CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 7 July 2009

Health Centre: Leceh & Menyusahkan

Kesihatan anak saya, Adam Rayyan sedikit terjejas hari ini..Adam mengalami batuk-batuk..mungkin kerana perubahan suhu yg tidak menentu iaitu kadang2 panas dan kadang2 sejuk menyebabkan Adam mudah diserang batuk...Hari ini, London mengalami hujan sepanjang hari..2 hari lepas lak..panas terik..

Petang tadi, saya dan isteri terus bawa Adam utk berjumpa dengan Doktor (kalau kat UK kita panggil GP) di Pusat Kesihatan yg berdekatan dgn rumah kami...sejak Adam lahir, inilah kali pertama Adam mengalami sedikit tidak sihat...

Kalau sesiapa yg mmg tinggal di UK, mmg akan tahu betapa menyusahkan dan lecehnyer sistem pemeriksaan kesihatan di sini...Kita tidak boleh sesuka hati utk pergi ke mana2 klinik atau pusat kesihatan...kita perlu mendaftar di Pusat Kesihatan yg berdekatan dgn kawasan rumah kita sahaja..



Semasa kami sampai di kaunter Pusat Kesihatan tersebut, saya terus memohon kepada staf yg bertugas di kaunter utk membolehkan Adam Rayyan berjumpa dgn Doktor (GP) bagi pemeriksaan kesihatan...Jawapan staf itu ialah TIDAK BOLEH jumpa kerana saya tidak membuat apa2 appointment dgn pihak mereka...

Saya sebenarnyer sudah menjangka jawapan ini..tapi adakah kita boleh agak bila anak kita akan sakit dan perlukah kita membuat appointment dan menunggu berhari2 dalam keadaan anak kita sakit sebelum dibenarkan berjumpa dengan Doktor??? Alhamdulillah, walaupun salah seorg staff di sana tidak membenarkan Adam dibawa berjumpa dengan Doktor, tetapi ada seorg staff yg lain masuk campur dan membenarkan Adam dibawa utk berjumpa dgn Doktor dgn alasan Adam masih bayi dan perlukan perhatian yg rapi dari pihak pusat kesihatan...

Sebelum ini, Adam didaftarkan di Pusat Kesihatan yg terletak di kawasan rumah lama kami di Camden Town...tetapi kerana kami telah berpindah ke kawasan lain, maka kami sekeluarga perlu menukar dan daftar di Pusat Kesihatan lain yg lebih dekat dgn rumah skrg..Minggu lepas, apabila saya dan isteri membawa Adam ke Pusat Kesihatan yg lama utk pemeriksaan terkini kesihatan Adam, mereka menolak mentah2 utk membuat pemeriksaaan dgn alasan, kami sudah berpindah..walhal pusat kesihatan yg baru kami daftar ini yg mengarahkan kami supaya membuat pemeriksaan terhadap Adam di Pusat Kesihatan yg lama bagi mendapatkan rekod kesihatan terkini sblm segala data dipindah masuk ke Pusat Kesihatan yg baru ini...


Mmg geram dibuatnyer...ermmm..dalam keadaan inilah, saya merasakan Malaysia adalah tempat terbaik dari segala segi...kalau sakit jer..terus boleh bawa anak kita ke mana2 klinik atau hospital yg berdekatan tidak kira waktu....kalu kat London ni..Pusat Kesihatan akan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad...dan kalau hari biasa, jam 6.00 ptg, Doktor sudah habis bertugas....nak beli ubat pulak, perlu dapatkan prescription dulu dari Doktor...tak bleh beli sesuka hati je kat farmasi...lebih2 lagi kalau ubat itu khas utk bayi...mmg peraturannyer ketat bagi mengawal penyalahgunaan ubat tp sampai satu tahap ianya betul-betul menyusahkan..

Sampai skrg saya masih teringat kisah salah seorg rakan saya di London iaitu Bro. Faizul (Mantan Ketua Jabatan Bioteknologi, Kulliyyah Sains, UIAM) yg menceritakan betapa seksanyer beliau utk mendapatkan ubat dan menjalankan pemeriksaan Doktor semasa beliau diserang kesukaran utk bernafas semasa musim sejuk melanda London seingat saya pada tahun lepas...alasan pusat kesihatan ialah, kawan saya ini tiada appointment utk jumpa Doktor so tak bleh jumpa la Doktor..bila tak bleh jumpa Doktor, maka prescription ubat pun tak dapat, jadi ubat pun takleh beli kat farmasi...mmg menyusahkan..

Berbalik kepada citer anak lelaki saya. Hasil pemeriksaan kesihatan beliau, Doktor mengatakan ianya batuk2 biasa sahaja dan Adam tidak mengalami kenaikan suhu badan..Doktor juga beritahu yg Adam tidak perlu mengambil apa2 ubat dan biarkan ianya sembuh dgn sendiri sahaja...ermm...kali ni teringat lak ttg kisah salah seorg abg ipar saya yg diserang demam semasa tinggal di Edinburgh, Scotland pada awal 90 an..Doktor pun cakap camtu juga..tak perlu ambil ubat...tapi last2 tak sembuh2 juga demam tu..akhirnyer beliau terpaksa sekali lagi pergi berjumpa dgn Doktor dan minta Doktor beri prescription antibiotic...selepas makan antibiotic tu, barulah demam tu sembuh...

2 comments:

Unknown said...

Teringat betapa mudahnya berurusan dengan Klinik & Klinik Gigi UIA! Percuma pula tu.

Wasunni Al-Kelantani said...

Anuar,

hehe..kat Klinik UIAM mmg mudah..pergi je bila2 masa..confirm dapat jumpa Doktor..pegi mintak ubat saja pun ok...cakap jer sakit apa kat nurse yg bertugas..terus dia bagi tanpa perlu dapatkan prescription dari Doktor..hehe

Tapi ianya bukan percuma sbb bayarannyer sudah dimasukkan dalam bayaran keseluruhan yuran pengajian kita..so..kalau sesaper tak pernah gi klinik uia utk dapatkan rawatan atau dapatkan ubat..rugi lah sbb semua org bayar..cuma ramai student yg tak sedar ttg bayaran tu..