Artikel Oleh:-
Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein
Imam Utama / Penaung
Jawatankuasa Khas Tareqat Ahmadiah Idrisiah
Sahah Surau Ahmadiah Haji Awang Alim
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein
Imam Utama / Penaung
Jawatankuasa Khas Tareqat Ahmadiah Idrisiah
Sahah Surau Ahmadiah Haji Awang Alim
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Sayyidul Basyar Nabi Muhammad SAW adalah Sohibul Wilayatil Kaamilah. Setiap mukmin mestilah tahu bahawa Allah Rabbul ‘Alamin mengutuskan Sayyidul Muahhiddin ‘Za’imul Muslimin supaya menjadi Sohibul Mai’yyah Muhammadiyyah Al-Mania’ah yakni bersama-sama menuruti jejak langkah Rasulullah SAW.
Untuk sampai kepada ‘Ma’iyyah Al-Muhammadiyyah Almani’ah seseorang itu mestilah berusaha dengan akal, nafsu, roh dan jasadnya sehingga menjadikan ‘Saiyyidul Basyar Nabi Muhammad SAW sentiasa dekat kepada hatinya pada segenap waktu dalam penghidupannya. As-Sirajul Muniir Muhammad S.A.W akan menyinari (menyuluh matahati mukmin) serta menghalang setiap manusia mukmin daripada perbuatan dan percakapan yang buruk dan keji agar kecantikan dan kebaikannya tidak terhapus.
Demi mengumpulkan sekalian mukmin dari satu generasi kepada satu generasi yang lain untuk mendapatkan wilayah penjagaan ‘Saiyyidul Muwahhidin wa Za’imul Muslimin', Allah SWT menjadikan ‘Mai’yyah’ dalam bentuk ‘Musyahadah Al-Basyar’ sejak bermulanya risalah Baginda Rasulullah SAW di atas muka bumi ini dan menjadikan Al-‘Mai’yyah dalam bentuk Syuhud Al-Basyirah sejak bermulanya kehidupan Nuraniyah Baginda Rasulullah S.A.W iaitu selepas kewafatan kemanusiaan.
Untuk menerangkan “Mai’yah” itu, Allah S.W.T menjadikan Maiyyah itu satu jalan berbentuk cahaya (nurani) . Mereka yakni Mukmin Muttaqin yang berada di bawah panji-panji ‘Az-Zi’amah Muhammadiyah Al-Jami’ah akan menyuci mereka dengan perintah Allah sepertimana berikut:-
1.Menyuci mereka di dunia ini dengan penjagaan hati dan iman, maka mereka akan beroleh nikmat yang banyak.
2.Menyucikan mereka di akhirat dengan Syafa’at Rasulullah SAW, maka mereka akan beroleh nikmat yang banyak Syurga kelak.
KESIMPULAN:-
Dengan penyucian hati dan jiwa, setiap orang yang bersama jejak langkah Rasulullah SAW akan berada di bawah panji-panji Az-Za’amah Muhammadiyah Al-Jami’ah. Dari satu generasi ke generasi yang lain, mereka ini akan dimasukkan ke dalam golongan yang akan menyambung dan menghidupkan peranan baginda S.A.W:
1.Ketuanan Rasulullah S.A.W yang menyeluruh.
2.Kepimpinan Rasulullah S.A.W yang menyatukan.
3.Penjagaan Rasulullah S.A.W yang sempurna.
4.Bersama Rasulullah S.A.W yang menghalang mukmin daripada segala keburukan dan kejahatan.













0 comments:
Post a Comment