CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts

Monday, 6 July 2009

Catatan Perjalanan : Windsor Castle @ United Kingdom

Kelmarin, seperti minggu sebelum ni, saya dan isteri bersama-sama rakan kami iaitu Affaro dan isterinya, Eby, telah pergi jalan2 ke Windsor Castle..Perjalanan mengambil masa kira-kira hampir 2 jam dari London..itupun kerana saya telah tersalah masuk jalan masa nak kuar masuk ke Highway M4 dari London..terpaksa ler kami cari jalan lain dan pusing balik ke arah highway tersebut...

Kira2 jam 12.15 tgh hari, sampai juga kami ke kawasan Windsor Town..Mujurla masa kami sampai tu, pengunjung tak ler ramai sgt lagi dan ini telah memudahkan saya utk mendapatkan parking keter dgn bayaran 4 pounds sterling bagi sehari parking..

Fakta yang saya perolehi ialah Windsor Castle adalah istana yang paling lama pernah wujud di dunia ini dan juga istana yang paling besar yang pernah dibina di atas dunia...betul la kot..sbb mmg besar giler kawasan dan senibina istana ni...Sehingga sekarang, istana ini masih didiami oleh kerabat diraja British dan Queen Elizabeth juga sekali sekala akan menetap di Windsor Castle ini.

Di istana ini juga telah tersimpan rapi banyak khazanah berharga milik keturunan Raja British bermula dari King Henry ke 8..Saya dan isteri berpeluang masuk ke kediaman khas tempat tinggal utama King Henry Ke-8 tapi sayangnya kami tidak dibenarkan utk mengambil apa2 gambar dalam ruangan kediaman tersebut...Apa yg boleh saya katakan...kediaman itu cukup besar dan segala khazanah diraja seperti pakaian kebesaran diraja, alat2 senjata seperti pedang, pisau yg bertatahkan berlian dan emas milik kebesaran Raja2 British yg terdahulu, kerusi meja yg dibuat daripada emas dan tembaga dan bermcm2 lagi masih lagi disimpan rapi dan kami berpeluang melihat segalanya secara dekat di kediaman diraja ini...Ada juga khazanah yg disimpan seperti pintu2 masuk khas yg berusia ribuan tahun dulu telah sedikit retak mungkin kerana usianyer yg telah lama...


Semasa kami sampai di Windsor Town ini, lalulintas masih belum sibuk lagi...Gambar di atas adalah di kawasan bersebelah tempat parking kereta...

Gambar di atas ini pulak menunjukkan salah satu binaan yang terdapat di tgh2 Windsor Town..air pancut yg keluar daripada binaan tersebut berbuih2 seperti campuran air dan sabun...tp tak taula kalau sabun tu sebenarnyer ada manusia lain yg pi 'pedajal' letak sabun dalam air pancut tu...hahaha


Gambar di atas di mana kami berada di tepi tembok Windsor Castle..oleh kerana cuaca yg begitu baik..maka ramai la yg melepakkan diri di kerusi2 yg disediakan...nak menghitamkan kulit kununnyer...


Gambar di atas menunjukkan antara pintu gerbang masuk ke Windsor Castle yg masih gah walaupun usianya telah mencecah ribuan tahun lamanyer...Kelihatan beberapa anggota polis mengawal gerak geri pengunjung yg hadir ke istana ini...


Gambar di atas adalah gambaran dari sisi Windsor Castle...cuaca yg baik memudahkan kami bergerak mengelilingi istana ini..

Gambar di atas adalah spot pertama semasa kami mula-mula melangkah masuk ke dalam kawasan Windsor Castle ini...Bayaran dikenakan bagi setiap individu yg ingin masuk ke dalam kawasan istana dan sebenarnya hanya suku kawasan istana yg dibenarkan dikunjungi oleh orang awam dan selebihnyer menjadi kawasan larangan kerana kawasan2 itu masih didiami oleh golongan kerabat raja Britain..Pemeriksaan yg ketat dijalankan oleh pihak polis bagi setiap pengunjung yg ingin memasuki ke dalam kawasan istana...



