CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, 2 March 2009

Muafakat Rakyat Malaysia di London

Minggu ini kandungan isteri saya sudah masuk minggu yang ke 33. Hanya tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi untuk isteri saya bakal melahirkan anak pertama kami...Bila dah masuk minggu yang ke 33 dan ke atas ni, sebaiknya pemeriksaan kesihatan dilakukan sekerap yang boleh bagi menjamin kesihatan ibu yg mengandung dan bayi yg sedang dikandung..

kalau sesiapa yg pernah tinggal di UK ni..mmg akan sakit hati dengan sistem klinik atau hospital yg dilaksanakan di sini..nak jumpa Doktor kena buat appointment dulu..kalu takdak appointment, peluang nak jumpa doktor mmg susah kecuali kita pergi ke bahagian kecemasan di hospital2 yg berdekatan..kalu klinik biasa lak..kalu hari sabtu dan ahad..mesti tutup..kadang2 tu mmg bengang sgt sbb lagipun saya dah terbiasa dgn sistem di M'sia yg begitu mudah utk kita jumpa Doktor dan bleh pegi kat mana2 klinik atau hospital yg kita suka..janji bayar..hehehe

University College Hospital yang terletak di Warren Street, London
iaitu tempat isteri
saya bakal melahirkan anak kami nanti

kalu kat sini...kita takleh pegi mana2 klinik sesuka hati..kita kena pegi klinik tempat kita daftar masa mula2 sampai UK dulu..pastu kalu nak daftar nama kat klinik pulak..kena ada prove address tpt kita tinggal..sbb sistem yg amat menyusahkan ini la hatta sampai skrg saya sendiri malas nak daftar dgn mana2 klinik di London ni..hanya isteri saya sahaja yg berdaftar....

sepatutnyer minggu lepas..kalu ikut jadual yg diberikan oleh mid wife yg dilantik utk memantau kesihatan isteri saya, isteri saya perlu berjumpa dengan Doktor bagi pemeriksaan rutin..tp bila isteri saya pi klinik tu utk buat appointment, semua appointment dah full dalam minggu tu..dan appointment terpaksa ditunda kepada minggu ini..

nampaknyerr pemeriksaan kesihatan isteri saya sudah tertangguh seminggu dan hampir 3 minggu isteri saya tidak diperiksa tahap kesihatan semasanya..ini sedikit merungsingkan isteri saya dan saya sendiri lebih2 lagi kaki isteri saya kadang2 tu dah mula membengkak..ini berlaku jika isteri saya banyak berdiri dalam biochemical lab kat univ dia utk menyiapkan experimen kajian PhD nyer...



isteri saya sedang menjalankan kajian di salah satu
Biochemical Lab yang terdapat di University College London (UCL)


Semalam semasa kami pulang dari Paddington, kami disapa oleh jiran kami, Dr. Evelyn iaitu seorg Doktor Pergigian yg juga rakyat Malaysia yg sekarang ni sedang melanjutkan lagi pelajarannyer di univ yg sama dgn isteri saya..bila isteri saya ceritakan masalah yg dihadapi, terus Doktor Evelyn ni pelawa kami dtg ke rumah dia utk diperiksa kesihatan oleh suami beliau iaitu Dr. Raymond..Dr Raymond pulak adalah seorg Medical Doctor di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur dan skrg ni tgh melanjutkan pelajaran lagi kat London ni specialised dalam bidang saraf manusia...

Rupa2nya Doktor Raymond ni punyai cukup alat utk memeriksa kesihatan seseorg..lagipun isterinya, Dr. Evelyn tu pun mmg tengah mengandung anak pertama juga. so dia kata alat2 ni dia bawa dari Malaysia utk memudahkan dia memantau tahap kesihatan isteri dia dari semasa ke semasa. Senang citer, Dr. Raymond ni pun terus periksa tekanan darah, tahap protein dan glukos dan beberapa lagi perkara yg berkaitan dgn kesihatan isteri saya..yg bestnyer check kat rumah dia jer..haha..free of charge lak tu..pastu Dr. Raymond ni minta saya dan isteri saya dtg je ke umah dia tiap2 hari utk cek tekanan darah before pegi jumpa doktor yg isteri saya dah buat appointment tu..hehe


Dr. Raymond sedang memeriksa tekanan darah isteri saya..
saya dan Dr. Evelyn memerhati dari ruang tamu rumah mereka (tiada dalam gambar..hehe)


thanks a lot to Dr. Raymond dan Dr. Evelyn for your help and care..at least lepas ni kami takder la risau sgt sbb jiran kami ni seorg medical doctor..apa2 nanti bleh la kami rujuk kat dia..hehe

ok..adios!!

4 comments:

Nizam Ahmad said...

maybe its time to giving back to community.. ko nanti wat gitu gak biler balik mesia nt ek huhuh

Wasunni Al-Kelantani said...

tuan an-nidxam

yer..itulah sepatutnyer yg perlu dilakukan oleh setiap daripada kita..mana yg boleh kita bantu, kita bantu...

FirJah said...

TQ ziarah blog kami..
uia dulukan??
kat london kejer ker sambung belajar??
saya link kan blog ni yer..TQ

Wasunni Al-Kelantani said...

Firjah,

yer..saya dan isteri mmg ex-uiam student..

di London, saya bertugas di Dewan Malaysia London (Malaysia Hall London) di bawah Jabatan Penuntut Malaysia di London dan Ireland..

isteri saya pula sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di University College London (UCL)

terima kasih kerana linkkan blog WasunniAlKelantani di blog anda..

Syukron alaik..