Hari ini saya hanya sempat ke UIAM Gombak utk mengambil beberapa dokumen berkaitan elaun anak saya yang akan diserah kepada pihak british council utk urusan visa...plan nak ke VSF terpaksa dibatalkan kerana ketidakcukupan masa..waktu utk serahan permohonan visa berakhir jam 3 ptg dan mmg selepas pulang dari UIAM saya tidak sempat utk berkejar ke VSF tu...esok jer la jawabnyer...
Hari ini suhu di Kuala Lumpur masih panas...isteri dan anak saya banyak berkurung dalam bilik hotel sahaja...Dalam jam 6.30 ptg, saya dan wife saya pusing2 kawasan Bukit Bintang...kat sini mmg meriah 24 jam...cumanya yang tak berapa best skit ialah kebanyakan harga makanan yg dijual di sini mmg mahal...contohnya Nasi Ayam adalah berharga RM 9.00 sepinggan...air teh panas RM 2.50 segelas..perghhh..mmg kaw kaw punya harga la kat kwsn bukit bintang ni...kat tpt lain takder la semahal ini rasanyer...huhu...
muga2 esok cuaca di KL akan semakin baik..senang skit nak ke sana ke mari dgn baby Adam Rayyan ni..hehe













0 comments:
Post a Comment