CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, 26 September 2008

We are @ Kelantan Darul Naim

Alhamdulillah, kira-kira jam 8.50 pagi kelmarin, pesawat penerbangan yg saya dan wife saya naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, Kelantan. Syukur..sudah lebih setahun saya dan isteri tidak menjejakkan kaki ke bumi bertuah Kelantan..Sebenarnya penerbangan kami dari London ke KLIA sampai pada ptg hari Khamis lagi tp disebabkan tiket flight MAS ke Kota Bharu sudah habis pada hari itu, kami terpaksa mengambil flight MAS pada hari keesokannya iaitu kelmarin. Jadi masa mula2 sampai di KLIA tu, kami menginap sementara di Hotel Concorde Inn KLIA semalaman sebelum bertolak pulang ke Kota Bharu dengan pesawat MAS yang paling awal sekali...Mmg full la dengan penumpang yg balik beraya..hehe..

Semalam, lepas je Solat Terawih kat surau kat depan rumah saya ni, saya terus bawak wife saya pi makan char kuew tiow, rojak buah, steamboat dan lain-lain kat satu restoran kat kota bharu ni..perghhh..sedap ooo..dah setahun tak makan camni..kira cam mengidam giler ah sebelum sampai Malaysia..hehe..sampai2 je kat Kota Bharu..mmg makanan la yg saya duk pikir nak makan apa...semua dah ada dalam list ni..hehe

Kami cuti sebulan je..awal Bulan Nov. ni kami terpaksa pulang semula ke London..huhu..kena manfaatkan masa sebulan kat Malaysia ni sebaik mungkin...

Ok..Selamat Hari Raya Semua...

2 comments:

Unknown said...

Selamat kembali sheikh!

Sahalfikri said...

bile nk dtg kl? aku tringin jumpa ko. esp tang gaya rambut tu menarik nk tgk.. aku suke gak tp x sekonfiden ko menggayakannya.hehe..

p/s: mgkin kalo aku dok london akan lebih konfiden.haha.