Bonjour!!! Pada akhir tahun lepas (2007), saya dan isteri serta beberapa orang rakan-rakan dari London telah membuat kunjungan ke ibu kota Perancis iaitu Paris. Rata-rata daripada kami tidak pernah menjejakkan lagi kaki kami ke Kota Paris.
Di Paris, apa yang saya dapat perhatikan, sebilangan penduduk di sana tidak tahu Berbahasa Inggeris (mungkin mereka tahu tapi saja-saja buat tidak tahu) dan mereka begitu patriotik dengan bahasa ibunda mereka sehinggakan ada di antara kami dimarahi apabila cuba berbicara dalam Bahasa Inggeris dengan mereka.
Jadi selepas ini, sesiapa yang merancang untuk bercuti di Kota Paris, perlengkapkan diri dengan mengetahui sedikit sebanyak perkataan dalam bahasa Perancis agar ianya dapat memudahkan anda apabila menjejakkan kaki di sana. Kalau tidak tahu berbahasa Perancis, anda 'hentam' sahaja dalam Bahasa Melayu apabila berbicara dengan mereka. Percaya atau tidak, mereka akan menjadi lebih ramah apabila berbicara dengan kita walaupun kita dan mereka tidak faham apa-apapun dan akhirnya bahasa isyarat menjadi penunjuk.
















0 comments:
Post a Comment