CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 22 April 2008

Catatan Harian : 22 April 2008

Saya seperti biasa, kena bertugas pada masa-masa tertentu seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak majikan saya.

Baru-baru ini, saya ada mendapat beberapa e-mail dari pegawai-pegawai (Penolong Pengarah dan Timbalan Pengarah) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memaklumkan kepada saya di mana mereka akan berada di London pada akhir bulan Mei 2008 sehingga pertengahan bulan Jun 2008 nanti. Ada di antara mereka datang kerana urusan merekrut staff baru bagi UIAM, ada juga hadir kerana urusan Program Orientasi Khas Pensyarah UIAM dan ada yang hadir kerana menghadiri seminar. Pasti meriah kerana hampir kesemua warga UIAM yang sedang menyambung pelajaran di sekitar United Kingdom (kira-kira 80 ke 90 orang) akan datang berkumpul di London selama kira-kira 3 hari iaitu pada awal bulan Jun kerana menghadiri Program Orientasi Khas anjuran pihak pentadbiran UIAM.

Semoga semua persiapan program yang diketuai oleh Dr. Noraini yang mewakili staff UIAM di United Kingdom akan berjalan dengan lancarnya. InsyaAllah..

0 comments: