OLEH:
AL-FADHIL USTAZ SYED ASYARIF SAIDI SALEH
MOHD AL-JAAFARI ASSODIQ ALHUSAINI
TERJEMAHAN OLEH:
AL-FADHIL USTAZ HJ. SAARI BIN HUSSAIN
IMAM UTAMA / PENAUNG
JAWATANKUASA KHAS
IMAM UTAMA / PENAUNG
JAWATANKUASA KHAS
TAREQAT AHMADIAH IDRISIAH
SAHAH SURAU AHMADIAH HAJI AWANG ALIM
SAHAH SURAU AHMADIAH HAJI AWANG ALIM
KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM
Adapun kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. adalah tetap dan yakin pada pandangan ahli Quran dan ulama'-ulama'nya. Mereka berhujjah dengan dalil Al-Quran tentang kehidupan para syuhada’ R.A selepas mereka wafat. Allah Berfirman seperti mana tercatat di dalam Surah Al-Amran (ayat 169) yang bermaksud, 'Janganlah kamu sangka mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi tuhannya dan diberi rezeki. Maka kiranya yang mati pada jalan Allah itu hidup dan diberi rezeki pula apatah lagi Nabi Muhammad S.A.W tentu hidupnya lebih utama lagi berbanding dengan hidup para syuhada’ tersebut'.
Di samping itu, telah berkata Ulama’ Sangqit’ R.A.: 'Bahkan kehidupan baginda Muhammad S.A.W lebih tinggi daripada hidup para syuhada'. Isteri-isteri yang ditinggalkan oleh para syuhada’ boleh dikahwini oleh sesiapapun sedangkan para isteri Baginda Rasulullah S.A.W tidak boleh dikahwini, ini adalah kerana ghirah baginda Rasulullah S.A.W terhadap para isterinya bersangatan dan hebat dan mereka juga tiada edah kematian (isteri nabi) seperti kematian biasa begitu juga harta pusakanya yang tidak boleh diwarisi. Ini adalah menunjukkan hidup baginda berterusan mengatasi kematiannya seperti mana yang ditetapkan oleh ulama’ Sanqati’ah. Oleh itu ketahuilah bahawa jasad baginda Rasulullah SAW tidak sekali-kali di hancurkan kerana ianya terjaga dengan rapi serta kekal selamanya.













0 comments:
Post a Comment