CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, 7 July 2008

Lama Tak Update Blog

Huish..punya lama saya tak update Blog..tak dapat lagi nak jadi Blogger yg cemerlang dan terbilang..haha..sepanjang tak update blog, saya sebenarnya sedikit sibuk dgn pelbagai urusan...ni dah ada luang skit ni..terus je la saya update mana yg sempat...ni pun baru je habih meeting kat tempat keja...

Erm..sehari dua ni..kalu di London..duk kecoh pasal ramai org kena tikam sampai mati..macam2 la kat sini..yg duk buat keja tikam menikam ni biasanya budak2 belasan tahun..kesian juga tgk kat Boris Johnson, Mayor London baru. Mcm2 dah dia buat utk kurangkan aktiviti tikam menikam ni..tp last2 semakin menjadi2 la plak..saya respek giler dengan mayor london baru ni sbb dia haramkan org ramai minum dan bawa arak dalam tube dan bas...huhu...mau mengamuk peminum arak tegar masa mula2 implement regulation tu..siap ada buat tunjuk perasaan lagi menentang...tp bagi kita org Islam..itu satu keputusan yg bijak sbb kadang2 bila dah mabuk ni..mcm2 hal bleh jadi...

Bila dah macam2 kes jenayah dan disiplin yg melibatkan remaja sekolah ni..idea baru yg Boris Johnson nak buat ialah utk implement hukuman disiplin pada budak2 sekolah yg tak dengar cakap dan banyak buat hal..kecoh la jugak di kalangan budak2 ni...pakat duk tuduh itu cadangan tak bertamadun dan mcm2 lagi..tp kalau saya la...saya sokong je..ala kalau setakat kena libas ngan rotan kat punggung tu apa salahnyerr kan..selamber rock la...bukan kena apa2 yg memudartkan pun..haha..kat Malaysia rilek je budak2 sekolah kena libas ngan rotan kalu buat salah..hehe..saya dulu masa kat sekolah pun penah kena..tapi tak der la sampai mengadu kat sana sini...huhu

Pasal kat kawasan umah saya ni plak...saya duk perati sehari dua ni..ramai betul Special Branch duk lalu lalang kat sini...nampak je budak sekolah..terus diorg tahan dan cek takut2 ada yg bawa pisau atau pistol..selamber giler..SB kat sini pulak saya tgk ramai pompuan dari lelaki...kadang2 tak tau pun diorg tu polis (yerla..dah nama pun SB..takkan lak org awam bleh kenal..yer tak..huhu) sbb dari segi perwatakan dan muka tak tunjuk langsung diaorg tu polis..stylo giler..dgn gaya pegang handbag, berskirt dan berkasut tinggi mcm pompuan vogue yg lain...tiba2 tahan org...perghh...kat Mesia..rasanya saya tak pernah nampak lagi SB pompuan..kalau lelaki berlambak la saya nampak..

Bagi saya..tq so much to polis london sbb tingkatkan kawalan keselamatan bagi menjamin kesejahteraan penduduk london...

Ok..Adios!!!

0 comments: