CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 29 January 2009

Perihal Oyster Card & Kos Pengangkutan Yang Naik

Minggu lepas, dengan tak semena-menanyer Oyster Card saya hilang...Utk info pengunjung blog yg belum pernah sampai di Kota London, Oyster Card ni adalah kad yg digunakan sebagai pas utk membenarkan kita naik bas, tram ataupun underground dan overground tube kat London ni...kita hanya perlu membeli kredit utk Oyster Card ini dan dgn kredit inilah kita dibenarkan menggunakan kemudahan pengangkutan cam yg saya sebut tu...


Yg harunyer..oyster kad saya yg hilang tu masih mempunyai kredit lebih kurang £ 53.00 (kira-kira RM291.50)..sebenarnyer saya bleh dapatkan balik kredit tu tp yg problemnyer resit pembelian kredit tu hilang bersama2 dgn kad oyster tu...arghhh..mmg dah tak leh buat apa..yg pasti saya kena beli oyster kad baru dan tambah kredit baru ke dalam kad tu..pokai-pokai..hehe


sejak masuk tahun 2009 ni..harga bayaran pengangkutan di London dah mula naik..dulu kalau amik monthly bus pass, harganyer lebih kurang £50.00 tapi sekarang harganya dah jadi £53.00..bayaran utk naik tube pun sama..maknanyer segala2nya dah naik dan belanja bulanan saya dan isteri pun secara automatiknyer dah mula bertambah..barang2 makanan seperti beras, buah2han, susu segar dan segala mcm keperluan lain pun smakin lama smakin meninggi...

Apa2pun, saya amat bersyukur kepada Allah SWT sbb setakat kami bermastautin di London ni, rezeki saya dan isteri tak putus2..saya pun sememangnyer bekerja di London ni dan isteri saya pula selain daripada sedang menyiapkan pengajian peringkat PhD nya, dalam masa yg sama dia dilantik oleh pihak University College London (UCL) sebagai antara tenaga pengajar utk pelajar2 yg mengambil Masters di UCL ni..dapatla kami tambah lagi duit poket selain daripada elaun2 khas dan sara diri yg kami terima daripada pihak UIAM dan KPT Malaysia.. Bagi yg akan menyambung pelajaran di Kota London...anda memang kena pandai bujek perbelanjaan masing2 agar tak overbujek dan terpaksa mengikat perut sblm tunggu next allowance masuk..hehe

ok..adios bro...

0 comments: