Malam ini, saya dan isteri akan menuju ke Leiden yang terletak di Belanda. Kami akan ke sana dengan menaiki Easy Jet yang akan berlepas dari Stansted Airport di London. Penerbangan jet tersebut akan menuju ke Amsterdam Airport dan dari Amsterdam, kami akan menaiki train untuk terus ke Leiden Central. Kebetulan kakak saya (Che Zuhaida) dan suaminya (Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi) sedang menetap di Leiden, Belanda. Kakak saya ini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Perundangan Aero Angkasa (Aerospace Law) di Leiden University dan suaminya pula bertugas sebagai Fellow di universiti yang sama.
Ini adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke bumi Belanda. InsyaAllah perjalanan kami ke Belanda pada kali ini akan dapat memberi seribu satu kenangan dan pengalaman yang berharga kepada kami. Kami akan pulang kembali ke London pada hari Selasa nanti. Saya perlu bertugas semula pada hari Rabu. Semoga perjalanan kami akan diberkati Allah SWT dan sentiasa di bawah ziaamah (jagaan) Rasulullah SAW...Amiinn..

2 comments:
wah..seronoknya ke Holland..
Bolehlah merakamkan gambar dengan bunga tulip yang sdg berkembang dan kincir angin di sana
Aku kecewa Malaysia kalah di The Hague!!!
Post a Comment