CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 16 September 2008

Sewa Rumah Yang Mahal dan Lokasi yang Jauh

Setakat ni saya masih belum dapat menyewa mana-mana rumah.Hari ini adalah hari terakhir saya dapat stay di rumah skrg.itupun setelah saya berbincang dgn pejabat penginapan universiti utk menangguhkan sehari tarikh saya keluar.syukur sgt2 sbb ada pasangan warga Malaysia iaitu Dr. Raymond dan isteri yg juga seorg Doktor yang sudi menawarkan rumahnya utk saya menumpang barang2 saya sebelum kami dapat menyewa rumah baru...

Hari ini, mungkin saya dan isteri hanya menginap di hotel atau mana2 tpt penginapan yg berdekatan..Bila saya membuat tinjauan, harga sewa rumah di London semakin melambung tinggi..saya ada membuat tempahan khas rumah yg mempunyai satu bilik dengan sebuah properties agency...rumah ini terletak jauh dari rumah saya skrg (skrg zon 2 dan rumah baru ni di zon 3 di London) dan kami perlu menaiki tube jika ingin berulang alik ke central london dan pasti kosnya begitu mahal..

Rumah ini pun harga sewanya termasuk bayaran elektrik, air, gas dan lain2 adalah dalam lingkungan 1000.00 pound sterling sebulan (kira2 RM6,000.00) sebulan. Ianya hanya sebuah rumah berkonsepkan apartment satu bilik (fully furnished) dan mempunyai sebuah taman di belakang rumah dan ianya berpagar.

Lokasinya mmg jauh tp itu sahaja yg paling sesuai dan murah yg saya dapat jumpa setakat ini. Mengikut agen itu, jika semuanya ok, hari sabtu baru saya dapat diami rumah tersebut...so, sebelum hari sabtu ni, kami pasti akan berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat..dah jadi cam kaum nomad la pulak...huhu

3 comments:

Anonymous said...

Salleh,
wah..lama lagi ko stay kat London..aku doakan semuanya berjalan lancar..mahalnya sewa rumah kat sana..
apapun, pengalaman di negara org lebih bernilai..

Sahalfikri said...

wah mahalnye..cmana tu?xkan mkn megi plak nanti..hehe

Wasunni Al-Kelantani said...

suhail..tu la pasal..mahal giler..hehe..makan megi la gamaknyer..hehe