CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 7 September 2008

Happy Wedding Anniversary - 5 Years

Tanggal 6hb September 2008 yang lepas, genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri saya. Saya rasa di antara rakan-rakan saya, saya lah yang paling awal melaksanakan perkahwinan...Usia muda tidak menghalang saya dan isteri melayari hidup sebagai pasangan suami isteri semenjak di tahun kedua pengajian di UIAM lagi...


Alhamdulillah, setakat ke hari ini..kami secara perlahan-lahan membina kehidupan kami ke arah yang lebih baik...kami pernah diuji dengan kesusahan dan pernah juga diuji dengan kesenangan...semuanya adalah satu cabaran buat kami demi mematangkan lagi corak tindakan dan pemikiran kami...

Wedding Anniversary pada kali ini juga sebenarnya lebih bermakna kerana isteri saya telah disahkan mengandung dan bakal melahirkan cahaya mata kami yang pertama...Kami mendoakan agar cahaya permata kami ini adalah tergolong di antara anak yang soleh dan solehah..Amiiinnnn...

Sebillion-billion penghargaan dan ucapan terima kasih saya dan isteri ingin ditujukan kepada ayah dan emak saya dan ayah dan emak mentua saya seterusnya seluruh adik beradik saya dan ipar duai iaitu keluarga sebelah isteri saya yg terlalu bnyk membantu kami sehingga kami sampai ke tahap ini sekarang. Sesungguhnya masih banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi kami...Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa kalian semua...

Love u all!!!

3 comments:

Unknown said...

Aku kecur tengok kek itu wo!

Anonymous said...

tahniah Salleh dan isteri atas ulangtahun perkahwinan yang ke 5..
(dah lima tahun kawin kan?..rasa sekejap aje)

tahniah juga atas berita yang menggembirakan itu..selamat menjadi bapa..

nadmin

Wasunni Al-Kelantani said...

tuan annuar..

kek kat msia lagi best ooo..hehe

tuan nadmin...

yup..dah lima tahun dah aku kahwin..kejap je rasa..thanks yaa...