CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 19 April 2009

Lahirnya ADAM RAYYAN IBNU MOHD SALLEH

Kira-kira jam 5.29 petang tadi, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki kami di Hospital University College London (UCLH). Akhirnyer tercapai juga impian isteri saya utk melahirkan anak pertama kami di London, United Kingdom..

Alhamdulillah, dengan segala kerjasama dari doktor-doktor pakar dan midwife di sana, isteri dan anak lelaki kami berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan perhatian lanjut dari pihak hospital..Isteri saya bersalin secara 'c-section' dan bukan secara normal. Doktor menasihatkan 'c-section' perlu dibuat memandangkan isteri saya menerima satu komplikasi yg tidak baik selepas cubaan memecahkan air ketuban dibuat..

Bila sahaja bayi lelaki kami dikeluarkan dan mula menangis, saya terus memanjat syukur kehadrat Ilahi dan terus saya memangku bayi lelaki saya dan mengalunkan azan dan iqamah di dalam operation room tersebut. Saya juga mengalunkan beberapa bacaan zikir memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW agar itulah antara perkataan pertama yg didengari oleh anakanda lelaki saya..Begitu sejuk hati saya apabila semasa saya mengalunkan azan dan zikir, bayi lelaki saya buat pertama kalinya membuka mata dan memandang terus tepat ke arah muka saya dan langsung tidak menangis..

Bayi Lelaki ini, kami namakan ADAM RAYYAN BIN MOHD SALLEH..

Didoakan agar ADAM RAYYAN bakal menjadi anak yang soleh dan menjadi antara pemimpin Islam yang disegani di masa hadapan..InsyaAllah..

P/S: Gambar Adam Rayyan akan diupload nanti..sabar yer..

5 comments:

Hasrul said...

Salam Salleh,
Tahniah atas kelahiran cahayamata sulung. Semoga bertambah berkat dan rezeki..

FirJah said...

MABRUK buat salleh & isteri.. alhamdulillah selamat semuanya.. mg adam rayan akan menjadi permata hati yang soleh....
TAHNIAH sekali lagi..

Wasunni Al-Kelantani said...

Hasrul, Firjah:-

Syukran Jaziilan..Jazakallah..

Unknown said...

soleh..salam buat soleh,isteri dan permata hati Adam Rayyan..

alfu mabruk ye..enjoy da momment...kakpah n family doakan smga Allah sentiasa memudahkan segala urusan soleh dan isteri..
kalau fikir payah, mmg tension je..tp kalu fikir kebestan nya+kemanisannya jadi parents..mesti rase nak menambah baby lagi..hehehe..yelah..melihat kekudusan+kejernihan insan yang lahir drpada isteri tercinta...

kagum juga..melihat survival rakan2 yang dok jauh merantau..jauh dr keluarga...macam2 kene buat sendiri..macam2 kene belajar..

oh ye..lagi 1, kakpah nak linkkan blog soleh ni dgn blog kak pah ye..
jemputlah ziarah blog kakpah yang biase2 shj itu..

oklah..tak good care always..Be a great father for a beloved son n wife, insyaAllah...


ilalliqa'
wassalam

Wasunni Al-Kelantani said...

thanks to KakPah sbb linkkan blog WasunniAlKelantani..mmg kelahiran bayi sulung kami ini banyak mengajar kami erti kesabaran dalam menempuh segala dugaan lebih2 lagi berada di Luar Negara tanpa keluarga di sisi..