CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, 1 May 2009

Adam Rayyan - Day 13

Umur Adam Rayyan sudah pun masuk hari yang ke 13...Hari ini pegawai kesihatan (Ms. Sara Wing) yang dilantik khas oleh pihak hospital telah datang ke rumah kami utk membuat pemantauan dan juga memberi pelbagai nasihat kepada saya dan isteri mengenai langkah2 yg perlu diambil berkenaan imunisasi bayi dan pemeriksaan kesihatan bayi...

Hari ni juga saya dan isteri telah membawa Adam Rayyan ke Pusat Kesihatan di Crowndale Centre untuk membuat pemeriksaan oleh community midwife di sana..Alhamdulillah, berat badan Adam Rayyan pun sudah semakin bertambah tapi masih belum mencapai berat badan semasa Adam Rayyan dilahirkan..so..minggu depan, sekali lagi saya perlu membawa Adam Rayyan ke sini utk diperiksa sekali lagi..


Banyak lagi urusan berkenaan Adam Rayyan yang belum sempat saya dan isteri selesaikan. Minggu depan, Adam Rayyan perlu dibawa ke Pusat Kesihatan utk suntikan BCG dan juga menjalani ujian pendengaran...saya juga perlu ke pejabat pendaftaran di Camden Town Hall, London utk mendaftar kelahiran bagi mendapatkan sijil kelahiran dari pihak pendaftaran di London ni..Selepas itu saya juga perlu ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Kerajaan Malaysia di London utk urusan pasport dan juga perlu menguruskan visa khas utk Adam Rayyan di British Council..

Sejak kelahiran Adam ni, waktu rehat dan tidur saya dan isteri mmg tidak menentu..Mmg memenatkan tetapi itulah pengorbanan sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak. Kami telah belajar dari ZERO soal penjagaan bayi...tempoh waktu selama 10 hari isteri dan anak saya 'berkampung' di University College London Hospital betul2 saya manfaatkan sepenuhnya utk belajar segala macam teknik penjagaan bayi dari pakar2 bayi dan midwife di sana.hehe..rasa mcm masuk training khas la plak...hehe..dari cara pegang bayi, cara tidurkan bayi hatta kepada teknik memakaikan lampin secara betul diajar kepada saya dan isteri...mmg seronok sbb kebanyakan staff di hospital begitu menyokong dan memberi tunjuk ajar yg seratus peratus...

3 comments:

Unknown said...

Aku nak tengok gambar terbaru kau pula yang kehilangan masa tidur nyenyak! Haha.

FirJah said...

wah bagus tambah ilmu baru...
mentua nak g sana kan,
mentua dah sampai belum?

Wasunni Al-Kelantani said...

Annuar,

sekarang aku dah dapat tidur dgn nyenyak (bangun dalam 3 jam sekali je)..baby pun dah tidur dgn baik dan tak banyak meragam..hehe

Firjah,

mentua dah dtg ari tu dan dah balik Malaysia pun..dtg 10 hari jer...