CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, 24 July 2009

Adam Rayyan Selepas 3 Bulan

Umur Adam Rayyan sudah pun mencapai 3 bulan..pejam celik pejam celik dah 3 bulan rupanyer..hehe..cepat sungguh masa berlalu..

Pada hari isnin yg lepas, saya dan isteri bawak Adam Rayyan ke unit pemeriksaan kanak-kanak di Univ College London Hospital yg terletak di Warren Street, London utk membuat beberapa pemeriksaan rutin utk bayi...Appointment telah saya aturkan dengan pihak hospital kira-kira 1 bulan yang lepas...Alhamdulillah, Adam Rayyan didapati sihat...


Mula-mula tu, saya dan wife bercadang nak timbang berat badan terkini Adam Rayyan kat Hospital UCL ni, tapi tak jumpa lak alat penimbang bayi...last2 kami decide pergi ke satu pusat kesihatan yg terletak di Mornington Crescent utk timbang berat terkini Adam Rayyan kat sana...jeng jeng jeng..selepas 3 bulan umur Adam Rayyan ni, berat yang dicatat ialah 6.10 kg...huhu...ingat lagi masa Adam dilahirkan, berat yg dicatat ialah 2.80...so..peningkatannyer mmg cepat...hehe..

5 comments:

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari said...

Assalamualaikum..

Udah 3 bulan rupanya umur Adam Rayyan..Ammu doakan Adam sentiasa diberkati oleh Allah..semoga Allah pilih Adam Rayyan sebagai pewaris ahmadiyyah idrisiyyah..

Wasunni Al-Kelantani said...

Al-Amin,

Ana juga mendoakan agar Adam Rayyan menjadi salah seorang pewaris Ahmadiah Idrisiah pada satu hari kelak..Jazakallah ya akh

Faizah Binti Harun said...

chubbynya adam. sekejap je besar dah....

Wasunni Al-Kelantani said...

Adam dah masuk umur 4 bulan..berat terkini dalam 7.0 kg..huhu..Adam semakin menchubby kan dirinyer..

Faizah Binti Harun said...

tengok paha, kaki n tangan Adam. Sihat btul. Geram tengok, mcm nak cubit ja hehehe