Gambar2 di atas pula menunjukkan pemandangan dalam kawasan Windsor Castle..seni binaan yg berusia ribuan tahun masih lagi utuh dijaga rapi oleh pihak berkuasa di sini...

Kelihatan beberapa pengawal istana sedang melakukan baris hormat di dalam kawasan istana..








Semua gambar2 di atas adalah antara gambaran menarik dalam kawasan Windsor Castle..





Setelah puas mengelilingi kawasan Istana dan juga Windsor Town, kami berhenti di tepi salah satu tasik yg berdekatan utk makan2...hehehe..isteri saya dan isteri kepada Affaro menyediakan segala makanan yg dibawa...habis je makan..saya pun terus drive kereta pulang ke rumah kami di London....

Sekali lagi kami lambat tiba di London kerana kami terpaksa menempuh kesesakan lalulintas hampir 10KM di Highway M4 sebelum masuk ke Central London...huhu..nasib badan....hehe

Tambahan : Sungguh rugi kerana kami tidak berpeluang utk mengambil gambar di dalam kawasan kediaman diraja yg dipenuhi khazanah berharga diraja Britain...Hanya kawasan luaran istana sahaja yg dibenarkan utk tatapan rakan2 semua...Layan jer la yer...Adios..

Friday, 3 July 2009

Catatan Perjalanan : Southend-On-Sea, ESSEX

Hari Ahad yang lepas, saya dan isteri dan anak kami, Adam Rayyan bersama-sama geng 'Londoner' kami iaitu Affaro dan isterinyer, Eby pakat ramai-ramai pi jalan-jalan ke pantai di Southend-On-Sea yg terletak kat Essex...saya drive keter saya dan amik masa lebih kurang dalam 1 jam 15 minit perjalanan dari Central London..tu pun terpaksa bersesak dalam jem sekejap masa nak kuar ke highway...

saja jer pegi jalan2 kat sana...lagipun ni la first time kami sampai kat pantai yg ada kat United Kingdom ni..kebetulan geng saya (Affaro) bagi lak cadangan pi ke pantai ni..saya dan isteri terus ajer la mengiayakanyer...mula2 cadang nak mandi ke apa kat sana..alih2 tak jadi sbb suhu terlampau panas..kami just lepak2 sambil makan bekalan makanan yg dimasak oleh isteri saya dan eby...Mengancam jugak bila makan nasi lemak ayam goreng dan spageti kat tepi pantai kat UK ni..hahaha

kat bawah ni ada gambar2 masa kami kat pantai tu...Jom layaaaaannnn....










Sunday, 7 September 2008

Spain: Hajat Yang Belum Menjadi Realiti

Sebenarnya kira-kira 2 bulan yang lepas, saya dan isteri ada merancang untuk melawat Granada, Cordova, Andalusia, Al-Hambra, Malaga, Madrid dan beberapa tempat lain di Negara Sepanyol. Melalui promosi khas yang disediakan oleh pihak penerbangan Easy Jet pada 2 bulan yg lepas, isteri saya telah membuat tempahan awal bagi tiket penerbangan pergi dan balik beserta penginapan di Hotel Malago Centro yg terletak di tgh2 Bandar Malaga untuk kami tinggal selama 4 hari di sana...




Kalau ikut jadual asal, sepatutnya pada 5hb September yang lepas kami akan berangkat ke Spain menaiki Easy Jet dari Gatwick Airport dan pulang semula ke London pada 8hb September iaitu hari esok...Oleh kerana kesihatan isteri saya tidak begitu mengizinkan, saya mengambil keputusan untuk membatalkan ziarah ini dan jika mempunyai peluang yg lain, InsyaAllah, kami tetap akan pergi ke sana.

