CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, 18 March 2009

Suhu Tidak Menentu Gugat Kesihatan

Hari ini, suhu di London sungguh tidak menentu..Jika di sebelah siang tadi suhu boleh mencecah 15 hingga 17 darjah celcius tetapi apabila tiba waktu malam, suhunyer jatuh serendah -1 darjah celcius.. Bagi yg tidak biasa dgn suhu sebegini, pasti akan mudah mendapat masalah kesihatan..saya sendiri pun sudah mula rasa tidak berapa sihat...yerla..masa tgh hari, badan bleh berpeluh sbb suhu yg panas ditambah lagi dgn cahaya matahari yg terik tp bila malam menjelma, suhu tiba2 menjadi sejuk sehingga di bawah paras 0 darjah celcius..badan akan mula menyerap 'kejutan' suhu sebegini dan jika tidak berjaga-jaga mcm-mcm masalah kesihatan boleh terjadi terutama demam..

Hari ni saya bertemu dengan Timbalan Dekan Kulliyyah Undang2 Ahmad Ibrahim,UIAM. Beliau ada di London kerana membawa sepasukan pelajar2 UIAM terdiri daripada peserta2 debat yang bakal bertanding di pertandingan debat bertempat di Oxford University..semoga mereka berjaya menggondol tempat pertama dan dapat melahirkan 'Melati' kedua..kebetulan mereka ini menginap di Dewan Malaysia London sebelum berpindah utk menginap di kediaman yg disediakan oleh pihak Oxford University...

Hari ni di tempat kerja pula..saya begitu sibuk melayan warga2 Malaysia yg berkunjung ke London..kebanyakannya duk tanya kat mana tempat2 menarik yg boleh dikunjungi kat kawasan London ni...mmg ramai dan meriah la jugak suasana kat Dewan Malaysia London hari ni..

Perihal isteri saya pula..walaupun kandungannyer semakin sarat tp tugasan2nyer di Universiti tetap diteruskan...kesian juga tgk dia sbb sambil menahan sakit, masih lagi mampu bertungkus lumus memeriksa assignment2 student2 masters UCL di bawah seliaannyer dan pergi juga ke seminar2 yg dianjurkan oleh pihak UCL..hermmm...tinggal sebulan lagi sebelum due date yg dijangka...apa2pun gud luck to my wife yg bakal menghadapi VIVA pertamanyer di peringkat PhD ini yg dijangka pada akhir bulan Mac ini..

Adios!!!

0 comments: