CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 29 April 2008

Catatan Harian : 28hb April 2008

Saya bercuti selama 3 hari dan saya luangkan banyak masa dengan melayari blog dan website rakan-rakan serta beberapa tokoh-tokoh massa untuk mendapatkan berita dan maklumat terbaru mengenai aktiviti mereka. Asyik jadinya membaca kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dan pastinya akan dapat membakar semangat saya untuk menjadi hebat seperti mereka.

Berita terbaru yang sedang hangat di kalangan para penggiat program motivasi di Malaysia adalah berkenaan pendedahan mengenai ada segelintir 'pakar' motivasi yang menggelarkan diri mereka sebagai Dr. walhal gelaran itu adalah palsu. Seperti yang diketahui umum, penganjuran program-program latihan dan motivasi kepada masyarakat di Malaysia sudah menjadi satu trend perniagaan terkini yang begitu menguntungkan.

Kini, telah wujud pelbagai syarikat perunding latihan dan telah lahir juga begitu ramai individu yang berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing untuk memotivasikan masyarakat melalui program-program yang dianjurkan khas oleh mereka dan juga buku-buku motivasi yang dihasilkan.

Sebenarnya fenomena kewujudan ramai motivator-motivator di Malaysia adalah satu perkara yang baik dan mesti dipandang positif oleh semua pihak, cumanya yang sedikit mencacatkan fenomena ini adalah kerana wujudnya penceramah-penceramah motivasi yang menipu masyarakat dari segi kelulusan dan gelaran yang digunapakai.

Sepatutnya hal ini tidak terjadi, tetapi dalam perniagaan di abad baru ini, kadang-kadang penipuan gelaran diri menjadi satu strategi 'kotor' yang digunapakai dalam soal pemasaran bagi melariskan sesuatu produk syarikat (dalam kes ini, produk syarikat adalah Program Motivasi yang dianjurkan dan buku-buku yang diterbitkan) tanpa difikirkan masalah yang bakal timbul di kemudian hari. Semoga perkara ini tidaklah berlarutan dan dapat dibendung kelak.

Apa susah sangat, jika anda tiada Masters atau Phd..sambung sahaja di mana-mana universiti yang diiktiraf Kerajaan Malaysia..selepas tu pakailah gelaran Dr. hatta ke gelaran Prof sekalipun jika memang anda telah LAYAK menerima gelaran-gelaran itu daripada Universiti yang diiktiraf...bukan gelaran yang saja-saja dipakai untuk tunjukkan kehebatan diri yang palsu belaka...Allah hu 'ALam..

0 comments: