jika isteri saya banyak berdiri dalam biochemical lab kat univ dia utk menyiapkan experimen kajian PhD nyer...



isteri saya sedang menjalankan kajian di salah satu
Biochemical Lab yang terdapat di University College London (UCL)


Semalam semasa kami pulang dari Paddington, kami disapa oleh jiran kami, Dr. Evelyn iaitu seorg Doktor Pergigian yg juga rakyat Malaysia yg sekarang ni sedang melanjutkan lagi pelajarannyer di univ yg sama dgn isteri saya..bila isteri saya ceritakan masalah yg dihadapi, terus Doktor Evelyn ni pelawa kami dtg ke rumah dia utk diperiksa kesihatan oleh suami beliau iaitu Dr. Raymond..Dr Raymond pulak adalah seorg Medical Doctor di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur dan skrg ni tgh melanjutkan pelajaran lagi kat London ni specialised dalam bidang saraf manusia...

Rupa2nya Doktor Raymond ni punyai cukup alat utk memeriksa kesihatan seseorg..lagipun isterinya, Dr. Evelyn tu pun mmg tengah mengandung anak pertama juga. so dia kata alat2 ni dia bawa dari Malaysia utk memudahkan dia memantau tahap kesihatan isteri dia dari semasa ke semasa. Senang citer, Dr. Raymond ni pun terus periksa tekanan darah, tahap protein dan glukos dan beberapa lagi perkara yg berkaitan dgn kesihatan isteri saya..yg bestnyer check kat rumah dia jer..haha..free of charge lak tu..pastu Dr. Raymond ni minta saya dan isteri saya dtg je ke umah dia tiap2 hari utk cek tekanan darah before pegi jumpa doktor yg isteri saya dah buat appointment tu..hehe


Dr. Raymond sedang memeriksa tekanan darah isteri saya..
saya dan Dr. Evelyn memerhati dari ruang tamu rumah mereka (tiada dalam gambar..hehe)


thanks a lot to Dr. Raymond dan Dr. Evelyn for your help and care..at least lepas ni kami takder la risau sgt sbb jiran kami ni seorg medical doctor..apa2 nanti bleh la kami rujuk kat dia..hehe

ok..adios!!