CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 3 February 2009

Sangsi Dengan Laporan Media Massa

Bila salji turun di London ni, macam2 plak berita keluar di hampir seluruh akhbar di Malaysia sehingga ada sedara dan rakan2 di Malaysia risaukan ttg keadaan kami dan rakan2 lain..Maunyer tak risau sbb sesetengah media massa memaparkan London ni seolah2 dilanda bala bencana yg dahsyat dan ribut yg kuat yg membahayakan keselamatan..


Walhal kami di sini bergumbira dgn snow yg turun dan tak ada pulak angin ribut kencang seperti yg diwar2kan di akhbar-akhbar..Kesempatan cuti 'emergency' akibat dari salji yg tebal ini, telah memberikan kebanyakan penduduk di London cukup ruang utk bersama keluarga keluar bermain salji dan berseronok bersama keluarga..

Lempar bebola salji sesama rakan2 dan keluarga dan buat snow man dan merekacipta pelbagai rekabentuk menggunakan salji menjadi aktiviti rata2 penduduk di London sepanjang salji turun..hanya sedikit kejadian yg tak elok dilaporkan dan yg paling teruk terkesan ialah sistem pengangkutan di London yg hampir lumpuh..

Jadi, buat rakan2 dan saudara mara kami di Malaysia..usah risau dan bimbang tentang keadaan penduduk Malaysia di London kerana semuanya OK dan kami bersyukur kerana dipertemukan salji yg tidak ada di Malaysia...tidak ada ribut salji yg terlalu kuat seperti yg digembar gemburkan..rasanya angin yg kuat sewaktu musim tengkujuh di Kelantan lagi hebat kuatnyer jika dibandingkan apa yg kami hadapi semalam...

Hari ini cuaca sudah kembali cerah dan salji pun sudah mula mencair dan membentuk ketulan ais yg keras..kebanyakan penduduk di London sudah kembali bekerja dan melakukan aktiviti harian masing-masing..

Apa yg saya laporkan adalah situasi di kawasan Central London..di luar London saya belum pasti keadaannyer..rasanya biasa juga kot..

ok..Adios

0 comments: