CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, 16 March 2009

Saya dan E-Commerce

Sejak seminggu dua ni, saya dan wife mmg sedikit sibuk dgn urusan masing2 sampai tak sempat sgt nak berkunjung ke pasaraya kat London ni utk menambah lagi kelengkapan bayi kami yg bakal lahir tidak lama lagi..so, bila jer ada masa terluang, saya dan wife saya lebih senang melayari laman web e-bay dan membeli kelengkapan bayi secara online sahaja..lebih senang, cepat dan lebih murah..pilih je nak brand apa..semua ada..haha




Kalau di M'sia, perkembangan urusniaga secara online ini sukar utk dikembangkan dalam jangka masa terdekat sbb rata2 rakyat M'sia lebih senang membeli barangan terus dari kedai dan juga masalah ketidakpercayaan terhadap kualiti barangan yg dibeli secara online..

Tapi rata2 negara di Eropah, rakyatnyer sudah terdidik utk menjimatkan masa dan tenaga dgn hanya membeli apa-apa barangan yg diingini secara online...klik2 sahaja dan bleh bandingkan harga dan bila sudah berkenan terus sahaja beli dari seller dan bayaran juga dibuat secara online..selepas sehari atau dua hari, biasanya barangan yg dibeli akan selamat sampai ke rumah kita..

tadi saya terbaca dalam satu akhbar di London ni di mana seorang lelaki British berjaya menjana pendapatan sehingga 3 juta pounds sterling setahun dgn hanya membuat jualan gadget2 kecil elektronik dgn harga serendah 6 pounds sterling sahaja setiap satu di laman web ebay..dengan berbekalkan modal sebanyak 200 pounds sahaja..kini lelaki tersebut telah bergelar jutawan e-bay...

satu peluang yg baik ni..dah alang2 saya mmg tgh menetap di London..apa salahnyer saya try buat business ni..haha..lagipun org UK mmg suka beli barang ikut e-bay..ermm..ni kena survey ni barang apa yg sesuai dibawa masuk dari M'sia yg bleh diketengahkan di pasaran ebay di UK especially at London..kena cargas ni kautim dgn geng2 kat M'sia...haha

teringat kata-kata 'mentor' saya...'Orang yang berjaya ialah orang yang berani bermimpi untuk berjaya, tetapi orang yang gagal ialah mereka yang takut bermimpi untuk berjaya'...

0 comments: