Pada 5hb Jun 2009 (Jumaat) yang lepas, saya dan isteri sempat mengadakan satu majlis ringkas (majlis cukur jambul/belah mulut) bagi meraikan anak pertama kami iaitu Adam Rayyan. Majlis ini kami adakan di rumah ayahanda dan emak saya di Kota Bharu, Kelantan.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh keluarga kami terutama emak (Hajjah Wan Zainun) dan ayah saya (Ustaz Hj Saari), abang sulung saya (Hamizi) dan kakak ipar saya (Che Da), sepupu saya (Kak Mar) dan anak-anaknya (Aisyah & lain-lain), Mak Cik Sah (tukang cukur rambut Adam sampai licin) dan ramai lagi...Alhamdulillah, banyak pertolongan diberikan oleh mereka ini, lebih-lebih lagi dari segi penyediaan makanan dan minuman kepada tetamu yang hadir yang tidak putus-putus sejak dari jam 8.00 pagi sehinggalah ada juga yang datang selepas waktu Isya'...
Kat bawah ni adalah antara gambar yang sempat di 'snap' oleh isteri saya semasa majlis diadakan:-
majlis cukur jambul anak kami iaitu cucunya yang ke-9
rambut Adam Rayyan
Muhammad Rasulullah SAW
kepada hadirin yang hadir
Makcik Sah (Makcik Sah adalah individu yang sama
yang mencukur rambut saya semasa saya dilahirkan
kira-kira 26 tahun yang lepas)













8 comments:
Salam..
Semoga Adam Rayyan bakal pengganti atuknya..menjadi ulama' besar..
Bestnye tengok anak org..tunggula giliran ana lak..hehehe..
salam...
Syeikh, semoga doa enta dimakbulkan Allah SWT..
cepat2 la weh kahwin...tokkan takdop calon lagi..hehe
hehehe..bukan tokkan..meme takdop lagi..tak tahu la sape yg tak bertuah tuh..hihihi..kena balik ngaja dulu kot baru ada nak rekemen anak dia..hehehehe..
jolo doh enta oyak tuh..tra kelik gak duluh ngajar di M'sia nih..pakak berebut bekalih mok pok budok nok wak enta jadi menantu demo tuh..hehe..
pahtu gak..pilih la hok mano berkenan di hati..hehehe
seronoknye dapat anak.. ngee
suhail..
aku tunggu turn kau pulak..jgn tunggu lama-lama..hehe
Tengok gambar...majlis damai. Aku lihat pun rasa "sejuk".
anuar,
aku tgh menunggu turn kau pulak..hehe
Post a Comment