Selawat 'Azmiah mempunyai kelebihan yang sangat besar di mana selawat ini telah menghimpunkan segala selawat yang lain dan pahalanya lebih baik daripada segala selawat dan juga bilangannya adalah lebih baik daripada selawat-selawat yang lain. Sesiapa menghafalnya nescaya akan diluaskan oleh Allah akan kuburnya serta dihampar kepadanya dalam kubur dengan hamparan dari syurga dan menerangi cahaya dalam kuburnya sehinggalah ke hari kiamat.
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Aku pohonkan daripada-Mu dengan nur wajah (zat) Allah yang Maha Besar yang penuh segala sudut Arasy Allah yang Maha Besar dan tegap dengannya itu segala ilmu Allah yang Maha Besar. Semoga Engkau rahmati ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW empunya darjat yang maha besar dan ke atas keluarga Nabi Allah yang Maha Besar. Dengan kadar kebesaran zat Allah yang Maha Besar pada setiap kerdipan mata dan nafas sebilangan apa dalam Ilmu Allah yang Maha Besar sebagai rahmat yang berkekalan dengan kekalnya Allah yang Maha Besar kerana membesarkan hak Engkau wahai penghulu kami wahai Nabi Muhammad SAW wahai empunya peribadi yang Maha Besar dan sejahterakanlah ke atasnya dan ke atas keluarganya seumpama itu dan himpunkan di antaraku dan di antaranya sebagaimana Engkau himpunkan di antara ruh dan jasad pada zahir dan batin semasa jaga (sedar) dan semasa tidur dan jadikanlah Baginda wahai Tuhanku ruh (sejiwa) bagi zatku daripada segala segi baik dari segi amalan atau akhlak semasa dunia iaitu sebelum hari pembalasan kelak wahai yang Allah yang Maha Besar."
Maklumat Khas:-
Penerangan dan terjemahan Selawat 'Azmiah ini dipetik daripada Kitab Aurod Auliya' yang mengandungi Aurod (Wirid) Tareqah Ahmadiah Idrisiah, Husun Sidi Ahmad Ibni Idris dan wirid-wirid lain hasil susunan Ustaz Yahya Abdul Salam.














0 comments:
Post a Comment