CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 18 November 2008

Pengasuh Bayi

Disebabkan wife saya bakal melahirkan anak sulung kami kira-kira pada hujung Bulan April 2009 nanti, saya nak offer kepada sesaper yang berminat utk menjadi 'BabySitter' merangkap 'Pembantu Rumah' kami. Maklumat lanjutnya ialah seperti kat bawah ni haa:-

1) Sesaper yang terpilih tu akan saya bayar dalam lingkungan RM 1500.00 sebulan. Kalau prestasi kerja maanyaakk bagus..gaji boleh dinaikkan sehingga RM 1800.00 sebulan. (Gaji akan dibayar dalam currency Pounds Sterling)..

2) Pemohon tu mestilah punyai pengalaman yang 'mantop' dalam penjagaan bayi

3) Antara bidang tugas ialah jaga baby kami, memasak utk kami, kemas rumah dan lain2 tugasan yang akan diinpom dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan kesesuaian.

4) Sesiapa yang terpilih konpem berpeluang menetap di London selama 6 bulan (mmg la nak lama lagi..tp visa utk visitor 6 bulan je paling maksimum..hehe..pastu kena tukar org lain plak)

5) Makan minum dan tempat tinggal (stay di rumah kami) pemohon yg berjaya selama bekerja dgn kami akan ditanggung sepenuhnya oleh kami.

6) Segala tiket penerbangan pergi dan balik dari KL ke London dan London ke KL akan ditanggung sepenuhnya oleh kami termasuklah bayaran pasport (ini kalu yg tak ada pasport lagi la kan)

7) Pemohon wajib menetap di London selama 6 bulan..bukannyer lepas je 2 atau 3 bulan cakap nak balik Msia sebab rindu ngan family la, kawan2 la, atok la, binatang peliharaan la dan apa2 je la..kalu nak balik juga..bayar balik duit yang kami dah bayar..haha..dan tiket balik kena beli sendiri dan pandai2 la cari jalan nak pi ke heathrow airport..haha

8) Jika punyai kesempatan masa, pemohon yg berjaya berpeluang kenal beberapa tempat menarik sekitar UK termasuklah Birmingham, Portsmouth, Bicester atau yg sewaktu dengannya..(tak janji aaa..depend pada tugasan kami berdua di London ni..)

9) Pemohon TIDAK semestinya kena pandai cakap omputih..cakap melayu udah ler..

Diharap kawan2 yg duk belek blog saya ni tlg hebahkan tawaran kerja ni pada makcik-makcik, kakak-kakak , nenek-nenek atau sesaper saja yg anda kenali...Kalu ikut perancangan..maybe pemohon yg berjaya akan diterbangkan ke London pada bulan April 2009...

Jika sesaper yg berminat, jgn segan-segan dan malu-malu utk menghantar butiran peribadi anda ke mohdsallehsaari@yahoo.com

Setakat ni tiada tarikh tutup sehinggala kami berjaya mendapat calon babysitter yang 'mantop'..Pemohon yg difinalise maybe akan di test dahulu selama 3 hari samaada di rumah parents atau mentua saya ataupun di mana2 rumah adik beradik saya tp tak termasuk rumah kakak saya yg tengah menetap di Leiden, Belanda dan di Birmingham, UK..haha..Keputusan ahli panel pemilihan adalah muktamad dan segala rayuan tidak akan dilayan..adios!!

7 comments:

Nizam Ahmad said...

huhu agak2 kalau aku apply boleh lulus tak? hehehe..

ermm sahabat XYZ tuh mmg ko kenal. kan ko baru jumpe dia aritu kat klcc hehe~ actually aku bukan org yg ptama kena mcm nih.. ermm doa jelar dia dpt petunjuk nt huhu~

Anonymous said...

macam menarik offer saudara ni. Siap sponsor tiket London-kl tu, ni semata-mata nak cari baby sitter melayu ke ape?tapi gaji 1800 tu mengikut kiraan semasa dalam 350 pounds je..and sgt2 murah sebab gaji minima kerja kt UK adela dlm 5.70 pounds. SO sebulan patut dibayar at least 900 pounds, di mana kerja masak, jg bayi etc letih and amik masa 6 jam gak sehari. Tiket DAH sponsor memangla, boleh je potong gaji bulanan, say 150 sbulan.org dtg UK pon nk idop gak..lagi2 kat LONDON..hehe ni bgtau je..huhu

Wasunni Al-Kelantani said...

azri al-birmy..

azri..thanks for ur comment...

sebenarnya tawaran ni lebih kepada utk saudara mara dan kenalan2 saya dan isteri saya yg sedang tinggal di Malaysia...saja saya letak dalam blog sbb tak sempat nak msg sorang2 utk beritahu...tawaran ni bukan utk sesiapa yg sedang tinggal / belajar di UK...ni utk sedara mara / kawan2 yg saya kenali di Malaysia yg ada hajat nak berkunjung ke London secara percuma dan dalam masa yg sama dapat membantu saya di sini..lagipun sedara mara / kawan2 saya yg terpilih akan tinggal di rumah saya dan segala makan dan minum akan ditanggung sekali...jadinya..duit yg dapat tu kiranya tak perlu dah nak tolak duit makan atau penginapan...tawaran kami ialah dapat dtg ke London secara percuma..itu je...

jazakallah ya akh..

Wasunni Al-Kelantani said...

jadi..kalau pemohon itu pandai menyimpan duit selama 6 bulan membantu kami di sini...kiranya bagus sgt tu..lagipun makan minum , penginapan dah free of charge...

Wasunni Al-Kelantani said...

azri..enta ni dari birm ke?saya dgr ceriter..di birm..keja petik buah pun dah bleh dapat banyak duit kan hatta budak2 yg study kat azhar mesir pun ramai yg sanggup turun ke birm utk keja kutip2 buah..

salam ukhwah yaaa

Wasunni Al-Kelantani said...

Nizam..

maksudnya kawan serumah XYZ kau tu yg sebetulnya pernah menjadi kawan sebilik aku masa di UIA dulu..erm..tapi dia kan grade dari Kulliyyah Econs..camner lak bleh apply jadi pegawai agama..

pasal pembantu aku ni..sebetulnya kalau bleh nak dioffer pada makcik2..hehe..yg boring2 duk kat umah dan rasa nak berjalan ke London..tp kalau dah tak dak juga..aku offer kat kau je lah..hehe..

P/S: teringat aku kat kerja mantap kau as campaign manager aku sehingga berjaya memenangkan aku masa pilihanraya kampus kat uia dulu..haha..thnks a lot bro..

Anonymous said...

Salleh,

Menarik tawaran ko ni..
adik ipar aku baru grad uia..
tapi aku tanya dia dulu nanti..