CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, 10 September 2008

Cari Rumah Baru, Pendaftaran PhD & Pulang Berhari Raya ke Malaysia

Disebabkan 15hb Sept ni date terakhir kami bleh stay kat Univ. Hall ni..maka dgn terpaksanya saya kena la cari rumah sewa lain...tadi saya pegi la jugak kat pejabat residen univ tanya2 kot2 saya bleh sambung duk setahun lagi kat rumah skrg..sekali dia kata..tak dapat daa..kalu nak pun, dtg balik pada 29hb Sept utk letak nama dalam waiting list...ish ish..tu pun tak confirm dapat tuu

Ni..saya duk view website sewa rumah kat London ni..saya plan nak cari rumah sekitar kawasan Marylebone atau Bayswater ni je...kalau di kawasan Marylebone, kira cam senang la wife saya nak pi Universiti sbb dekat...kalau kat Bayswater lak, dekat ngan Malaysia Hall London..erm..tp antara dua dua tu, kami lebih prefer stay kat kawasan Marylebone la..Oxford Street pun dekat kalu dari Marylebone..


Kalu ikut bujek tu..saya nak cari rumah one bedroom yg harga sewa dia dalam lingkungan 170 pounds to 185 pounds seminggu..kiranya dalam 700 pounds to 800 pounds la kalu sebulan..kalu darab duit RM, maunyer jadi RM 4200 to RM 4800 sebulan..huhu...kalau duk darab ngan duit RM je manjang..mmg jawab tak hidup la kita kat London ni..hehe

Wife saya kena registration pengajian PhD dia pada date 22hb Sept ni.maka plan awal nak balik bercuti hari raya kat M'sia dalam 15hb sept tu dah terbantut dah sbb Prof yg supervisor PhD wife saya ni suruh dia attend segala training masa tgh induction course pelajar baru utk bebudak PhD, tp after wife saya selesai segala urusan, InsyaAllah kami akan terus pulang bercuti sekejap ke Malaysia..yg penting, mesti kena kelik Msia before Hari Raya..hehehe..pastu kena datang balik ke London utk teruskan pengajian..

Saya mmg harap sgt sehari dua ni saya dapat rumah baru utk disewa..nanti hari Isnin ni saya bleh terus angkut semua barang ke rumah baru dah. nanti mesti internet tak ada kat umah baru..huhu..payah la plak nak update blog..kena tunggu la dulu...

0 comments: