CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, 31 May 2008

Catatan Perjalanan : Trip to Leiden, Amsterdam, Den Hague and Delft at Holland

Saya dan isteri baru sahaja pulang daripada melawat Negara Holland. Sepanjang kami di sana, kami telah menginap di rumah kakak dan abang ipar saya di Leiden, Holland. Alhamdulillah, sepanjang 4 hari kami berada di sana, kami sempat melawat keseluruhan kawasan di Leiden, beberapa kawasan di Kota Amsterdam, Den Hague dan juga di Delft.

Mengikut pemerhatian kasar saya, Bandar Leiden adalah bandar yang paling menarik di antara semua bandar yang sempat kami lawati semasa berada di Holland. Bandar Leiden ini dikelilingi oleh sungai dan dipenuhi dengan taman-taman bunga yang indah-indah. Seperti yang diketahui umum, Bandar Leiden juga dikenali sebagai Bandar Universiti kerana di situ terdapatnya Universiti Leiden. Tidak hairanlah jika di Leiden ini begitu ramai penduduknya adalah dari kalangan para pelajar Universiti.

Satu lagi keistimewaan di Holland ini juga, kita mudah untuk mendapatkan Makanan Halal. Dengan kewujudan banyak restoran Halal di sini, ia telah memudahkan kami dari segi soal makanan dan minuman. Terima kasih tidak terhingga kepada kakak dan abang ipar saya yang telah banyak meluangkan masa bersama kami membawa kami melawat pelbagai tempat menarik di sekitar Bandar Leiden hatta kami juga telah di bawa melawat beberapa fakulti di sekitar Universiti Leiden. InsyaAllah, jika ada rezeki, kami akan ke Holland sekali lagi pada masa akan datang.

Buat Kak Ju dan Abe Mie, kami berdua menunggu pula kedatangan anda ke London pada Bulan Julai nanti..











2 comments:

mnr said...

salleh..
menarik betul Bandar Leiden..
terima kasih sbb berkongsi..

aku kat Institut Perakaunan Negara,
Sabak Bernam..
melawat fad..

tempat ni jauh betul..
penat drive kancil..

Wasunni Al-Kelantani said...

Nadmin,

Bandar Leiden memang cantik..di Leiden..ramai juga penduduknya dari Negara Indonesia yang berkahwin dengan org Dutch..

Jika mahu tengok banyak lagi gambar kami di Holland..lawati friedster aku..ada 50 gambar aku upload di sana...

Thanks