CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, 14 July 2008

Jumpa Senior PKPIM-ABIM

Hari ni saya tak kerja..Tgh hari tadi saya sempat meluangkan masa utk berjumpa dengan Bro. Hasri Harun iaitu Mantan Yang Dipertua (YDP) ABIM Negeri Selangor dan juga Mantan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau sekarang ini menetap di Sheffield, United Kingdom kerana menemani isterinya yg sdg menyambung pelajaran di salah sebuah Universiti di sana. Sekarang ini pula, beliau diberi sepenuh kepercayaan untuk memegang jawatan Timbalan Presiden MISG ABIM UK.

Saya dan Bro. Hasri berjumpa di Kantin Malaysia Hall London. Banyak perkara yg kami bualkan dan sudah pasti ianya banyak berkisar berkenaan program-program semasa ABIM UK dan imbasan aktiviti2 dan tamrin2 PKPIM di zaman barisan kepimpinan beliau di bawah teraju Bro. Asyraf Wajdi...

Masa zaman saya aktif dalam PKPIM dulu dan diberi kepercayaan menjadi Yang Dipertua (Amir) Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) bagi cawangan Matrikulasi UIAM, saya lebih rapat dengan Bro. Asyraf Wajdi dan tidak berpeluang sgt utk rapat dgn Bro. Hasri ni. Alhamdulillah, kami dipertemukan sekali lagi di London dan semoga ukhwah ini akan terus utuh dan kekal selamanya...

Adios!!!

2 comments:

Unknown said...

Minggu lalu, segerombolan pimpinan ABIM diketuai Abang Khairul Arifin datang bahagian aku. Segan pula aku. Tapi aku bangga dengan idea yang mereka lontarkan kepada bos aku. Aku tumpang2 shj.

Wasunni Al-Kelantani said...

Annuar..

Minggu lepas aku jumpa Abg Remy(PKPIM-ABIM), lama jugak aku borak ngan dia..dari jam 12 malam sampai 3 pagi kot..huhu..masa tu dia stay kat Malaysia Hall London dan kebetulan aku tgh bertugas..so., kami lepak la borak2..