CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 20 April 2008

Info : Minum Air Paip Untuk Menyelamatkan Bumi

'Drink Tap Water to Save The Planet'. Itulah antara tajuk berita sensasi yg menghiasi akhbar di sekitar London. Kempen ini telah mula dijalankan oleh 'Mayor of London' dalam usaha mendidik warga London utk berjimat dan menjalani kehidupan yg lebih sihat. Berdasarkan artikel di akhbar-akhbar tersebut, beberapa pakar telah menjalankan analisis perbandingan kandungan Karbon Dioksida (CO2) yg terdapat di dalam air paip (air paip di London) adalah jauh lebih rendah iaitu 0.3g sahaja berbanding dengan air mineral dalam botol yg mempunyai kandungan Karbon Dioksida (CO2) sebanyak 172g. (Sila Rujuk The London Paper dan London Lite, Khamis, 19 Feb. 2008)

Mesej kempen daripada Mayor Ken Livingston adalah sgt mudah iaitu 'Jangan Malu untuk meminta air paip utk diminum apabila anda makan di restoran atau mana-mana tempat di luar rumah. Anda pasti akan dapat menjimatkan wang dan juga menyelamatkan dunia'.

Ulasan saya:

Walaupun air paip di rumah saya yg sedang saya duduki di London ini selamat utk diminum secara terus tapi tak pernah sekali pun saya cuba minum secara demikian. Biasanya saya akan masak dahulu air paip itu sebelum saya minum. Perasaan risau tetap ada walaupun pihak pemilik kediaman saya mengatakan air paip rumah saya selamat utk diminum secara terus. Di Malaysia pastinya perbelanjaan yg cukup besar diperlukan oleh pihak Kerajaan Malaysia utk merealisasikan impian supaya rakyat Malaysia selamat meminum air terus dari air paip. Apa2pun mungkin satu hari nanti kita mampu melancarkan kempen yg sama di Malaysia kelak dan pasti kita akan dapat mendengar dialog sebegini satu hari nanti, 'Mamak...Air Paip Satu...' 'Wokeh..Air Paip Siap!!!'

0 comments: