CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, 3 September 2008

My Wife is Pregnant

Alhamdulillah...Ramadhan pada kali ini memberi berjuta-juta makna kepada saya dan isteri..Bukan sahaja Ramadhan kali ini menggenapkan usia 5 tahun perkahwinan kami dan isteri saya bakal menghabiskan pengajiannya di peringkat Master malahan kelmarin kami telah mendapat berita yang begitu menggembirakan kami berdua di mana isteri saya telah disahkan mengandung...

Kelmarin, saya telah membawa isteri saya untuk membuat pemeriksaan khas di Pusat Perubatan University College London dan setelah pihak perubatan di sana mengesahkan isteri saya sedang mengandung, mereka meminta kami untuk membuat ultra scan di Hospital Besar University College London yg terletak di Euston Road..Jadi, pagi tadi seawal jam 8.30 pagi kami telah pergi ke Hospital tersebut utk membuat pemeriksaan lanjut dan Alhamdulillah, mengikut pemeriksaan pakar di Hospital ini, semuanya adalah dalam keadaan yang baik...

Ini adalah pengalaman pertama kami membuat pemeriksaan di Hospital di London ini dan apa yg saya dapati..pakar2 perubatan di sini begitu professional dan mmg friendly sgt2..diorg layan kita mcm kita ni sedara diorg yang tgh pregnant..huhu..Bnk kali juga pakar yg merawat tu duk ucap congrates kat kami ni..hehe.dgn alatan yg begitu canggih..saya amat senang melihat bagaimana isteri saya diperiksa...mereka juga begitu concern mgenai sensitiviti agama di mana sebelum ditanya oleh isteri saya, mereka sendiri menawarkan Doktor perempuan utk membuat pemeriksaan terhadap isteri saya...

Alhamdulillah, semoga dengan bakal kehadiran cahaya mata pertama kami ini, rezeki kami akan lebih bertambah dan kejayaan yang lebih gemilang dapat diperolehi..InsyaAllah...

P/S : Gambar yg Dr. scan ada je tapi takleh nak diupload sebab tak ada scanner...huhu..kena amik masa skit utk diupload..

3 comments:

Unknown said...

Bro, Tahniah! Semoga dikurniakan anak yang soleh/solehah.

Wasunni Al-Kelantani said...

Syukran Jaziilan Ya Akh..

Kau pun akan menyusul nanti ni..hehe

Faizah Binti Harun said...

Tahniah2... Hadiah n rezeki Ramadhan. Aku plak berdebar bagi pihak ni hehe