Actually, my parents dah sampai ke Spain pada tahun lepas dan dari cerita2 mereka berdua ttg keindahan seni rekabentuk dan struktur bangunan di negara ini membuatkan saya dan isteri nak sgt pi sana utk lihat sendiri keistimewaan tersebut.Biasaklaaa, kami ni jenis kaki melancong.huhu..Satu lagi, org kata kat Spain ni kalu nak buat aktiviti shopping mopping tu mcm best giler la sbb murah katanya brg2 kat sana..hehe..best tuuu..lebih2 lagi kami dari UK ni bawak duit pound sterling..hehe..tp mcm la kami ni ada duit sgt..haha...angan2 je tu..

Ala kulli hal...InsyaAllah..kami tetap nak pegi juga satu hari nanti ke Negara Spain...pasti dan pasti..hehe

Ok..Adios!!!

Monday, 7 July 2008

Ronda-Ronda ke Portsmouth Harbour

Ada la dalam sehari dua sebelum ni, saya dan wife dan sorang lagi kawan kami, iaitu Amana, panjgkan kaki pi ke Portsmouth Harbour..Kebetulan kami dapat tiket murah..naik train dari London kena bayar 6 pound je sorang utk return tiket..tu yg terus tapau tiket tu tanpa was-was..perjalanan ke sana amik masa lebih kurg 2 jam kalu dari London ni..

Bila sampai je kat stesen Portsmouth Harbour...terus kami tuju Factory Outlet..haha..dah tu nawaitu sbenar nk dtg sini..Nak cari barang2 nak buat balik Msia...kat sini..banyak baju2 high branded yg dijual dgn harga murah..potongan sampai 70 percent..mmg kelabu mata jadinya bila tgk brg2 cam pakaian dan kasut berjenama Burberry, Guess, Gap, Lee Cooper, Levis, Polo Ralph Lauren, Clarks, Adidas dan macam2 lagi dijual dgn reger murah yg amat...haha...


Last2 masa balik..tak cukup tgn nak pegang barang...sorang-sorang beli mcm bleh cop duit je kat bank..haha..duk kat sini sampai jam 5 je sbb train balik btolak dalam jam 5.10 ptg...mujur sempat round seluruh kedai..tu pun..rushing semacam je semuanya..






Jalan-Jalan ke Cambridge University

Beberapa minggu lepas, saya dan wife pegi melencong ke Cambridge University...Dulu kenal nama je..ni dah pegi dah dan siap round2 seluruh kwsn kampus...kebetulan ada sorang lecturer UIA tgh buat PhD kat Cambridge University ni..Dia la yang bersusah payah bawa kami round2 kat sini...kalau masuk sendiri ke kawasan kampus dia tu..katanya kena bayar sepound dua..ni kalu masuk ngan student dia..free of charge je...selamattttt duit..hehe..

Kwsn Cambridge ni mmg lawa...ada sungai kat tgh2 dan penuh ngan bangunan2 klasik..ada satu je yg tak best...tang rege barang makanan yg mmg hampeh sbb jauh mahal dari London..masa pegi ari tu..Kak Ina, Lecturer UIA yg duk sambung PhD kat Cambridge ni, siap masakkan utk kami nasi tomato tuu...punya la rajin..kami lak yang jadi serba salah sebab dah cam menyusahkan dia plak...tp dah dia buat..kami pelahap je nasi tu..haha..

Ada 2 org geng lecturer UIA yg duk belajar di Belanda pun turun gak ke sini..salah sorangnnya junior kami kat UIA..sebelum ni tak kenal pun. Sbb lain2 kulliyyah...kiranya kenal kat Cambridge ni la..happy go lucky dan selamber rock ah semuanya...ops lupa la plop..Nana, yg duk belajar kat London pun ada gak dtg teman kami jalan2 kat sini..bila dah ramai punya la meriah jadinya...

Apa2pun..thanks to Kak Ina dan Nana sebab sanggup kosongkan masa bawak kami jalan2 cari makan kat University Cambridge...

Adios!!